Wednesday, January 27, 2010

Kepada Pentaksub Parti yg bodoh!

Kalau PAS nak saman gua sbb mendoakan perubahan/reform pas cam dlm logo gua, gua akan soh org UMNO saman PAS sbb buat kempen Umno Pengkhianat rakyat.Siap niat buruk lagi.

Gua tader malafide.Kalau gua ade niat jahat bukan tuh logo yg akan kuar.

Atau pon PAS boleh kuarkan statement mcm ni:-

"kami melarang rakyat mendoakan perubahan kami.Kami nak stay macam ni selama2.Jemaah Islam milik mutlak kami dan ini lah imej sebenar jemaah Islam.Kami bangga menjadi pembangkang selama 50 tahun dan tak berminat untuk berubah"

"kami juga akan beli semua no plat kereta PAS 1 hingga ke 17(17 palling mahal ni:P) untuk kegunaan rasmi kami.Sekian dan tabung derma kan diedarkan sebentar lagi"

Jangan ckp bodoh n ugut2..gua bukan sehari dua dlm industri design.Semua benda dah di calculate dan dikira risiko nya.

Lu org sini dengar..idealisma kami ialah political activis islam.Tapi new player ni tader ally n tdr musuh.Tader niat nak jawatan atau kuasa.Pas boleh pilih mahu mendengar kami atau mahu memusuhi kami.UMNO terus out of context la...dibenci selalu.hahaha.

Tayah wa rendahkan kredebiliti PAS pon mmg dah rendah dek kebudohan pemimpin dan penyokong.

Gua sarankan semua rakyat malaysia guna otak utk menyokong dan membantah sesiapa sahaja.

YANG BENAR TETAP BENAR , YANG SALAH TETAP SALAH!

Kerosakan negara Malaysia ini bukan sahaja terletak di tangan UMNO(BN) tapi juga terletak di tangan PAS(PR) yg dah 50 tahun berpolitik tapi masih duduk di takuk pembangkang.Langsung tak berjaya pon nak menjadikan idelisma PAS menjadi kenyataan.Kang Gua panggil loser kang marah.

Ni siap bangga lagi berjaya bertahan sebagai pembangkang.Dey pentaksub PAS, lu bangga jadi loser ka?Tayah la bagi alasan berderet2 tuh sbb di zaman internet ni pon lu still loser lagi.Sama jek dari zaman dulu.

Monday, January 25, 2010

Penjelasan : Aduka Taruna, Pas Reform ,T shirt dan Projek Langgar Hadi

Aduka Taruna

Aduka Taruna adalah sahabat gua.Prinsip gua kalu dah sahabat tu..wangi atau busuk tetap sahabat gua.Yup sahabat gua yg sorg nih mmg sgt "loud " org nya.Kali ini ke "loud" an die dah hampir memakan diri.

Tak penting sgt gua sokong die ke idak.Realitinya gua tak mampu pon nak tolong die melainkan nasihat2 dan doa sahaja.Gua sangat harap aduka dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes nih dgn aman.

Realitinya kes aduka adalah rentetan dari namawee, peristiwa makian di website sultan perak, pelajar aswara dan banyak lagi.Gua yakin kes2 baru seperti ini kan terus timbul selepas ni.

Kenapa kes2 umpama "civil disobedient" camnih makin kerap timbul?Kenapa rakyat malaysia makin ramai terdorong utk melakukan kesalahan sebegini?lu org pikir la sendiri..


PAS Reform



Bila Aduka dan posting kontrovasi nya di di print screen dan telah di edit bersama logo ini, PAS telah dikaitkan pada Aduka sebagai blogger PAS.

Gua terpanggil utk menjelaskan fitnah yg direka cipta ni.

1st Sepanjang pengetahuan gua, Aduka bukan ahli pas dan jauh sekali Blogger PAS.Dia cuma penyokong usaha murni PAS dalam pembinaan Negara Islam.Kerana itu dia selalu mengkritik PAS dalam usaha memantapkan gerakan ke arah Negara Islam dari kaca mata dia.Dan dah tentulah dia tak tertakluk dibawah akhlak jemaah PAS sbb dia mmg bukan jemaah PAS.

