Saturday, November 28, 2009

Kick vs Nik Aziz : Who Will Win?

Wa gila benci nak ulas isu batang tubuh individu2.Tak membantu agenda islam atau agenda rakyat langsung! Tapi atas kepentingan Nik Aziz kepada cita2 Islamic State dan agenda rakyat, mahu tak mahu wa terpanggil utk membela Nik Aziz.

Seperti biasa kat sini tader ayat "menurut sumber2 dalaman" sbb mmg wa tak knal sesapa otai PAS pon.Wa kutip balik sedikit artikel Kickdafella ni.

"Sedang kita baru mahu reda dengan persepsi sesetengah pihak bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang adalah ‘Pak Lah’ dalam PAS tiba-tiba kita terpaksa mengakui bahawa di dalam kemelut yang tidak dapat diselesaikan oleh Nik Aziz, ketegasan Hadi Awanglah yang membantu meredakannya.

Di dalam kemelut perlantikan Ariffahmi dan tuduhan penyelewengannya, Hadi Awang berjaya membuktikan kepimpinannya dan dia bukan ‘Pak Lah’ di saat genting.

Kepimpinan Hadi banyak tercabar oleh kritikan Nik Aziz yang bertubi-tubi terhadapnya selepas PRU ke 12 lalu. Tetapi di dalam insiden ini, melihatkan Hadi lebih rasional menangani isu yang boleh merobek masa depan parti berbanding dengan Nik Aziz yang banyak membulinya.

Nik Aziz hampir kelemasan di dalam lautan emosinya sendiri. Kata-kata yang keluar daripada mulut Nik Aziz apabila di gempur media di dalam isu berkaitan banyak mengubah persepsi umum terhadapnya. Akibatnya, mula ada pertikaian bahawa Nik Aziz yang baru meraikan ulangtahun ke 19 nya di puncak kuasa sudah melewati hadnya.

Maka hari ini, persoalannya bukan lagi bilakah Nik Aziz harus berundur. Umumnya sudah membuat keputusan Nik Aziz harus berundur segera."

Untuk lebih fair n square, sila asingkan batang tubuh Husam dgn Kickdafella ni. Wa tak rasa Husam nak menyokong tulisan beracun mcm ni.

1.Kita tahu Arifahmi dituduh dengan bermacam2 kesalahan.Kalau betul tuduhan tuh kita mmg patut membenci dia tak kira dia menantu sapa pon.

2. Kita juga tahu Nik Aziz telah menasihati Arifahmi utk meletak jawatan.Ini rekod malaysia yg terbaik dan terpantas penah terjadi di malaysia untuk menangani masalah kronisma.

3. Namun ini semua tak menyebabkan Kickdafella berhak untuk menghina Nik Aziz dgn tuduhan seperti

- Nik Aziz suka buli TGHA?- cubaan melaga2
- Kelemasan dalam lautan emosi?-menuduh Nik Aziz hilang rasional.
- Mengutarakan ayat "persoalannya bukan lagi bilakah Nik Aziz harus berundur. Umumnya sudah membuat keputusan Nik Aziz harus berundur segera" - Membangkit sentimen Nik Aziz sudah tak releven.Sapa yg die maksudkan "umum" nya tuh?

4.Nik Aziz adalah satu2 nya tokoh yg mampu membuktikan tokoh berorentasi Islam diterima oleh rakyat malaysia rentas bangsa.Nik Aziz juga adalah bukti rekod kerja bakti PAS pada Malaysia yg tercatit dalam sejarah. Wa tak nampak mana2 tokoh yg setanding dgn rekod Nik Aziz dlm PAS.Jauh sekali kalau nak di harapkan Kickdafella ni!

5. Demi kepentingan Nik Aziz pada cita2 Islamik State dan Agenda Rakyat, Gua nak ckp pegi mampos Kickdafella dan pegi mampos Nik Abduh yg wat satement jgn halang Nik Aziz berenti.Pegi mampos pada Hasan Ali yg memburukan imej Islam.Pegi mampos sama TGHA yg tak berkelakuan mcm Presiden dlm menangani masalah dalaman PAS.

6. Pegi Mampos jugak kepada blogger yg semangat terlebih membela tokoh2 diorg tanpa pedulikan agenda Islamik State dan agenda Rakyat.Sampai level sebok menuduh blogger2 lain pro sana sini.U Sak Big Time Bro!.

7. Akhir sekali banner kat bawah hanya utk org/blogger yg tak berkepentingan, yang mengharapkan PAS untuk membawa Agenda Islamic state dan Agenda Rakyat SAHAJA!.

