Saturday, December 12, 2009

Najib yg unggul

Perkembangan isu sekitar najib sgt menakjubkan dan kadang kala ajaib.Wa sering fokus kepada najib terutama setelah kejayaan dia di perak.Wa katakan kejayaan UMNO di perak adalah miliknya sbb tak lama lepas Najib ambik alih UMNO perak, sekali dgn kerajaan PR Perak pon tumbang.He's one great strategist!

Walaupon pelbagai isu di timbulkan dengan direct kepada Najib spt Altantuya dan sbgnya, namun setakat ini tak nampak isu2 ini mampu memberi cacat cela pada batang tubuh Najib.Lagi kelakar bila yg paling terkini ada blogger memainkan isu najib minum arak(?) dlm pertemuan dgn PM Thailand.

Bro..lu rase ade kesan ke isu2 level ni kalau nak diguna sbg peluru menembak najib? lupakan la bro.Kang tak pasal2 org atas pagar terpk lu org yg bodoh pulak.Cerita bangang pon leh jadi isu.

Bagi wa, setakat ni..selain dari Nik Aziz, Najib juga telah mebuktikan keunggulan dia dlm siasah dan menangani persepsi.Beza kedua tokoh hanya nik aziz nampak lebih agresif dan najib nampak lebih pasif. Kedua dua tokoh ni berada di level tersendiri yang tak mampu di capai oleh politician yang lain.

Gerakan Pemutihan Najib Melalui Isu Racism

Najib mungkin berani mengambil risiko yang tepat. Dengan memilih untuk tidak memperdulikan isu2 peribadinya, najib berubah 360 darjah dgn terus memperkenalkan idea yang controversial(1malaysia).

Setakat ini wa berani jamin tak semua ahli UMNO paham pon, malahan idea seperti ini telah ditentang 100% oleh ahli UMNO yang berteraskan Ketuanan Melayu sebelom ini. Gila tak logik UMNO mau 1Malaysia.Tapi berkat ajaran melayu, wala' dan thiqah tetap diserahkan pada Najib.

Kini gerakan pemutihan imej najib diteruskan dengan serangan nazri terhadap mahathir dalam isu BTN. Terang2 nazri menggunakan alasan 1malaysia untuk menentang mahathir.Adekah kerana nazri bersetuju 100% pada 1Malaysia?i dont think so..

Isu racism adalah isu yg paling mudah dan paling murah untuk dihadapi oleh Najib berbanding dengan isu lain seperti ekonomi dan rasuah. Dengan hanya mengguna situasi nazri vs mahathir, persepsi rakyat telah berubah sedikit(macam banyak juga rasanya) terhadap kerajaan BN.

Wa tak heran kalau tiba tiba BTN dibubarkan demi memenangi isu racism ni.Bukan susah sgt pon..nothing to lose ma.Seultra melayu mana pon ahli UMNO, ia tetap wala' dan thiqah pada Najib....err, selagi leh cari makan dlm party la.:D.

Ulasan Penarik Beca

"
Saya melihat Najib dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam projek membersihkan Najib tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap. Apa nak buat, depa gila."

Betoi ka pak bakaq...awat saya rasa lain ja.Kot2 ada pilihanraya sekarang sapa tah boleh menang ni?

Paling horror bila tgk isu2 yg jd peluru oleh pembangkang asyik sipi jek kat Najib nih.Ka sebab diorg tak reti pilih peluru atau dah habis peluru guna tembak kawan2?

No comments: