Sunday, December 27, 2009

Menanti 2010

Gua bz sket kais rezeki.Biasa la ujung tahun banyak job yg tertangguh kne setel.Sini wa update sket.

Project t shirt Pas Reform


Berdasarkan undian di blog dan pemerhatian di facebook, design 1 hitam menjadi pilihan ramai.Insyallah wa n team akan memutuskan dan menghantar email tentang prosuder pembelian pd semua yg berminat pad t shirt pas reform.

Black







Pet Project 2010
Wa lama dah teringin utk bukak franchise makanan.Sbb franchise ni banyak gila tempat utk pasif income.Maksud wa bukan nak bukak McD satu tapi nak memiliki brand name sendiri la.

Cth:
Membuka Mc Donald
- Yuran permulaan USD45k- pasif income Mcd
-Yuran Iklan(4% dari..hurm maybe gross profit?) -
-Yuran Royalti(4%) - pasif income Mcd
- Modal Mula 1.5 Juta - 3.5 juta
-training etc etc

Memang gila la kalu wa nak bukak satu.Mungkin anak wa kot bukak pas wa dah kaya.Tuh pon kalu wa berjaya mengUnteruna kan diri wa cam aduka taruna.

Dekat sini kalu lu apply prinsip yang sama dengan kos yang lebih logik untuk market(org sekitar kita), wa rase tdr masalah utk kita jadi cam Mc D tapi dengan skala yg kecil

Cth Product : Ubi Kayu Mak Minah

- Yuran Permulaan RM500
- Yuran Tahunan 5% x Jumlah sale

Dengan andaian lu ade 50 org franchise bawah lu dan setiap gerai buat income RM1000 sebulan.
Total pasif income lu
yuran mula RM500 x 50 = RM25k
yuran tahunan RM 1k x 50 franchise x 12 bulan x 4% = RM30k

So total pasif income lu org setahun RM55k busuk2 la..dah cukup best utk gua dgn tayah wat ape2.Hahaha.Tayah la charge yuran iklan sbb lu bukan ade kuar tv pon.Sikit2 cukup le.

Tapi.

Dalam franchising ni , aper yg penting ialah nilai tahap kesedaran brand pada org ramai.Ini yg menentukan "value" brand franchise kita untuk di tawarkan pada org ramai. Kalu Brand kita ala cincai boncai sapa lah pulak nak jd franchisee kita.

Product pulak lu kene tanyer chef la.Wa rase boleh jek masuk ape2 hatta char kuew tiow sekali pon.Bab2 lain pasal branding, program pemasaran, merchandising semua gua akan update lagi akan dtg...wahaha..cam wa deg marketing lak.

Untuk pilot project franchise gua bagi tahun 2010 ni..gua nak memperkenalkan...jeng jeng jeng



Ok tak?





Tuesday, December 22, 2009

Bank Dunia Menghina Malaysia?

Tertarik dgn artikel Wenger Khairy Return di sini.Data2 pasal malaysia kat sini sgt mengejutkan.Wa rasa sgt terhina bila WKJ mencatatkan GNI Malaysia hampir sama atau lagi rendah dari sebilangan negara Afrika. Hampir wa nak kata WKJ ialah penipu dan penghina Malaysia.




Terus tak pasal2 wa bukak Website World Bank yg haram wa tak pernah bukak sebelum ni.Rupa2 nya WKJ dan World Bank dah bersekongkol menghina Malaysia.Lu tgk sini la.

Gabon(negara apa ni?) ade KLCC ke?
KLIA lagi..tak gempak ke Malaysia ni?
Kita keluar proton saga duh!

Cis Cis..sama ngn afrika?..damn u WKJ agen World Bank@yahudi!

Update: Artikel WJK telah didelete dari Blog dia. Walau berbeza pandangan, gua tetap tabik pd bro Wjk atas keberanian dia.Sungguh "pembuka mata".

Wa sgt harap Blogger PR dapat membina hujah cam die.Bukan takat cerita2 kedai kopi sapa kawin sapa.

Monday, December 21, 2009

Serius wa konpius!!

2 ari dah pk ape maksud TGHA dlm Konvensyen Blogger PAS ni.Wa sampai ari nih tak dpt tangkap.Konpius giler..

Ikut sabda Nabi

"berkata lah benar walaupon pahit"

Ikut TGHA

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.”


Konpius dan konpius.Gua tak reti nak speculate dah nih.Sapo pandai sila terangkan..