Untuk blogger2 yg sebok membela batang tubuh tokoh sahaja, sila tanggalkan balik banner ni.Gua haramkan!

Jangan lupa berdoa banyak2 utk pas...


Monday, November 23, 2009

Politik Common Sense

Politik Common Sense

Bagi wa, ubat penyakit politik persepsi ialah politik "common sense". "Common sense" ialah sifat yg dimiliki oleh manusia tak kira lu bangsa atau agama apa. "Commen sense" lebih menghampiri fakta daripada persepsi yang selalu bias.Makna kata, persepsi ialah sub domain kepada "Commen Sense"

At least ia mampu membuat majoriti rakyat malaysia yg menerima pendidikan dan pengalaman hidup yg hampir sama menilai persepsi dgn mengaitkan fakta dan membuat kesimpulan yg sama.Wa kasi sikit contoh :-

Contoh 1 : Menilai Prestasi Najib Sebagai PM

1. Malaysia has lost edge as low-cost producer, says World Bank
-Komen dr Wenger J Khiry
2. Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi- malaysiakini

Common Sense : wa (wa rase kebanyakan rakyat malaysia juga) mengatakan Najib n team tidak lah berkebolehan mana dalam mengendalikan ekonomi malaysia. Seoptimist mana pon semua org, hakikatnya imej malaysia makin merundum dan mampu membawa kepada kehilangan pelabur asing. Malah di saat ekonomi serantau makin pulih, ekonomi malaysia terus merundum.

Sbb terbesar najib(UMNO) mungkin kalah pada PRU13 adala faktor ekonomi, bukan politik.

Contoh 2 : Menilai Prestasi TGHA Sebagai Presiden PAS

1. Gagal Menang Di Terengganu(PRU08) dikala Tsunami Politik melanda.
2. Gagal Membawa Penyelesaian Kepada "SEMUA" Isu Dalaman PAS Setakat Ini.

Common Sense : Wa harap tdr pulak org pertikai fakta di atas dgn alasan2. Bagi wa, gagal adalah gagal tak kira lu ulamak atau penjaga toilet.TGHA telah dibuktikan GAGAL oleh rentetan peristiwa yg kini telah menjadi fakta sejarah.

Tak perlu pelik dan pening kepala memikirkan kenapa sokongan pada PAS berkurangan kalau PAS masih mengekalkan Presiden yg GAGAL.

Contoh 3 : Menilai Prestasi TGNA Sebagai MB Kelantan

1. Mengekalkan Kemenangan Pada Kelantan Hampir 19 Tahun
2. Memiliki Menantu Yang Berjawatan Tinggi Dalam Kerajaan kelantan

Common Sense : TGNA mmg berhak dipuji dan dihormati atas prestasi dia.Namun sejarah pernah mencatatkan Pak Lah tumbang kerana menantu yang berjawatan tinggi.Wa harap menantu TGNA boleh ambik pengajaran dan undur diri sebelom imej TGNA boleh terus jatuh.

Ini bukan masalah menantu dia jahat ke, pernah buat salah ke atau apa2 pon.Tapi hanyalah "common sense".


Tak larat nak ulas Anwar, LGE dan lain2 lagi.Cuma wa harap lebih ramai penyokong dan pimpinan PR berpikir dan menilai dgn "Common Sense" daripada berpikir hanya dengan "persepsi".

Perception divide, common sense unite

Sekian artikel boring wa mlm ni.

Wednesday, November 11, 2009

Belajar Dari Yang Terpelajar:Doa dan Harapan

Dari Nik Aziz,
Wa sgt terinspired dgn ciri2 dia.Salah satu ciri utamanya ialah sifat suka berdoa.Di kala hiruk piruk sebelom PRU08, dia mengajak rakyat kelantan sama2 berdoa dan bersembahyang hajat. Ini sifat yang sgt cool!Ini wa panggil "Kuasa Doa".

Dari Anwar,
Dia mengajar untuk meletak harapan.Harapan yang mampu menyatukan rakyat untuk sama2 melakukan tsunami politik pada PRU08. Power gile "Kuasa Harapan".

Gabungan "Kuasa Doa" + "Kuasa Harapan" ni terlahir la idea T shirt Competition untuk promosi memrefomasikan PAS.Ini kuasa yang wa nak promosi





Wa "meremajakan" kempen ni sbb mmg "target market" wa ialah golongan muda yg sgt mengharapkan perubahan tapi makin keciwa dgn tindak tanduk pemimpin yg makin tak ketahuan diri.Tak lupa cth2 dari blogger2 berumur yg tengah seronok tembak kaki sendiri.