2nd Gua adalah pemegang copyright logo ini selaku pencipta.Logo ini dicipta kerana gua sgt sedih dgn keadaan PAS ketika Nik Aziz menganjurkan muktamar khas PAS.Rujuk artikel ni.

3rd Gua nak menegaskan logo ini langsung tak mewakili PAS.Logo ini milik gua, dan gua benarkan sahabat2 gua gunakan sebagai tanda pengharapan ke arah reformasi PAS yg lebih baik.

4th Sebarang usaha untuk mengaitkan PAS dan Aduka melalui logo ini adalah fitnah semata2.Gua tak halal dunia akhirat.Titik!

T shirt PAS Reform.



Ada pulak org PAS yang mendakwa T shirt PAS Reform ini bertujuan untuk memecahkan jemaah dan sebagainya.

Gua nak bagitau lu org kenapa T shirt nih di reka.

1st Intipati gerakan PAS Reform adalah pembinaan Negara Islam.T shirt ini adalah untuk memperkenalkan idea Negara Islam kepada semua terutamanya pada golongan muda peminat t shirt.

2nd Untuk pengetahuan lu org PAS, ramai jek anak muda yg nampak tunggang langgang teringin sgt nak menyokong PAS atas cita2 Negara Islam.Tapi sapa pedulik kat budak2 ni?Kalau lu org tanak peduli sbb nampak tunggang langgang biar kitorg jek yg pedulik!

3rd Gua langsung tak target T shirt ni tuk ahli PAS.Kalau PAS nak haramkan ahli dia beli pon gua tak kesah le.

4th Kami mahu mempromosi idelisma political activis negara islam sebagai badan pendesak kepada PAS dgn harapan PAS menunaikan cita2 negara islam kami.


Project Langgar Hadi

Macam gua cakap, intipati PAS reform adalah negara Islam.Dalam Malaysia ni telah ada demokrasi jd cita2 negara islam hanya tercapai melalui undi. Tak ada cara lain lagi yg paling
aman dan berkesan.

Malang bagi kami melihat TGHA sebagai batu penghalang kerana imej dan perlakuan beliau dilihat sgt tak membantu perkembangan negara islam melalui undi.Kami yakin pandangan kami dikongsi oleh ramai penyokong dan pengundi PAS.

Jadi tindakan kami ialah mewujudkan Projek langgar hadi(nama glamer) atau wacana ilmu(nama common) utk bertanya sendiri pada TGHA kenapa beliau nampak begitu.

Takan terlucut jawatan TGHA akibat langgaran Kami.Jangan risau la bro PAS semua.

Damage has done.Demi nama baik PAS , gua dengan rela hatinya ingin menarik t shirt dan logo dari kegunaan mana2 blogger mengikut kehendak blogger itu sendiri

Sekian penjelasan wa.

Tamat

Xenanhu.blogspot.com

Wednesday, January 20, 2010

(2) Project Franchise: Peralatan Promosi

Seperti biase, sebagai satu brand yg poyo dan bersifat "true kapitalis", peralatan promosi amatlah penting.Bukan ape..setelah wa research..ade gak franchise malaysia yg pow sampai 5k..tapi brg yg diorg dpt haram tak berbaloi.Gua tamau la pow org camtuh kan

Peralatan promosi ni penting gila babeng...sbb org pakai brand gua nak meniaga nih.Kalau tak strong..biz org lingkup.Nama gua busuk..n sekali tuh jek la gua leh pow.Gua nak pow yuran franchise tiap2 tahun ma.Mau goyang kaki woo.

Mcm McD la..yuran franchise jek nak dekat 5% total sale peryear.Tapi dia sapport balik dengan wat iklan kat tv, ade program ke sekolah..sponsor sana sinih.Kira berbaloi la bayar yuran franchise kat dia.

Bagi franchise wa yg tak sampai setahun jagung nih..nih antara merchendise yg gua provide untuk sapport promosi peniaga2 wa.Program marketing pon ade..tapi tuh nanti gua cerita bab lain

Baju pekerja gerai



lupa nak ckp theme color wa merah cam tudung wanita umno.Cool dah kot t shirt wa..paling special kalu lu perasan die ader tulis Kamunting Branch.Ni sebab die custom ikut tempat lu...kalau lu bukak kat kota baharu, die akan tulis la Kota Baharu branch...kalu lu bukak kat Danok..die akan tulis la Danok Branch


Sticker Kereta


Ingat McD jek ke ade sticker..gua pon kasi maa...gua akan kasi 100 keping utk setiap franchisor wa.No telepon ikut dia nyer la.

Nih leh kasi kat 100 org pelanggan lu yg pertama ke, paling hensem ker..awek2 cun ker..ikut lu org la.

Banner Gergasi


Nih cth banner wa yg tak sampai2 lagi..jauh gua tempah nih.kne naik kpl terbang hantar malaysia.Die saiz tiang lampu jalan pon ader..tapi wa amik saiz 2.5 meter jek.Lu tgk gamba org tuh..tuh la besar banner wa.Dah sampai nanti wa publish gambo real.



Gua rase dah abes poyo dah nih.Kalu lu org bukak, habis berlari org dtg beli woo..kalu ade idea lagi super poyo send kat wa

(1)Project Franchise : Cendawan & Such

Gua tgh bekerja keras utk create branding and konsep bagi franchise project wa.Akhirnyer, prototype gerai wa pon hampir 90% siap.Agak memenuhi semua kehendak wa lah cam mobiliti, good branding, etc etc, walaupon delay hampir 1 bulan...penat woo tetiba jd tukang besi.hahaha

Atas copyright & security reason..terpaksa wa release gambo2 camnih jah.Kalau berminat or nak kasi idea..email jek direct kat wa








Wednesday, January 13, 2010

Promosi : T Shirt Pas Reform

Kenapa Pas Reform?

T shirt Pas Reform ini adalah untuk memperjuangkan ruang pembaikan kepada PAS. PAS wajib telah memiliki segala kekuatan dan memenuhi lopong - lopong kelemahan sebelom mendakwa diri sebagai "Govt in Waiting".

Untuk mencapai tujuan itu, reformasi itu wajib!

Sasaran

1st Untuk menyedarkan ahli dan penyokong pas supaya sentiasa memperbaiki diri dan jgn mudah berpuas hati.

2st Sebagai satu "statement" dari rakyat kepada pemimpin PAS supaya berhenti bertelagah, jangan suka mencipta krisis dan terus fokus kepada matlamat untuk menjadi alternatif kepada UMNO.






Konsep Penjualan ini berdasarkan "pre order" dan jamaah seperti sembahyang jumaat yg tak akan cukup syarat kalau tidak ada 40 makmum.

Harga telah ditetapkan seminnimum mungkin
RM25 termasuk kos penghantaran ke rumah anda.
Material yang digunakan adalah t shirt 100% cotton berkualiti baik.

1st Cetakan Pertama hanya akan dibuat utk 30 helai sahaja berdasar kan
“first come first serve”.Setelah helaian terakhir bagi 30 helai baju
selesai ditempah dan dibayar, barulah baju akan dicetak dan di hantar
kepada pembeli dalam tempoh seminggu ke dua minggu.

2nd Untuk mempercepatkan proses pembelian , setiap pembeli digalakan
untuk mempromosikan baju PAS REFORM kepada kenalan.Bantu membantu secara berjemaah.Pembelian secara "bulk" amatlah digalakan

3rd Cetakan kedua juga akan dijalankan dengan proses yang sama

4th Baju PAS Reform Berharga RM 25 sehelai termasuk penghantaran pos.

5th Sebarang pertanyaan dan pembayaran boleh rujuk kepada :

Nama : Miss Evelyn
Telefon : 010 9467603(sms di waktu pejabat sahaja)

Untuk tujuan pembayaran

Ambank
Ac Name : Miss Evelyn
Acc No : 1690020110505

Maybank
Acc Name : Precise Farm
Acc No : 558305504636

CIMB
Acc Name : Mohd Zullraidy
Acc No12320067563527

Perhatian : Jika menggunakan Cash Deposit, Wang baki anda akan dikembalikan berserta baju

Setiap pembayaran hendaklah menghantar ke email malaysia.reform@gmail.com

print screen resit untuk Maybank2u/Cimbclick/Ambank online

Scan slip atau masa pembayaran untuk Cash Desposit

Sila sertakan di dalam email

Nama :
Alamat :
No Telefom :
Size :

Sunday, December 27, 2009

Menanti 2010

Gua bz sket kais rezeki.Biasa la ujung tahun banyak job yg tertangguh kne setel.Sini wa update sket.

Project t shirt Pas Reform


Berdasarkan undian di blog dan pemerhatian di facebook, design 1 hitam menjadi pilihan ramai.Insyallah wa n team akan memutuskan dan menghantar email tentang prosuder pembelian pd semua yg berminat pad t shirt pas reform.

Black







Pet Project 2010
Wa lama dah teringin utk bukak franchise makanan.Sbb franchise ni banyak gila tempat utk pasif income.Maksud wa bukan nak bukak McD satu tapi nak memiliki brand name sendiri la.

Cth:
Membuka Mc Donald
- Yuran permulaan USD45k- pasif income Mcd
-Yuran Iklan(4% dari..hurm maybe gross profit?) -
-Yuran Royalti(4%) - pasif income Mcd
- Modal Mula 1.5 Juta - 3.5 juta
-training etc etc

Memang gila la kalu wa nak bukak satu.Mungkin anak wa kot bukak pas wa dah kaya.Tuh pon kalu wa berjaya mengUnteruna kan diri wa cam aduka taruna.

Dekat sini kalu lu apply prinsip yang sama dengan kos yang lebih logik untuk market(org sekitar kita), wa rase tdr masalah utk kita jadi cam Mc D tapi dengan skala yg kecil

Cth Product : Ubi Kayu Mak Minah

- Yuran Permulaan RM500
- Yuran Tahunan 5% x Jumlah sale

Dengan andaian lu ade 50 org franchise bawah lu dan setiap gerai buat income RM1000 sebulan.
Total pasif income lu
yuran mula RM500 x 50 = RM25k
yuran tahunan RM 1k x 50 franchise x 12 bulan x 4% = RM30k

So total pasif income lu org setahun RM55k busuk2 la..dah cukup best utk gua dgn tayah wat ape2.Hahaha.Tayah la charge yuran iklan sbb lu bukan ade kuar tv pon.Sikit2 cukup le.

Tapi.

Dalam franchising ni , aper yg penting ialah nilai tahap kesedaran brand pada org ramai.Ini yg menentukan "value" brand franchise kita untuk di tawarkan pada org ramai. Kalu Brand kita ala cincai boncai sapa lah pulak nak jd franchisee kita.

Product pulak lu kene tanyer chef la.Wa rase boleh jek masuk ape2 hatta char kuew tiow sekali pon.Bab2 lain pasal branding, program pemasaran, merchandising semua gua akan update lagi akan dtg...wahaha..cam wa deg marketing lak.

Untuk pilot project franchise gua bagi tahun 2010 ni..gua nak memperkenalkan...jeng jeng jeng



Ok tak?





Tuesday, December 22, 2009

Bank Dunia Menghina Malaysia?

Tertarik dgn artikel Wenger Khairy Return di sini.Data2 pasal malaysia kat sini sgt mengejutkan.Wa rasa sgt terhina bila WKJ mencatatkan GNI Malaysia hampir sama atau lagi rendah dari sebilangan negara Afrika. Hampir wa nak kata WKJ ialah penipu dan penghina Malaysia.




Terus tak pasal2 wa bukak Website World Bank yg haram wa tak pernah bukak sebelum ni.Rupa2 nya WKJ dan World Bank dah bersekongkol menghina Malaysia.Lu tgk sini la.

Gabon(negara apa ni?) ade KLCC ke?
KLIA lagi..tak gempak ke Malaysia ni?
Kita keluar proton saga duh!

Cis Cis..sama ngn afrika?..damn u WKJ agen World Bank@yahudi!

Update: Artikel WJK telah didelete dari Blog dia. Walau berbeza pandangan, gua tetap tabik pd bro Wjk atas keberanian dia.Sungguh "pembuka mata".

Wa sgt harap Blogger PR dapat membina hujah cam die.Bukan takat cerita2 kedai kopi sapa kawin sapa.