Kalu dak nanti la time "wacana ilmu@langgar hadi" wa tanyer..huhu

update:

Dari blog TB ade comment yg bagi perumpamaan mcm ni

"Satu hari anda keluar rumah, tiba-tiba anda nampak bapa anda sedang dating dengan seorang perempuan yang anda tak kenal di taman bunga. Siap berpegang tangan. Anda terus pergi pada bapa anda dan depan orang ramai anda sound dia. Anda kata "Apa la bapak ni, tak tau hukum agama ke tak boleh berkhalwat dengan perempuan bukan muhrim. Ni siap pegang tangan lagi".

Rasa-rasanya apa reaksi bapa anda? Apa yang anda cakap itu benar, tapi adakah ia akan menimbulkan fitnah?"


Lagi wa konpius dengan penerangan mcm ni. Jadi kne senyap la yek..kalu tak sempat cari timing nak tegur dah kne tangkap basah mcm mana pula?

Mcm mana kalau nampak bapa mencuri atau memberi rasuah dlm senyap?wajib mencari timing yg sesuai ke report polis?

Kalau ikut mamat ni nyer penerangan kne senyap2 takut menimbul fitnah.Gila ape kah ini?

Friday, December 18, 2009

HPP : Tiada Suara Non Muslim Dlm Negara Islam Pas?

Entah kenapa gua tak perasan pasal KPP yg dah ditukar status kepada Himpunan Penyokong PAS.Wa sedar ari nih jek sbb terbaca soratkhabar Harakah.

Menurut Harakah, HPP akan mempunyai:-
1. Wakil Tetap Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat
2. Menghantar Perwakilan Dalam Muktamar Tahunan.

Perubahan paling besar ialah ia di iktiraf sebagai Sayap PAS, bukan hanya unit kecil dibawah Lajnah Perpaduan PAS.Btw, hak perwakilan HPP utk mengundi dlm muktamar tidak dinyatakan

__________________________________

1. Perubahan ini sudah dikira agak bagus kalau nak dikira dr tempoh berapa lama keputusan ini dapat dibuat.Mungkin keputusan ini amat sukar dan banyak ditentang dalam parti PAS sendiri.

2. Wa selalu membayangkan struktur jemaah pas sebagai ideal kepada cth pentadbiran yang akan dibawa oleh PAS jika memerintah Malaysia.Malah wa membayangkan mungkin ini lah ciri 2 pemerintahan Islam PAS. Wa berani jamin ramai rakyat juga yg akan melihat pentadbiran PAS adalah perlambangan kepada Pemerintahan Negara Islam.

3. Ketiadaan hak mengundi bagi perwakilan HPP agak menggangu wa. Sebagai party yang berstruktur pemerintahan islam, PAS berpendapat undi non muslim tidak wujud?Boleh kah kita assume jika PAS memerintah Malaysia, undi non muslim juga akan turut di lenyapkan?

4. Bagi wa, PAS telah menonjolkan bad image kepada ciri pemerintahan Negara Islam PAS.Pas sepatutnya lebih terbuka dan sedia berexperiment sebanyak mungkin demi menjayakan Negara Islam.Kenapa takut nak bagi hak mengundi memilih pimpinan kepada HPP?

5. Kita kena akui dalam menegakan negara Islam di malaysia, sokongan non muslim adalah wajib.Sokongan ini tidak datang dengan memaksakan hukum Islam atau penipuan slogan2, tapi dengan experimentasi untuk saling faham memahami antara inspirasi PAS dan non muslim.Party PAS telah kehilangan tabung uji terbaik untuk Negara Islam.

6. Wa harap andaian wa salah tentang ketiadaan hak mengundi HPP dlm PAS.

Anti GST komen tentang Kenyataan Menteri Kewangan 2



will comment later mahh

Thursday, December 17, 2009

Hanya 58% MP Dtg Parlimen?

Ini betul2 cerita kelakar dr Parlimen. MP pon kuat mengular.Tak heran la ramai gak rakan2 wa@rakyat malaysia sgt mahir dan tinggi dlm ilmu mengular nih.Kita semua mmg berketuakan pakar2 ular mengular pon.

Ape2 hal pon, ini juga mencerminkan average kualiti pimpinan dan cara Malaysia diperintah. Kali ni lagi "terbaik" sbb kita sebagai rakyat terus tak boleh percaya 100% pada Govt atau Opposition untuk mewakili kita sbb dua2 belah pon power mengular.