Yes, target market wa bukan lah kepada ostad2 muda PAS semata2, malah lebih kepada orang muda yang teringin nak mendekati PAS, tapi makin terpinggir kerana dilabel dgn "berfikiran simple", "kurang berakhlak" atau maybe sebab tamau join jd Hipokrit?

Ini adalah experimantasi pertama terhadap "Kuasa Doa + Kuasa Harapan".

Go!Go!Go!...Fire in the Hole!!(lu tak main CS ke dulu AT?)

Tuesday, November 10, 2009

Next Campaign!!

PAS + Reform = Malaysia Baru


PAS - Reform = Malaysia Primitif

Friday, November 6, 2009

Blame Anwar! Blame Anwar!

MSO ckp dlm blognya,

"Bila beliau kritik Pas dengan mengatakan Pas perlu rubah kepimpinan, ini bermakna beliau mahukan Pas membuang Abdul Hadi Awang. Pada pandangan Aziz Abdul Hadi dan beberapa lagi telah menjadi liabiliti kepada Pas. Baginya kalau orang ini disimpan ia menyebabkan cita-cita besar Pas dan rakannya dalam Pakatan Rakyat akan gagal. Lebih mustahak lagi orang ini boleh membantutkan impian bekas gurunya, Anwar Ibrahim".

Wa teringat cerita south park.Dlm cerita ni, ape2 masalah yg timbul semua blame canada.Lebih kurang cam dalam PAS la.Ape2 masalah n kritikan pada PAS wajiblah diblame pada Anwar.Anjing anwar, keldai anwar n lain2 lagi.

So sekali lagi semua perwakilan pro Ulama, sempena seminar esok biler Prof Aziz Bari abes kasi ucapan..lu org nyanyi lagu South Park ni.Tuka lirik sikit jek kasi Canada jadi Anwar.Lu org boleh berlatih ngn tgk utube ni.



Gua pon anjing Anwar?hehe bak kata Aduka Taruna

Pergi mampos sama Anwar. Pedulik hape gua.

Kalau Pimpinan Pas Tak Mahu Tukar Macam Mana?

Mengikut Prof Aziz Bakri:-

Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.


Wa nak sentuh bab "PAS FOR ALL"

Terang2 Presiden Pas mmg gagal menjadi peneraju utama untuk slogan PAS sendiri.

Kalau Najib gila mempopularkan 1Malaysia,TG Hadi Awang pula mcm tak berminat dan segan silu nak memperkatakan tentang PAS FOR ALL.

Mmg ajaib Presiden tak berminat dengan slogan/wawasan organisasi sendiri.Tak penah dibuat oleh mana2 president organisasi lagi setakat ini.

Kalau tak, dah lama DPP di luluskan seiring dengan slogan "PAS FOR ALL".Kalau tak mengapa isu berbaur perkauman masih dutarakan oleh PAS(di wakili oleh hasan ali).Malah penyelesaian jelas dan damai dari PAS tentang isu kuil dan arak masih gagal setakat ini.

Bukannya tader usaha seperti dari Dr Mujahid Rawa,tapi kesungguhan presiden PAS agak kabur.Tak berminat ke sebenarnya?

Cadangan wa sempena seminar esok

Prof Aziz Bakri hanya boleh meyalak2 sajalah.Macam mana pelik pon Presiden PAS, wa tak rasa ada pimpinan PAS yg sanggup nak mintak dia tukar.

So cadangan wa , batalkan ajer lah slogan tuh.Jadi lah diri PAS yg sebenar seperti yang di kehendaki oleh President : pejuang melayu-islam sahaja.Sila sisihkan semua bukan melayu dan non muslim dr lingkungan PAS. Sila buat statement "Kami tak mahu undi non muslim sbb allah tak redha.Kami rela kalah demi islam menang!".

Kemudian keluarkan segala dalil naqli dan aqli untuk menyokong tindakan ini.Wa yakin, berkat ke wala' an ahli PAS, tindakan ini akan di sokong 100%.Wa sendiri menyokong 100% sbb hanya dengan cara ini PAS akan nampak lebih ikhlas dan tidak menipu diri sendiri n rakyat. At least releven di mata ahli pas yang wala'.

Wa akan menyokong dgn memangkah PAS dan mengoyak kertas undi wa dgn ikhlas.

Lagi pon sampai bila nak menipu diri kalau Pres sendiri pon tak minat??

Ade brani ke Mr President PAS?

Monday, November 2, 2009

Count up timer for Dewan Penyokong Pas

Atas keconcernan wa pasal Dewan Penyokong PAS ni,Wa nak tengok sampai bile ia akan ditubuhkan.So wa addkan widget timer khas nak mengira hari dan waktu dari hari ni.

So good luck PAS.Only time will tell