Friday, May 29, 2009

Kempen cari jodoh tajaan Berg utk Aduka Taruna :-)



Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

"Racist Have No Chance In Malaysia!!"

racist,Malaysia

Mcm biase...sila kutip logo kalau minat...utk letak kat belah gadget sila paste coding ni.Wa resize elok2 tuk lu org..hahahaha.Papehal..lets unite against racism!!



Thursday, May 28, 2009

Gadoh:Satu lagi projek baikk dr Komas

Blog hopping n terbukak blog komas. Ade film baru la plak kan.Sayang sgt wa dah dok kampung nih..susah la plak nak turun tgk screening.Arap2 diorg leh upload full ver kat youtube.Please2..

As usuall film dr komas ni selalu menyentuh perkara kontraversi atau "taboo" yg ada dlm element sosial(technososial?) di malaysia.Wa tak tgk abes lg..so wa leh comment takat yg wa tgk dlm short clips die jek la.Kita layan jap..







Situasi kat atas mmg selalu wa nampak n kenkadang wa sendiri menjadi pelakunyer. Walaupon wa sbnrnya sgt tak racist...tp sbbkan budaya n pembawakan sekitar,sgtlah sukar nak jauhkan sifat2 racist ni.Tapi tadak sapa pon antara bangsa2 ni yg berani berterus terang ckp depan2 berlawan bincang atau maki sekalipon.Tader saper yg cuba faham memahami.

Engagement tajaan gomen plak melalui iklan nyanyian dlm tv tuh sgt bodoh,membazir n tak membantu. Lenkali buat jek movie yg real camnih.Biar org2 racist tuh termalu sendiri.

Ade pendapat sila komen.Pendapat racist pon boleh namun harap comment racist yg berotak.Biar terang n jelas aper di dalam hati.Silakan...

Laskar Pelangi



Atas cadangan berg..terpaksa wa mencarik novel n movie Laskar Pelangi nih.Mmg sah wa dah banyak tertinggal gerabak dah skang nih.Hapa perkembangan pon tatau.Tak Pop langsung. Papehal movie ni nampak cam best jek..sesaper ader tolong msg wa :D.

Boleh baca sinopsis terlebih lengkap sampai potong stim kat sini .Baca la kalau brani.:D

Ni wa kasi Trailer movie die.Lagu theme die..lagu nidji tuh,tapi wa lagi prefer lagu ni.Cam best!Layan!

Wednesday, May 27, 2009

Into the Wild..




Penah tgk citer ni?

Cite ni antara fav movie wa sbb banyak share value yg sama ngn wa.Hari ni wa layan lagi citer ni selepas beribu2 kali wa layan sblm ni.Maybe sbb wa dah agak tercungap idup bersama manusia ni.Teringin sgt wa nak "Into The Wild" cam dulu.Haihh..

Silalah cari n layan cerita yg bagus nih.Kalau dah pernah tgk beri lah comment.

Sementara tuh kita layan dulu lagu dr eddie vedder yg cool ni.Eddie Vedder tak knal gak??tuh la sapa suruh lu lahir lbt.Padan muka lu org.Wakakaka

Monday, May 25, 2009

From the Heart of Perakian..

Perak

For perakian..never forget 7th May!

Sunday, May 24, 2009

Malaysia perlukan Anda....

<internal security act,ISA,Malaysia,Politics

Seni ciplakan dan tempelan

Wednesday, May 20, 2009

8 juta lesap! Bacaan semula

Tindakan licik tiga penjenayah memanipulasi sistem van keselamatan dalam rompakan yang dipercayai terbesar sejak beberapa tahun lalu di sebuah pusat beli-belah di Taman Segar di sini, malam kelmarin, mengelirukan pihak berkuasa.

Wa tak sure nak gelak atau nak nangis mengenangkan polis kita. Perompak ni trik sikit jek..terus polis kene tipu. M.O perompak ni tader la hebat sgt tapi boleh terlepas sbb polis "bersangka baik" dgn perompak.:)).

Van ni dah dilarikan.Pastuh polis jumpa 200m dr pasaraya.Dengan malas nya polis membuat kesimpulan perompak ni panik dan gagal merompak sbb van tu ade security system.Terus polis sebok nak bukak pintu van jer.Perompak hilang tah kemana.