Maybe dah sampai masa untuk rakyat ambik giliran untuk datang ke parlimen public gallery n sama2 menilai MP2 kita nih.Boleh jugak wat aktiviti ambik kedatangan dan boo MP yg cakap mcm org gila.Boleh wat cam stadium bola la..soh parlimen jual tiket.

Kompom banyak leh collect nih.Err..penyokong kelantan boleh kasi masuk ke ni?

Saturday, December 12, 2009

Najib yg unggul

Perkembangan isu sekitar najib sgt menakjubkan dan kadang kala ajaib.Wa sering fokus kepada najib terutama setelah kejayaan dia di perak.Wa katakan kejayaan UMNO di perak adalah miliknya sbb tak lama lepas Najib ambik alih UMNO perak, sekali dgn kerajaan PR Perak pon tumbang.He's one great strategist!

Walaupon pelbagai isu di timbulkan dengan direct kepada Najib spt Altantuya dan sbgnya, namun setakat ini tak nampak isu2 ini mampu memberi cacat cela pada batang tubuh Najib.Lagi kelakar bila yg paling terkini ada blogger memainkan isu najib minum arak(?) dlm pertemuan dgn PM Thailand.

Bro..lu rase ade kesan ke isu2 level ni kalau nak diguna sbg peluru menembak najib? lupakan la bro.Kang tak pasal2 org atas pagar terpk lu org yg bodoh pulak.Cerita bangang pon leh jadi isu.

Bagi wa, setakat ni..selain dari Nik Aziz, Najib juga telah mebuktikan keunggulan dia dlm siasah dan menangani persepsi.Beza kedua tokoh hanya nik aziz nampak lebih agresif dan najib nampak lebih pasif. Kedua dua tokoh ni berada di level tersendiri yang tak mampu di capai oleh politician yang lain.

Gerakan Pemutihan Najib Melalui Isu Racism

Najib mungkin berani mengambil risiko yang tepat. Dengan memilih untuk tidak memperdulikan isu2 peribadinya, najib berubah 360 darjah dgn terus memperkenalkan idea yang controversial(1malaysia).

Setakat ini wa berani jamin tak semua ahli UMNO paham pon, malahan idea seperti ini telah ditentang 100% oleh ahli UMNO yang berteraskan Ketuanan Melayu sebelom ini. Gila tak logik UMNO mau 1Malaysia.Tapi berkat ajaran melayu, wala' dan thiqah tetap diserahkan pada Najib.

Kini gerakan pemutihan imej najib diteruskan dengan serangan nazri terhadap mahathir dalam isu BTN. Terang2 nazri menggunakan alasan 1malaysia untuk menentang mahathir.Adekah kerana nazri bersetuju 100% pada 1Malaysia?i dont think so..

Isu racism adalah isu yg paling mudah dan paling murah untuk dihadapi oleh Najib berbanding dengan isu lain seperti ekonomi dan rasuah. Dengan hanya mengguna situasi nazri vs mahathir, persepsi rakyat telah berubah sedikit(macam banyak juga rasanya) terhadap kerajaan BN.

Wa tak heran kalau tiba tiba BTN dibubarkan demi memenangi isu racism ni.Bukan susah sgt pon..nothing to lose ma.Seultra melayu mana pon ahli UMNO, ia tetap wala' dan thiqah pada Najib....err, selagi leh cari makan dlm party la.:D.

Ulasan Penarik Beca

"
Saya melihat Najib dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam projek membersihkan Najib tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap. Apa nak buat, depa gila."

Betoi ka pak bakaq...awat saya rasa lain ja.Kot2 ada pilihanraya sekarang sapa tah boleh menang ni?

Paling horror bila tgk isu2 yg jd peluru oleh pembangkang asyik sipi jek kat Najib nih.Ka sebab diorg tak reti pilih peluru atau dah habis peluru guna tembak kawan2?

Friday, December 11, 2009

Banner utk projek t shirt PAS REFORM

Mohon kenkawan utk letak banner dlm blog utk support project nih. Luahkan perasaan anda dengan bergaya..hahaha





Wednesday, December 9, 2009

Design t shirt pas reform (white edition/ black edition)

DESIGN 1
White





Black




.....................................................................................................


DESIGN 2
White





Black


.....................................................................................................


Design 3
White







Black
.....................................................................................................


Design Belakang







Jangan Lupa Vote Kat Tepi







Saturday, December 5, 2009

Di Hong Kong, Rakyatnya menolak GST kerana ia sangat membebankan golongan berpendapatan rendah-sederhana.

Oleh : http://ckcounterpunch.wordpress.com


Apakah itu GST? GST atau cukai untuk barangan & perkhidmatan.

Sekarang, kita hanya membayar cukai perkhidmatan/service tax sebanyak 5% kepada restoran, kedai servis kereta, akitek, peguam, engineer, syarikat insuran, rokok dll dengan syarat pendapatan syarikat perkhidmatan itu melebihi RM 150 000 ke RM 500 000.

Jika cukai GST diperkenalkan, sebagai contohnya di Singapora, barangan yang dijual di gedung-gedung membeli belah seperti yang tertera di bawah akan dikenakan cukai GST sebanyak 4%:

Nota: gedung-gedung ini terpaksa memberi diskaun 2% selama jangka waktu yang ditetapkan di atas. Jika tidak, Rakyat berpendapatan rendah & sederhana akan teruk terjejas.

Berita GST di Hong Kong:

Opposition/Bantahan

The first protest against GST was held on 7 August 2006 by the Liberal Party. Over 6000 people participated. The second protest against GST was held on 20 August 2006 by the Democratic Party. About 500 people participated.

According to Financial Secretary Henry Tang, the government had collected 2,200 written submissions in the five months of consultations – with 65 percent opposed to the plan and 30 percent in favour.

Bantahan pertama terhadap GST diadakan pada 7 Ogos 2006 dianjurkan oleh parti Liberal dengan seramai 6000 penduduk mengambil bahagian. Bantahan ke-2 pada 20 Ogos 2006 dianjurkan oleh parti Demokratik dengan 500 rakyat turut serta. Menurut menteri kewangan, Henry Tang, kerajaan Hong Kong mengkutip 2200 penyampaian bertulis dalam 5 bulan dengan 65% membantah GST & 30% menyokong.

Demise/Matinya GST di Hong Kong

In a surprise announcement made on 5 December 2006, Henry Tang Ying-yen withdrew the plan citing lack of public support.

Dalam suatu pengumuman yang mengecutkan pada 5 Disember 2006, Henry Tang menarik balik plan untuk melaksanakan GST atas sebab kurang sambutan Rakyat.

Dipetik dari Wikipedia

Friday, December 4, 2009

GST(2): Pandangan Seorang Kutu

1. Kerajaan Najib menjanjikan GST utk barangan asas seperti beras, gula dan lain2 mungkin akan dilepaskan.Sedih betul wa PM kita ni ckp mcm org bodo. Process perniagaan dan pembekalan penuh dengan indirect cost.Mcm mana die nak clarify cost2 nih dgn GST dia??

2. Ambik contoh beras la.Ni ikut pekiraan wa yg ngong.Kalau salah betulkan lah sbb takat nih wa tak jumpa news tentang confirmation jenis2 barangan atau perkhidmatan yg dikenakan GST.

Petani
|
Kilang Beras(Ada GST?)
|
Pembungkusan/pembekal pembungkusan(Ada GST?
|
Perkhidmatan Penghantaran lori pd pengedar(Ada GST?)
|
Pengedar kepada peruncit(Ada GST?)
|
Peruncit pada Pembeli(baru mungkin tiada GST)

3. Mengatakan beras tidak naik harga adalah sgt tak logik di bawah GST.Ini kerana terlampau banyak indirect cost yg mungkin juga akan dikenakan GST.

4. Sgt lah susah untuk memantau segala barangan ni pada setiap peringkat perniagaan.Cthnya perkhidmatan lori tak mungkin hanya mengangkat beras sahaja pada satu masa.Adakah perkhidmatan nya itu dikenakan GST atau tidak?

5. Tambahan lagi kos yg ditangong oleh syarikat2 untuk meguruskan akaun GST diorg.Lu ingat kat sapa yg akan dibebankan dgn kos tambahan ni?? kompon le kat kita semua sbg pembeli.

6. Dengan kadar pendapatan di malaysia yg rendah berbanding dgn harga barang..serius berbaloi kalau kita turun demo sama2 menentang GST!


Wednesday, December 2, 2009

GST : Hadiah Najib Pada 1Malaysia

1.Sempena beberapa hari lagi menjelang 2010, wa suke nak mengingatkan tentang hadiah tahun baru najib pada kita.

2. Bermula 2011, GST(Good & sale tax) insyallah akan dijalankan di Malaysia.Wa tak bape fimiliar dgn GST ni..cuma selalu ecounter dgn istilah ni bila berurusan dgn customer UK jek.Wa paham sikit2 jer la.


Beza dgn service tax sekarang yang wujud sekarang ni, GST dikenakan di setiap peringkat perniagaan.

3. Berita Baik Kepada Kerajaan - Kerajaan dpt mengenakan tax dgn lebih effective dan tanpa lopong2.

4. Berita Buruk Pada Rakyat - Mcm mana pusing2 pon..kita akan mendapati tax ini akan mendorong kepada kenaikan harga pada semua barang.

5. Duit ini mungkin(?) dapat mencover kehilangan wang kerajaan dlm projek2 yg gagal ie: PKFZ dgn andaian tiada juga penyelewangan berlaku dlm perlaksanaan GST.Kita juga akan mendapati GST berkemungkinan melencong..seperti yg biasa berlaku pada setiap xtvt kerajaan setakat ini.

6. Kerajaan boleh memilih utk lebih telus dlm semua transiksi kerajaan untuk mengelak kan kehilangan wang.Malangnya, seperti biasa, rakyat yg dibebankan.Sgt horror bila memikirkan kita dipaksa membayar lebih utk projek2 yg gagal.

7. Terima kasih kepada pengundi UMNO di atas jasa baik anda menyusahkan hidup kita semua.

Saturday, November 28, 2009

Kick vs Nik Aziz : Who Will Win?

Wa gila benci nak ulas isu batang tubuh individu2.Tak membantu agenda islam atau agenda rakyat langsung! Tapi atas kepentingan Nik Aziz kepada cita2 Islamic State dan agenda rakyat, mahu tak mahu wa terpanggil utk membela Nik Aziz.

Seperti biasa kat sini tader ayat "menurut sumber2 dalaman" sbb mmg wa tak knal sesapa otai PAS pon.Wa kutip balik sedikit artikel Kickdafella ni.

"Sedang kita baru mahu reda dengan persepsi sesetengah pihak bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang adalah ‘Pak Lah’ dalam PAS tiba-tiba kita terpaksa mengakui bahawa di dalam kemelut yang tidak dapat diselesaikan oleh Nik Aziz, ketegasan Hadi Awanglah yang membantu meredakannya.

Di dalam kemelut perlantikan Ariffahmi dan tuduhan penyelewengannya, Hadi Awang berjaya membuktikan kepimpinannya dan dia bukan ‘Pak Lah’ di saat genting.

Kepimpinan Hadi banyak tercabar oleh kritikan Nik Aziz yang bertubi-tubi terhadapnya selepas PRU ke 12 lalu. Tetapi di dalam insiden ini, melihatkan Hadi lebih rasional menangani isu yang boleh merobek masa depan parti berbanding dengan Nik Aziz yang banyak membulinya.

Nik Aziz hampir kelemasan di dalam lautan emosinya sendiri. Kata-kata yang keluar daripada mulut Nik Aziz apabila di gempur media di dalam isu berkaitan banyak mengubah persepsi umum terhadapnya. Akibatnya, mula ada pertikaian bahawa Nik Aziz yang baru meraikan ulangtahun ke 19 nya di puncak kuasa sudah melewati hadnya.

Maka hari ini, persoalannya bukan lagi bilakah Nik Aziz harus berundur. Umumnya sudah membuat keputusan Nik Aziz harus berundur segera."

Untuk lebih fair n square, sila asingkan batang tubuh Husam dgn Kickdafella ni. Wa tak rasa Husam nak menyokong tulisan beracun mcm ni.

1.Kita tahu Arifahmi dituduh dengan bermacam2 kesalahan.Kalau betul tuduhan tuh kita mmg patut membenci dia tak kira dia menantu sapa pon.

2. Kita juga tahu Nik Aziz telah menasihati Arifahmi utk meletak jawatan.Ini rekod malaysia yg terbaik dan terpantas penah terjadi di malaysia untuk menangani masalah kronisma.

3. Namun ini semua tak menyebabkan Kickdafella berhak untuk menghina Nik Aziz dgn tuduhan seperti

- Nik Aziz suka buli TGHA?- cubaan melaga2
- Kelemasan dalam lautan emosi?-menuduh Nik Aziz hilang rasional.
- Mengutarakan ayat "persoalannya bukan lagi bilakah Nik Aziz harus berundur. Umumnya sudah membuat keputusan Nik Aziz harus berundur segera" - Membangkit sentimen Nik Aziz sudah tak releven.Sapa yg die maksudkan "umum" nya tuh?

4.Nik Aziz adalah satu2 nya tokoh yg mampu membuktikan tokoh berorentasi Islam diterima oleh rakyat malaysia rentas bangsa.Nik Aziz juga adalah bukti rekod kerja bakti PAS pada Malaysia yg tercatit dalam sejarah. Wa tak nampak mana2 tokoh yg setanding dgn rekod Nik Aziz dlm PAS.Jauh sekali kalau nak di harapkan Kickdafella ni!

5. Demi kepentingan Nik Aziz pada cita2 Islamik State dan Agenda Rakyat, Gua nak ckp pegi mampos Kickdafella dan pegi mampos Nik Abduh yg wat satement jgn halang Nik Aziz berenti.Pegi mampos pada Hasan Ali yg memburukan imej Islam.Pegi mampos sama TGHA yg tak berkelakuan mcm Presiden dlm menangani masalah dalaman PAS.

6. Pegi Mampos jugak kepada blogger yg semangat terlebih membela tokoh2 diorg tanpa pedulikan agenda Islamik State dan agenda Rakyat.Sampai level sebok menuduh blogger2 lain pro sana sini.U Sak Big Time Bro!.

7. Akhir sekali banner kat bawah hanya utk org/blogger yg tak berkepentingan, yang mengharapkan PAS untuk membawa Agenda Islamic state dan Agenda Rakyat SAHAJA!.

Untuk blogger2 yg sebok membela batang tubuh tokoh sahaja, sila tanggalkan balik banner ni.Gua haramkan!

Jangan lupa berdoa banyak2 utk pas...


Monday, November 23, 2009

Politik Common Sense

Politik Common Sense

Bagi wa, ubat penyakit politik persepsi ialah politik "common sense". "Common sense" ialah sifat yg dimiliki oleh manusia tak kira lu bangsa atau agama apa. "Commen sense" lebih menghampiri fakta daripada persepsi yang selalu bias.Makna kata, persepsi ialah sub domain kepada "Commen Sense"

At least ia mampu membuat majoriti rakyat malaysia yg menerima pendidikan dan pengalaman hidup yg hampir sama menilai persepsi dgn mengaitkan fakta dan membuat kesimpulan yg sama.Wa kasi sikit contoh :-

Contoh 1 : Menilai Prestasi Najib Sebagai PM

1. Malaysia has lost edge as low-cost producer, says World Bank
-Komen dr Wenger J Khiry
2. Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi- malaysiakini

Common Sense : wa (wa rase kebanyakan rakyat malaysia juga) mengatakan Najib n team tidak lah berkebolehan mana dalam mengendalikan ekonomi malaysia. Seoptimist mana pon semua org, hakikatnya imej malaysia makin merundum dan mampu membawa kepada kehilangan pelabur asing. Malah di saat ekonomi serantau makin pulih, ekonomi malaysia terus merundum.

Sbb terbesar najib(UMNO) mungkin kalah pada PRU13 adala faktor ekonomi, bukan politik.

Contoh 2 : Menilai Prestasi TGHA Sebagai Presiden PAS

1. Gagal Menang Di Terengganu(PRU08) dikala Tsunami Politik melanda.
2. Gagal Membawa Penyelesaian Kepada "SEMUA" Isu Dalaman PAS Setakat Ini.

Common Sense : Wa harap tdr pulak org pertikai fakta di atas dgn alasan2. Bagi wa, gagal adalah gagal tak kira lu ulamak atau penjaga toilet.TGHA telah dibuktikan GAGAL oleh rentetan peristiwa yg kini telah menjadi fakta sejarah.

Tak perlu pelik dan pening kepala memikirkan kenapa sokongan pada PAS berkurangan kalau PAS masih mengekalkan Presiden yg GAGAL.

Contoh 3 : Menilai Prestasi TGNA Sebagai MB Kelantan

1. Mengekalkan Kemenangan Pada Kelantan Hampir 19 Tahun
2. Memiliki Menantu Yang Berjawatan Tinggi Dalam Kerajaan kelantan

Common Sense : TGNA mmg berhak dipuji dan dihormati atas prestasi dia.Namun sejarah pernah mencatatkan Pak Lah tumbang kerana menantu yang berjawatan tinggi.Wa harap menantu TGNA boleh ambik pengajaran dan undur diri sebelom imej TGNA boleh terus jatuh.

Ini bukan masalah menantu dia jahat ke, pernah buat salah ke atau apa2 pon.Tapi hanyalah "common sense".


Tak larat nak ulas Anwar, LGE dan lain2 lagi.Cuma wa harap lebih ramai penyokong dan pimpinan PR berpikir dan menilai dgn "Common Sense" daripada berpikir hanya dengan "persepsi".

Perception divide, common sense unite

Sekian artikel boring wa mlm ni.

Wednesday, November 11, 2009

Belajar Dari Yang Terpelajar:Doa dan Harapan

Dari Nik Aziz,
Wa sgt terinspired dgn ciri2 dia.Salah satu ciri utamanya ialah sifat suka berdoa.Di kala hiruk piruk sebelom PRU08, dia mengajak rakyat kelantan sama2 berdoa dan bersembahyang hajat. Ini sifat yang sgt cool!Ini wa panggil "Kuasa Doa".

Dari Anwar,
Dia mengajar untuk meletak harapan.Harapan yang mampu menyatukan rakyat untuk sama2 melakukan tsunami politik pada PRU08. Power gile "Kuasa Harapan".

Gabungan "Kuasa Doa" + "Kuasa Harapan" ni terlahir la idea T shirt Competition untuk promosi memrefomasikan PAS.Ini kuasa yang wa nak promosi





Wa "meremajakan" kempen ni sbb mmg "target market" wa ialah golongan muda yg sgt mengharapkan perubahan tapi makin keciwa dgn tindak tanduk pemimpin yg makin tak ketahuan diri.Tak lupa cth2 dari blogger2 berumur yg tengah seronok tembak kaki sendiri.

Yes, target market wa bukan lah kepada ostad2 muda PAS semata2, malah lebih kepada orang muda yang teringin nak mendekati PAS, tapi makin terpinggir kerana dilabel dgn "berfikiran simple", "kurang berakhlak" atau maybe sebab tamau join jd Hipokrit?

Ini adalah experimantasi pertama terhadap "Kuasa Doa + Kuasa Harapan".

Go!Go!Go!...Fire in the Hole!!(lu tak main CS ke dulu AT?)

Tuesday, November 10, 2009

Next Campaign!!

PAS + Reform = Malaysia Baru


PAS - Reform = Malaysia Primitif

Friday, November 6, 2009

Blame Anwar! Blame Anwar!

MSO ckp dlm blognya,

"Bila beliau kritik Pas dengan mengatakan Pas perlu rubah kepimpinan, ini bermakna beliau mahukan Pas membuang Abdul Hadi Awang. Pada pandangan Aziz Abdul Hadi dan beberapa lagi telah menjadi liabiliti kepada Pas. Baginya kalau orang ini disimpan ia menyebabkan cita-cita besar Pas dan rakannya dalam Pakatan Rakyat akan gagal. Lebih mustahak lagi orang ini boleh membantutkan impian bekas gurunya, Anwar Ibrahim".

Wa teringat cerita south park.Dlm cerita ni, ape2 masalah yg timbul semua blame canada.Lebih kurang cam dalam PAS la.Ape2 masalah n kritikan pada PAS wajiblah diblame pada Anwar.Anjing anwar, keldai anwar n lain2 lagi.

So sekali lagi semua perwakilan pro Ulama, sempena seminar esok biler Prof Aziz Bari abes kasi ucapan..lu org nyanyi lagu South Park ni.Tuka lirik sikit jek kasi Canada jadi Anwar.Lu org boleh berlatih ngn tgk utube ni.



Gua pon anjing Anwar?hehe bak kata Aduka Taruna

Pergi mampos sama Anwar. Pedulik hape gua.

Kalau Pimpinan Pas Tak Mahu Tukar Macam Mana?

Mengikut Prof Aziz Bakri:-

Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.


Wa nak sentuh bab "PAS FOR ALL"

Terang2 Presiden Pas mmg gagal menjadi peneraju utama untuk slogan PAS sendiri.

Kalau Najib gila mempopularkan 1Malaysia,TG Hadi Awang pula mcm tak berminat dan segan silu nak memperkatakan tentang PAS FOR ALL.

Mmg ajaib Presiden tak berminat dengan slogan/wawasan organisasi sendiri.Tak penah dibuat oleh mana2 president organisasi lagi setakat ini.

