Sunday, April 26, 2009

X-file

Ni cerita dr pengalaman blog hopping wa.Cilok dekat From bota to Calfornia .Harap jadi pengajaran pd geng2 yg suka bersyukur sgt2 ngn kerajaan kita yg baik hati.Buka mata sikit la gila.Lu nak teruskan lagi ka kesyukuran lu.Copek2 la ubah..

----------------------------------------------------------------------

Subjek 1 - Umur 16 tahun. Dulu kelas biasa sekarang kat Kelas Pemulihan untuk pelajar istimewa, takde sebab lain, dia ni masih tak boleh membaca, mengeja jauh sekali...
Latarbelakang famili - adik beradik 8 orang. Mak diceraikan 8 tahun lalu, sekarang mak masuk ITM, bukan lecturer, tapi Penyapu Officer. Gaji RM500, tolak duit van datang angkut pegi-balik tingga RM380. Adik beradik lain SEMUA tak leh membaca. Oh ya, dia ni pompuan, anak ke-dua. Yang sulung patutnya tingkatan 5, tapi dah renti sekolah.

Maklumat tambahan - penah mak dia mintak rumah PPRT dari Tok Sidang kat kampung dia - reject beb! Kate TS tu, sebab PPRT untuk orang yang ada laki, bukan janda. Ye Ke? Keluarga ni penah menyewa rumah RM40 (baca betul bukan ratus..puluh), tapi kena dushhh...tak mampu bayo, abih tu pindah rumah dhaif kat tepi bendang -RM20, tak mampu jugak... sekarang balik duduk kat umah opah. Kat umah opah ada sembilan yang lain, termasuk mak-mak sedara dan opah yang ditakdirkan jadi janda jugak.


Subjek 2 - Baru pindah dari Selangor, bapak dia kat KL. Tingkatan satu - lelaki. Baik dan ramah. Bapak dah lama tak jenguk, mak buat kuih - bukan jual kat Giant atau Carrefour- kat tepi jalan je. Kekadang tanya cikgu2 nak order nasi, kuih atau makan ringan tak? Ramai cikgu order sebab siankan dia je....

Maklumat tambahan - adik beradik tujuh orang dia nak SULUNG. Mak bapak muda lagi. Pelajaran tak berapa le...kecik lagi dah jadi Perunding Ekonomi keluarga. Sapa nengok muka dia yang senyum sokmo dan comel tu mesti tak sangka budak tu tengah berperang hebat jiwanya...


Subjek 3 - Lelaki, tingkatan satu jugak. Adik-adik ada enam- jadi dia ni yang sulung le.

Maklumat tambahan 1 - Surat sijil lahir dia ada nama bapak, tapi Abdullah, nama adik2 yang lain berbin dan berbintikan orang lain. Bila tanya, dia kata, mak cakap kut orang tanya, dia sorang bin Abdullah yang lain bin $#@*&. Tapi katanya Abdullah tu adalah orang yang sama dengan $#@*&.

Maklumat tambahan 2 - bergerak berdasarkan Maklumat tambahan 1, didapati beberapa belas orang pelajar lagi, dari kelas dan tingkatan yang lain, latarbelakang deme SAMA!! Ya Allah, ampunkan keterlanjuran hambaMu...


Subjek 4 - Pompuan, umur 17 tahun. Nak SPM ujung tahun ni. Peramah tapi pelajaran memang k.o. Pemegang rekod kesalahan disiplin yang hanya boleh ditandingi oleh pelajar lelaki.

Maklumat tambahan 1- mak sakit buah pinggang. Abang renti sekolah nak jaga mak sebab dia memang tak leh berjalan atau buat kerja rumah. Ayah ada dua bini, selalu di rumah bini muda. Empat beradik - yang bongsu. Mak tiri ada 6 orang anak. Kerja budak ni Pegawai Ternak. Bayangkan zaman sekarang mana ada budak pompuan jaga lembu lepas balik sekolah tapi inilah yang terpaksa dia lalui. Kut tak ikut arahan, dapat sepak terajang sebab bapak dia memang garang. Dia penah teruk kena belasah sebab petang tu dia pegi ko-kurikulum kat sekolah, lembu takde sape babysit. Ni bukan cerpen...tapi ni realiti. Sebab tu dia selalu lepas geram kat bebudak lain.

Maklumat tambahan 2 -Raya posa tahun lepas ada cikgu bagi baju raya kat dia, punya lah happynye dia sampai hiba sayu cikgu tu tengok dia. Maklumlah budak ni cengih, bengis, tapi dapat baju raya dia terus nangis...katanya selalu pakai seluar ngan T-shirt abang dia je, dia sorang je pompuan. Bapa asyik beli untuk anak mak baru je......
..........
SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT YANG KORANG TAK NAMPAK


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada geng PAS..jgn lupa janji negara kebajikan kita.Kalau dah memerintah dok lupa jugak kat org2 kat atas ni siap aa lu org!

2 comments:

Evelyn said...

aha.. bro, kadang2 yg bersangka baik ngan kerajaan ni dia tak reti beza antara parti pmerintah ngan kerajaan. bg diorang, kerajaan=BN=parti pemerintah. dlm otak dia tak tercerna bhw yg kerajaan bg tu adalah tanggungjwb sapo2 pon yg memerintah..

kdg2 bersyukur sbb dapat letrik, lammpu jalan, jalan raya. kalo camtuh, bettr jadik negara komunis mcm china, sbb lampu jalan derang lg banyak, atau jadik sosialis mcm german russia sbb jalan raya diorang lg canggih.. toksah la kerajaan demokrasi camtuh.

tp hakikatna, majoriti rakyat persepsi dia mcm tu la. asal dapat bantuan dr kerajaan, bersyukur bangat dah. kefahaman takdak sbb kerajaan seronok menghalang usaha2 penyampaian informasi.

makes ur blood boils actlly. hehehe...

Xenan said...

Ni semua disebabkan formula media mahathir,

1st. Jadi yg pertama,tertinggi dan ter2 yg lain kebanggaan.Lahir la tiang bendera tertinggi,menara tertinggi dan malaysia boleh.Rayat semua tepok tangan bangga walaupon pembangunan fizikal tanpa intipati.

2nd kalau ade masalah negara,bandingkan malaysia dengan somalia, indonesia, bangladesh dll.tatau kenapa tak penah banding dengan negara maju..at least korea yg merdeka pon sama ngn kita.Rakyat pon jerit2 syukurr2

3rd Owh tak cukup lagi nak cover masalah.Modal insan tak cukup.Nah amik lu ppsmi.Lu org bodoh bukan sebab sekolah kerajaan tak efectif tp sbb lu org tak blajar dlm english.Ni sulution BN

4rd Pilihanraya dah start kalah.Tak undi UBN yaa..Lu org derhaka pd sultan!

5th..tatau la ape lagi..tgk prk13 nanti apo lagi nak di jadi mainan UBN ni.