Showing posts with label negara kebajikan. Show all posts
Showing posts with label negara kebajikan. Show all posts

Sunday, April 26, 2009

X-file

Ni cerita dr pengalaman blog hopping wa.Cilok dekat From bota to Calfornia .Harap jadi pengajaran pd geng2 yg suka bersyukur sgt2 ngn kerajaan kita yg baik hati.Buka mata sikit la gila.Lu nak teruskan lagi ka kesyukuran lu.Copek2 la ubah..

----------------------------------------------------------------------

Subjek 1 - Umur 16 tahun. Dulu kelas biasa sekarang kat Kelas Pemulihan untuk pelajar istimewa, takde sebab lain, dia ni masih tak boleh membaca, mengeja jauh sekali...
Latarbelakang famili - adik beradik 8 orang. Mak diceraikan 8 tahun lalu, sekarang mak masuk ITM, bukan lecturer, tapi Penyapu Officer. Gaji RM500, tolak duit van datang angkut pegi-balik tingga RM380. Adik beradik lain SEMUA tak leh membaca. Oh ya, dia ni pompuan, anak ke-dua. Yang sulung patutnya tingkatan 5, tapi dah renti sekolah.

Maklumat tambahan - penah mak dia mintak rumah PPRT dari Tok Sidang kat kampung dia - reject beb! Kate TS tu, sebab PPRT untuk orang yang ada laki, bukan janda. Ye Ke? Keluarga ni penah menyewa rumah RM40 (baca betul bukan ratus..puluh), tapi kena dushhh...tak mampu bayo, abih tu pindah rumah dhaif kat tepi bendang -RM20, tak mampu jugak... sekarang balik duduk kat umah opah. Kat umah opah ada sembilan yang lain, termasuk mak-mak sedara dan opah yang ditakdirkan jadi janda jugak.


Subjek 2 - Baru pindah dari Selangor, bapak dia kat KL. Tingkatan satu - lelaki. Baik dan ramah. Bapak dah lama tak jenguk, mak buat kuih - bukan jual kat Giant atau Carrefour- kat tepi jalan je. Kekadang tanya cikgu2 nak order nasi, kuih atau makan ringan tak? Ramai cikgu order sebab siankan dia je....

Maklumat tambahan - adik beradik tujuh orang dia nak SULUNG. Mak bapak muda lagi. Pelajaran tak berapa le...kecik lagi dah jadi Perunding Ekonomi keluarga. Sapa nengok muka dia yang senyum sokmo dan comel tu mesti tak sangka budak tu tengah berperang hebat jiwanya...


Subjek 3 - Lelaki, tingkatan satu jugak. Adik-adik ada enam- jadi dia ni yang sulung le.

Maklumat tambahan 1 - Surat sijil lahir dia ada nama bapak, tapi Abdullah, nama adik2 yang lain berbin dan berbintikan orang lain. Bila tanya, dia kata, mak cakap kut orang tanya, dia sorang bin Abdullah yang lain bin $#@*&. Tapi katanya Abdullah tu adalah orang yang sama dengan $#@*&.

Maklumat tambahan 2 - bergerak berdasarkan Maklumat tambahan 1, didapati beberapa belas orang pelajar lagi, dari kelas dan tingkatan yang lain, latarbelakang deme SAMA!! Ya Allah, ampunkan keterlanjuran hambaMu...


Subjek 4 - Pompuan, umur 17 tahun. Nak SPM ujung tahun ni. Peramah tapi pelajaran memang k.o. Pemegang rekod kesalahan disiplin yang hanya boleh ditandingi oleh pelajar lelaki.

Maklumat tambahan 1- mak sakit buah pinggang. Abang renti sekolah nak jaga mak sebab dia memang tak leh berjalan atau buat kerja rumah. Ayah ada dua bini, selalu di rumah bini muda. Empat beradik - yang bongsu. Mak tiri ada 6 orang anak. Kerja budak ni Pegawai Ternak. Bayangkan zaman sekarang mana ada budak pompuan jaga lembu lepas balik sekolah tapi inilah yang terpaksa dia lalui. Kut tak ikut arahan, dapat sepak terajang sebab bapak dia memang garang. Dia penah teruk kena belasah sebab petang tu dia pegi ko-kurikulum kat sekolah, lembu takde sape babysit. Ni bukan cerpen...tapi ni realiti. Sebab tu dia selalu lepas geram kat bebudak lain.

Maklumat tambahan 2 -Raya posa tahun lepas ada cikgu bagi baju raya kat dia, punya lah happynye dia sampai hiba sayu cikgu tu tengok dia. Maklumlah budak ni cengih, bengis, tapi dapat baju raya dia terus nangis...katanya selalu pakai seluar ngan T-shirt abang dia je, dia sorang je pompuan. Bapa asyik beli untuk anak mak baru je......
..........
SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT YANG KORANG TAK NAMPAK


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada geng PAS..jgn lupa janji negara kebajikan kita.Kalau dah memerintah dok lupa jugak kat org2 kat atas ni siap aa lu org!