Monday, December 21, 2009

Serius wa konpius!!

2 ari dah pk ape maksud TGHA dlm Konvensyen Blogger PAS ni.Wa sampai ari nih tak dpt tangkap.Konpius giler..

Ikut sabda Nabi

"berkata lah benar walaupon pahit"

Ikut TGHA

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.”


Konpius dan konpius.Gua tak reti nak speculate dah nih.Sapo pandai sila terangkan..

Kalu dak nanti la time "wacana ilmu@langgar hadi" wa tanyer..huhu

update:

Dari blog TB ade comment yg bagi perumpamaan mcm ni

"Satu hari anda keluar rumah, tiba-tiba anda nampak bapa anda sedang dating dengan seorang perempuan yang anda tak kenal di taman bunga. Siap berpegang tangan. Anda terus pergi pada bapa anda dan depan orang ramai anda sound dia. Anda kata "Apa la bapak ni, tak tau hukum agama ke tak boleh berkhalwat dengan perempuan bukan muhrim. Ni siap pegang tangan lagi".

Rasa-rasanya apa reaksi bapa anda? Apa yang anda cakap itu benar, tapi adakah ia akan menimbulkan fitnah?"


Lagi wa konpius dengan penerangan mcm ni. Jadi kne senyap la yek..kalu tak sempat cari timing nak tegur dah kne tangkap basah mcm mana pula?

Mcm mana kalau nampak bapa mencuri atau memberi rasuah dlm senyap?wajib mencari timing yg sesuai ke report polis?

Kalau ikut mamat ni nyer penerangan kne senyap2 takut menimbul fitnah.Gila ape kah ini?

Friday, December 18, 2009

HPP : Tiada Suara Non Muslim Dlm Negara Islam Pas?

Entah kenapa gua tak perasan pasal KPP yg dah ditukar status kepada Himpunan Penyokong PAS.Wa sedar ari nih jek sbb terbaca soratkhabar Harakah.

Menurut Harakah, HPP akan mempunyai:-
1. Wakil Tetap Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat
2. Menghantar Perwakilan Dalam Muktamar Tahunan.

Perubahan paling besar ialah ia di iktiraf sebagai Sayap PAS, bukan hanya unit kecil dibawah Lajnah Perpaduan PAS.Btw, hak perwakilan HPP utk mengundi dlm muktamar tidak dinyatakan

__________________________________

1. Perubahan ini sudah dikira agak bagus kalau nak dikira dr tempoh berapa lama keputusan ini dapat dibuat.Mungkin keputusan ini amat sukar dan banyak ditentang dalam parti PAS sendiri.

2. Wa selalu membayangkan struktur jemaah pas sebagai ideal kepada cth pentadbiran yang akan dibawa oleh PAS jika memerintah Malaysia.Malah wa membayangkan mungkin ini lah ciri 2 pemerintahan Islam PAS. Wa berani jamin ramai rakyat juga yg akan melihat pentadbiran PAS adalah perlambangan kepada Pemerintahan Negara Islam.

3. Ketiadaan hak mengundi bagi perwakilan HPP agak menggangu wa. Sebagai party yang berstruktur pemerintahan islam, PAS berpendapat undi non muslim tidak wujud?Boleh kah kita assume jika PAS memerintah Malaysia, undi non muslim juga akan turut di lenyapkan?

4. Bagi wa, PAS telah menonjolkan bad image kepada ciri pemerintahan Negara Islam PAS.Pas sepatutnya lebih terbuka dan sedia berexperiment sebanyak mungkin demi menjayakan Negara Islam.Kenapa takut nak bagi hak mengundi memilih pimpinan kepada HPP?

5. Kita kena akui dalam menegakan negara Islam di malaysia, sokongan non muslim adalah wajib.Sokongan ini tidak datang dengan memaksakan hukum Islam atau penipuan slogan2, tapi dengan experimentasi untuk saling faham memahami antara inspirasi PAS dan non muslim.Party PAS telah kehilangan tabung uji terbaik untuk Negara Islam.

6. Wa harap andaian wa salah tentang ketiadaan hak mengundi HPP dlm PAS.

Anti GST komen tentang Kenyataan Menteri Kewangan 2



will comment later mahh