"Dengan memanipulasi sistem ‘immobiliser’ yang digunakan pada van terbabit, polis menumpukan usaha membuka pintu yang ditutup secara automatik jika berlaku sesuatu di luar jangkaan"

Beb..kopek jerla pintu van tuh.Pesusah sgt ni?Tamau hilang bahan bukti?Ker malas sbb dah bajet perompak tuh gagal.Haihh...bijak2.

"Katanya, beg kosong sengaja ditinggalkan bagi menunjukkan seolah-olah penjenayah terbabit panik dan kesuntukan masa untuk melarikan wang tunai selepas enjin kenderaan itu mati tiba-tiba."

Kah kah kah...sng nyer kene kencing.Takan polis main tgk jer beg tuh.Tak teringin ke nak check dlm beg?

"Bagaimanapun, selepas pintu dibuka dan kiraan semula dilakukan kira-kira tujuh jam di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Cheras, polis dan pengurusan syarikat keselamatan itu menyedari wang yang disangkakan berada dalam van berkenaan, lesap"

Beb..duit 2 juta ngn 10 juta tuh banyak gila beza beb.Tgk mata kasar pon dah bleh tahu hilang.Biar betul lu org kira 7 jam??

Bayangkan beb..kene rompak 7.10 mlm.Sedar bebetul dah kene rompak kol 2 pagi.Beruntung sgt la perompak tu dpt polis2 yg baik hati n "suka berbaik sangka"

Wa kutuk polis bukan sbb wa tak respek...tapi biler memikirkan bile bab politik jer, polis2 ni sikit punya effective ke.Laju jer tangkap pendemo.Tetambah 7 mei kat ipoh itu arik.Sapa pakai baju itam kene tangkap. Sapa bawak poster sultan kene tangkap.Baru2 ni sape pasang lilin pon kene tangkap.Effective tak hingat.

Skang biler kes jenayah 8 juta beb..siap boleh berbaik sangka.Siap bajet perompak ni panic kot.Tayah la rushing2.

Wa hingat sekarang ni mungkin pemimpin PR lagi lagi merbahaya dr perompak di mata polis.

Tuesday, May 19, 2009

Free ISA poster : The Malaysia I Believe In

Photobucket



This is what i believe.Now create your own poster.Tell the world what kind of Malaysia do you believe in.

Monday, May 18, 2009

Free ISA Poster For ALL

Crush ISA


<Photobucket

Sila ambil tanpa malu2 dan segan2.Hiaslah blog anda dengan poster ini sebagai tanda sokongan

Sunday, May 17, 2009

Jokes of the day!

The makings of an Umno politician

An old kampung imam had a teenage son, and it was getting time the boy should give some thought to choosing a profession.

Like many young men his age, the boy didn't really know what he wanted to do, and he didn't seem too concerned about it.

One day, while the boy was away at school, his father decided to try an experiment. He went into the boy's room and placed on his study table four objects.

1. The Holy Quran.
2. A fifty ringgit note.
3. A bottle of whiskey.
4. And a Playboy magazine.

'I'll just hide behind the door," the old imam said to himself. "When he comes home from school today, I'll see which object he picks up."

"If it's the holy book, he's going to be an imam like me, and what a blessing that would be!"

"If he picks up the fifty ringgit note, he's going to be a businessman, and that would be okay, too."

"But if he picks up the bottle, he's going to be a no-good drunken bum, and God, what a shame that would be."

"And worst of all if he picks up that magazine he's going to be a skirt-chasing womaniser."

The old man waited anxiously, and soon heard his son's footsteps as he entered the house whistling and heading for his room.

The boy tossed his books on the bed, and as he turned to leave the room he spotted the objects on the table. With curiosity in his eye, he walked over to inspect them. Finally, he picked up the Holy Book and placed it under his arm. He picked up the fifty ringgit note and dropped into his pocket. He uncorked the bottle and took a big drink, while he admired the magazine's centerfold.

"God have mercy," the old imam disgustedly whispered. "He's going to be an Umno politician!"

Author unknown

Friday, May 15, 2009

Aku kerna siapa?



Aku kerna siapa?


Aku tiada siapa

Aku hanya punya rasa

Oh.. aku..

Berteman tiada

Hanyalah hati ingin lihat indah

Engkau punya kuasa

Engkau punya segala

Oh.. engkau...

Pangkat dan harta

Tindas-menindas tanpa kenal dosa


Jari meninta bukan kerna siapa

Lidah melafaz bukan kerna nama

Aku titipkan ‘tuk anak cucuku

Sambunglah apa cetus yang ku mula

Saksikan Allah apa yang ku laku

Terangilah hati ku untuk menulis

Mudahkanlah apa yang inginku sampai

PadaMu penentu segala kudrat.



********************


Abai walau apa saja

Me-reka masih dengan kita

Oh.. apa

Deri-ta mereka

Bodoh dan gelap tidak tahu apa


Cantumlah kita menerangi lembah

Kasihan mereka lama kegelapan

Berikan cahaya sinar dan harapan

Cukup-cukuplah diperbodohkan


************************


Biar berganti nasi dengan racun

Biar kau tukar syurga dan neraka

Allah….

Tetapkanlah aku

Jangan Kau balikkan kakiku

Aku merayuMu….

Oh Allah

Jangan Kau bolakkan

Jangan Kau balikkan, hatiku


Aku merayuMu….

Oh Allah

Tetapkan hatiku

Pasakkan kaki,

Dan hati pada Mu









Thursday, May 14, 2009

Poster Korban Kerusi



Poster korban kerusi ala retro hasil ciplakan dari poster hartal.Mohon tuan2 dapat letakan di tepi blog anda(lihat contoh di blog saya) dan linkkan pada http://bebaskanmereka.blogspot.com/ sebagai tanda sokongan

ps : Untuk memudahkan anda sila paste code di bawah pada ruang gadget anda

Monday, May 11, 2009

Kempen satu kerusi untuk 1 isu : Mulakan dengan ISA

"tidak bersetuju mendesak pimpinan pas/pkr meletak jawatan adun/parlimen atas dasar ugutan pada kerajaan.suatu langkah yang bodoh.pelbagai cara dan masih banyak ruang bagi maksud tersebut.pas/pkr jangan sesekali terperangkap dengan golongan orang orang yang lemah fikiran sebegini.amati dan teliti apa yang tersirat didalam petition jzk ini.memang kita ingin bebaskan mereka tapi bukan dengan cara yang bodoh dan diperbodohkan ini."

Baiklah mari kita jadi org bijak pandai dan sama2 fikirkan.Sila fikirkan soalan dan pernyataan ini:-

Ruang Parlimen
Setakat ini pernah kah Akta ISA berjaya di mansuhkan dengan debat atau undi di parlimen?(ini ruang yg paling effective dan pilihan org bijak pandai setakat ini)

Contoh lain ,dapat kah isu IPP dipatahkan dengan hujah dan undi di Parlimen?

Dan pelbagai contoh2 parlimen yg membuktikan pilihan org bijak pandai ini tak berkesan.

Ruang NGO
Ambil contoh untuk pilihanraya, kita ada MAFREL yg serasa saya tak pernah dipedulikan oleh Kerajaan langsung.
Kita ada GMI yg berjuang untuk memansuhkan ISA,tapi pernahkah kerajaan peduli?

Ruang Demo
Mohon maaf pada pendemo2 BERSIH.Sila listkan senarai tuntutan anda yg telah dipenuhi oleh kerajaan.

Kesimpulan

Jalan2 di atas adalah jalan2 yg telah di ambil setakat ini untuk mendesak kerajaan dalam sesuatu isu. Jalan - jalan ini menunjukan kesan positif yg besar hanya pada tahap kesedaran rakyat,tapi tidak memberi impak besar pada menekan Kerajaan.Dalam permainan ini, UBN adalah pd "winning side".Maka beria2 lah kita meminta2 bak peminta sedekah sambil dipandang sinis oleh UBN sebagai penyedekah.

Sila terima hakikat bahawa kerajaan tidak akan mengubah satu2 dasar atau akta melainkan hanya untuk mengekalkan kuasa dan menjaga air muka sahaja.

Jasa - jasa contoh diatas tetap dihargai atas keberkesanannya.Namun persoalanannya adakah kita masih tidak kuat bersuara atau mungkin tidak berani mencuba cara baru untuk bersuara?


Satu kerusi untuk 1 isu : Mulakan dengan ISA


Rekod setakat ini, dalam suasana pilihanraya yg tidak adil sekalipon,PR telah memenangi 4 dari 5 PRK .Insyallah saya sgt yakin, dengan bantuan isu dan situasi di Perak, PR akan dapat meneruskan trend kemenangan.Untuk persoalanan pilihanraya telah diulas dengan bijak oleh bro Aduka disini. Persoalanan membazirkah banyak PRK pon telah dijawab disini. Pendapat saya ini lah satu2 nya "losing side" UBN.Boleh lihat hujah2 nya di sini

Cuba bayangkan setiap debat berkaitan ISA di Parlimen di akhiri dengan ugutan meletak jawatan.Begitu juga dengan isu2 lain.

1 kerusi = Isu ISA
1 kerusi = Isu IPP
1 kerusi = Isu turunkan tol
1 kerusi = Isu Pilihanraya Bersih

Mari bayangkan impak nya. Tahniah saudara2 kerana telah mewujudkan hero2 rakyat yg betul2 berani memperjuangkan setiap isu demi rakyat dan kepada rakyat.Tak akan sia2 lagi hero2 kita berucap di Parlimen kerana dah tentu ada hasilnya.

Janganlah takut - takut untuk "test market".Mari berani mulakan dengan ISA!

Menerima Hakikat & Tindakan

Menerima Hakikat

"Aku dah tak percaya kepada sistem..kerana sistem itu telah dirogol dan perkosa oleh Umno dan Barisan Nasional. Bukan setakat UBN…cabang eksekutif juga bertindak menjadi perogol dan peliwat sistem. Dan aku juga sudah tidak mengharapkan cabang kehakiman dapat bertindak secara rasional. Kerana kehakiman juga telah dirogol dan diperkosa oleh UBN"

Kebelakangan ini suara kekecewaan pada Malaysia makin kedengaran.Bertambah dengan krisis di Perak dan rentetan peristiwa membawa pertanyaan pada rakyat "Adakah Malaysia menuju kepada "a failed state"?. Sila lah jawab sendiri berdasarkan fakta2 yg ada sekarang.Mohon jgn jawab dengan keinginan dan nafsu anda walaupon nafsu berbaik sangka sekalipon.

PRU13

Ada juga yang menjawab " Tunggu la PRU13 nanti.Rakyat akan membalas".Persoalanannya,

1.Benarkah pada PRU13 PR akan membentuk Kerajaan?

Harapan :
PRU13 akan berjalan dengan adil.
1. Kita akan tuntut penggunaan dakwat jari.
2. Kita tuntut penghapusan undi pos.
3. dll tuntutan yg rata2 dah berumur lebih dari 20 tahun.
Dengan kuasa rakyat, kerajaan PR akan dapat membentuk Kerajaan.

Hakikat :
1. Dakwat jari telah pon diisytihar akan diguna pd PRU12 tetapi di mansuh pada saat2 akhir dengan alasan kelakar.
2. Dah 50 tahun pilihanraya, undi pos tak pernah dimansuh.
3. Kerajaan BN wajib akan membuat persempadanan baru pilihanraya untuk memecah2kan sokongan rakyat.Telah pon dibuat pada PRU11.
4. Rampasan kuasa di Perak membuktikan UBN akan melakukan apa sahaja demi memenangi PRU13 nanti.Tiada halal haram dalam kamus UBN

Masih percaya PR akan menang?Menang PRK mungkin boleh tetapi menang PRU13 bolehkah?

Paling penting bagaimanakah adun PR mampu membela nasib anda dalam situasi sekarang, tambahan di negeri2 bukan pakatan?Sila perhati perkataan "situasi sekarang" supaya tidak salah faham.

Masih mahukah kita menunggu PRU13 untuk bertindak?

Berita Ajaib

Di kala begitu banyak keburukan UBN dilakukan, muncul pula tindakan ajaib dari UBN.Sila turuti berita ini

3/5/09 Kota Alam Shah assemblyman M. Manoharan will decide whether he will quit after meeting party chairman Karpal Singh on May 19.

Reaksi UBN

6/5/09 "Saya tidak ikut ugutan, dia ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab tertentu, kerana pilihan raya kecil nak bebaskan dia, (ugutan itu) tak makan dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, pertimbangan saya ialah asas-asas yang telah pun dibina selama ini perlu dihormati," katanya

Tetapi hasilnya,

9/5/09 Tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan ialah K. Vasantha Kumar, 36, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, penasihat undang-undang pertubuhan itu, P. Uthayakumar, 47.


Adakah manoharan sudah didapati tidak berbahaya? Atau dibebaskan kerana takutkan pilihanraya? Ini kah yg dinamakan tektik tawar menawar dr rakyat kepada UBN?Taktik yg dicari2 selama ini?

Sila lah nilaikan sendiri.


Tahanan ISA yg lain

Siapa pula yang nak membela nasib tahanan yang lain.Manoharan mungkin bertuah punyai kerusi Adun untuk diugut-ugut.Bagaimana kah dengan yang lain?Mungkin kah PAS/PKR boleh mengorbankan kerusi adun untuk mengugut2 bagi pembebasan tahanan2 ini?

Masih mahukah kita menunggu PRU13 untuk bertindak?

Sekali lagi, sila jawab berdasarkan fakta dan rekod..bukan harapan.

Kalau sudah menjawab mohon masuk ke sini untuk beri pandangan.

Thursday, May 7, 2009

Sila Catit Dalam Buku Sejarah

Ini kisah yg wajib masuk buku sejarah.Berdoalah ini sejarah org yg MENANG!


Speaker sebelum disalah anggap jd lembu


Sapokah ini garang betul?


Sejarah dunia Perak : Speaker di tarik mcm lembu


Hero@Perak












Perak : Man In Black(jgn tangkap wa tok!)



Well, you wonder why I always dress in black,
Why you never see bright colors on my back,
And why does my appearance seem to have a somber tone.
Well, there's a reason for the things that I have on.

I wear the black for the poor and the beaten down,
Livin' in the hopeless, hungry side of town,
I wear it for the prisoner who has long paid for his crime,
But is there because he's a victim of the times.

I wear the black for those who never read,
Or listened to the words that Jesus said,
About the road to happiness through love and charity,
Why, you'd think He's talking straight to you and me.

Well, we're doin' mighty fine, I do suppose,
In our streak of lightnin' cars and fancy clothes,
But just so we're reminded of the ones who are held back,
Up front there ought 'a be a Man In Black.

I wear it for the sick and lonely old,
For the reckless ones whose bad trip left them cold,
I wear the black in mournin' for the lives that could have been,
Each week we lose a hundred fine young men.

And, I wear it for the thousands who have died,
Believen' that the Lord was on their side,
I wear it for another hundred thousand who have died,
Believen' that we all were on their side.

Well, there's things that never will be right I know,
And things need changin' everywhere you go,
But 'til we start to make a move to make a few things right,
You'll never see me wear a suit of white.

Ah, I'd love to wear a rainbow every day,
And tell the world that everything's OK,
But I'll try to carry off a little darkness on my back,
'Till things are brighter, I'm the Man In Black.

Wednesday, May 6, 2009

Tenang sebelum Golak@Perak

Sampai sekarang wa tak sure nak turun ke ipoh ke idak tuk esok.Bukan lah sbb wa tak sokong, tapi wa sendiri dah hampir tak paham motif apa nak turun.Maybe wa rakyat biasa buta politik..mudah pula terpengaruh. Hari2 pon wa baca metro sbb berita yg "mcm2 ada".Tak sampai ati wa nak boikot suratkhabar kelakar ni.

Mungkin motif nak tangkap gambar kot.Layan gak tuh. :D.

--------------------------------

Berita gembira pd semua peminat Zambry.Zambry go blog.Boleh la pergi ke blognya untuk bertegur sapa.Terkejut juga wa tgk sijil2 nya yg sampai 4 tuh. Ade pulak perkataan Islam kt master dia.Ini kot "profesional Ulamak"?

--------------------------------------

Meanwhile..tertarik wa nak tanya cam anilnetto .Cam biasa artikel PPSMI.Takpa wa tolong terjemahmudahkan(perkataan baru ni.hehe).

The recession is biting; how are you coping?

The recession has reached our shores, with the IMF forecasting that the Malaysian economy will shrink by 3.5 per cent this year.

Is it affecting you? Is your job secure or have you been laid off? How are you coping? Have you stopped eating out?

Me? I have stopped buying processed food (in bottles or cans or cookies) from the hypermarkets. It’s more expensive, and less nutritious than natural, fresh food.

Share with us how the recession is affecting you (if at all)… and tell us how you are coping. Tell us your stories.

Terjemahan

Kemelesetan ekonomi sedang mengigit.Bagaimana anda menghadapi?

Kemelesetan ekonomi telah sampai di pantai kita, dengan IMF meramalkan ekonomi MYS mengecil pada 3.5% tahun ini.

Ia terkesan anda?Adakah kerja anda terselamat atau telah berehat?bagamana anda menghadapi.Anda berhenti makan luar?

Saya?Saya berhenti beli makanan di proses dari pasar raya.Ia lebih mahal, dan kurang berzat dari makanan asli(Biar betul anilnetto ni?pasar mana die gi?)

Berkongsilah dengan kami bagai mana kemelesetan terkesan pada kehidupan anda n bagaimana menghadap.beritahu cerita anda.
------------------------------
Sila lah kenkawan cerita sikit.