Thursday, April 23, 2009

Chill bro Anduka.Meh karaoke dulu.Enjoy.

Wa mmg dari dulu preach politik kedamaian.Politik yg berend resultkan kepuasan hati untuk semua.Tuh pasal wa support Negara Islam n sapport PAS.Demokrasi sendiri tak mungkin mampu nak puaskan ati semua.

Maybe politik kedamaian nih "too naive" bagi org2 cam Mahathir atau Anwar.Tapi kalau semua sangup support idea nih..road to Islamic Country, Negara Kebajikan dah agak terbuka sbb ianya sama prinsipal.

To bro Aduka,takpa..meh kita bertekak lagi sampai dapat conclusi. Sementara tu, wa kasi lu ini lagu "One Love" dr bob marley covered by jason marz.

Mi no spik english?Takpa..wa kasi lirik sekalik.ekeke.Cheers bro.



One Love, One Heart
Let's get together and feel all right

Let them all pass all their dirty remarks (One Love)
There is one question I'd really like to ask (One Heart)
Is there a place for the hopeless sinner
Who has hurt all mankind just to save his own?
Believe me

One Love, One Heart
Let's get together and feel all right

Let's get together to fight this Holy Armageddon (One Love)
So when the Man comes there will be no no doom (One Song)
Have pity on those whose chances grove thinner
There ain't no hiding place from the Father of Creation

One Love, One Heart
Let's get together and feel all right


Friday, April 17, 2009

Jln2 masuk kampung Bro monier style..

Wa cam biasa ari2 "blog hopping" membaca info2 terbaru.Ari ni wa terbaca satu comment dr bro monier dlm blog Kedah Lanie bawah tajuk pendapat tentang kerajaan PAS kedah setelah 13 bulan di sini. Ape yg menarik dalam comment die ialah tentang xtvt mamat ni.Kata dia :

"Kemudian pasal bab kemiskinan; saya dok tengok isu ini terlalu kompleks, saya rasa bukan saja YB Ustazah Aishah selaku Exco Kebajikan, malahan YAB MB pun tak akan mampu menyelesaikan masalah sepanjang zaman ini.

Lalu, apa yg saya dan rakan-rakan boleh buat?

Tak banyak yg mampu kami lakukan; cumanya walaupun kami tiada bertitle YB, tapi insyaallah bila ada sedikit rezeki berlebihan dan punya masa yg terluang, kami sendiri masuk ke kampung-kampung menghulurkan bantuan.

Moga sumbangan kami yg x seberapa itu akan dikira sebagai pahala Ibadah di SANA kelak, dan moga ianya juga kalau tak banyak pun, sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan tugas YB-YB yang berkenaan.

Kpd sidang pembaca Kedahlanie sekian, kalau betoi ada sapa-sapa yg Miskin Tegar di mana-mana, sila hulurkan maklumat tersebut kpd saya at my blog at http://www.moniermatdin.blogspot.com

Jangan tanya apa yg Negeri boleh buat untuk kita, tanya apa yg kita boleh lakukan utk meringankan bebanan tugas kerajaan Negeri"

Wa lompat blog lagi masuk blog bro ni.Perghh mengkagumkan la bro monier ni.Kita takat boleh sembang jek la...dia dah start dah.Kebajikan dah jadi hobi dia.Bukan senang sapa-sapa tetiba nak susah payah masuk kampung bagi bantuan tade sebab.Power gila mamat ni.Kalau die jadi calon YB mmg kompom mendapat faveret vote wa.

Ni lah antara maksud wa sifat sukarelawan apa yg patut ketengahkan oleh PR selain dari sukarela tolong parti waktu pilihanraya.Masuk la blog dia tgk ape patut wat pedoman.

yang penting bro ni harap,kalau ada pembaca yang tergerak hati nak wat cam dia,sudi lah kira nya:


"
Saya berharap dapat menumpang pahala apabila org yg membaca tulisan saya ini terdetik untuk melakukan perkara yg serupa di tempat mereka. Saya cuma nak minta kalaulah ada sebarang pahala drpd hasil tulisan saya ini, "royalti pahalanya" dapatlah kiranya disedekahkan kpd arwah org tua saya, Allahyarham Mat Din @ Samsudin Bin Ibrahim yang di penghujung usianya, w/pun cumalah seorang Peneroka Felda dengan pendapatan yg x seberapa, cukup gemar singgah di masjid-masjid dan surau mana-mana memberi wakaf sejadah atau karpet sekeping dua"


Insyallah bro..no prob nyer!