Kalau tak, dah lama DPP di luluskan seiring dengan slogan "PAS FOR ALL".Kalau tak mengapa isu berbaur perkauman masih dutarakan oleh PAS(di wakili oleh hasan ali).Malah penyelesaian jelas dan damai dari PAS tentang isu kuil dan arak masih gagal setakat ini.

Bukannya tader usaha seperti dari Dr Mujahid Rawa,tapi kesungguhan presiden PAS agak kabur.Tak berminat ke sebenarnya?

Cadangan wa sempena seminar esok

Prof Aziz Bakri hanya boleh meyalak2 sajalah.Macam mana pelik pon Presiden PAS, wa tak rasa ada pimpinan PAS yg sanggup nak mintak dia tukar.

So cadangan wa , batalkan ajer lah slogan tuh.Jadi lah diri PAS yg sebenar seperti yang di kehendaki oleh President : pejuang melayu-islam sahaja.Sila sisihkan semua bukan melayu dan non muslim dr lingkungan PAS. Sila buat statement "Kami tak mahu undi non muslim sbb allah tak redha.Kami rela kalah demi islam menang!".

Kemudian keluarkan segala dalil naqli dan aqli untuk menyokong tindakan ini.Wa yakin, berkat ke wala' an ahli PAS, tindakan ini akan di sokong 100%.Wa sendiri menyokong 100% sbb hanya dengan cara ini PAS akan nampak lebih ikhlas dan tidak menipu diri sendiri n rakyat. At least releven di mata ahli pas yang wala'.

Wa akan menyokong dgn memangkah PAS dan mengoyak kertas undi wa dgn ikhlas.

Lagi pon sampai bila nak menipu diri kalau Pres sendiri pon tak minat??

Ade brani ke Mr President PAS?

Monday, November 2, 2009

Count up timer for Dewan Penyokong Pas

Atas keconcernan wa pasal Dewan Penyokong PAS ni,Wa nak tengok sampai bile ia akan ditubuhkan.So wa addkan widget timer khas nak mengira hari dan waktu dari hari ni.

So good luck PAS.Only time will tell

Friday, October 30, 2009

JPN Perak Punca Tragedi Kem 1Malaysia Kuala Dipang?

Wa ade bersembang ngn cikgu2. Sekarang yg paling pening pasal Tragedi Kuala Dipang ni ialah JPN Perak.Ade yg kate ini adelah kifarah pada "kekejaman" JPN Perak pada guru2 Perak.

Mmg bukan rahsia sgt pon kes kekejaman kes JPN Perak ni.Ade satu kes cikgu yg menghalang guru besar dari melempang budak kelas die.Hasilnyer Cikgu ni "diblacklist" hampir 6 tahun.Blacklist ni maksud die, tdr kenaikan gaji hatta claim pergi kursus pon dibatalkan. Merana cikgu ni 6 tahun..gila betul.Semata2 GB die nih ade cabel baik ngn JPN.Kejam gile babeng!.

Balik pada Tragedi Kuala Dipang.2 point utama dr sembang2 cikgu ni yg wa sempat kutip:-

1. Sepatutnya 55 org guru pengiring dipanggil.Tapi hanya 13 org yg dtg.Bayangkan 13 org menjaga hampir 300 org murid.gila tak gila...sapa soh wat bukan time cuti sekolah?

2. Dari 13 org guru, hanya 2 jek yg menjaga bebudak tuh melintas jambatan pada malam kejadian.Apelah yg leh dibuat oleh 2 org guru vs 296 pelajar?

3. Pembinaan jambatan dan kem adalah directly under JPN.Hahaha..menjawab ler JPN.

Bg wa, JPN kene gi menjawab kat mak bapak yg tak pasal2 hilang anak ni.Ingat anak ni anak kucing ke?

N sile berhati2 dgn bangunan yg dibina oleh gomen.Chances runtuh adalah tinggi.Jadi elak kan berlama2 masuk pejabat gomen.Mungkin giliran anda akan tiba.wahahaha.

Wednesday, October 28, 2009

Siapa Penipu : Al Banjari vs Roslan SMS

Kat sini wa tulis yg fakta sahaja.Wa takan tokok tambah.

Dari blog al banjari, 3 point penting ditekankan telah di bincang dlm perjumpaan Blogger bersama Hasan Ali n Nasha.

- Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

-Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

-Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.


Dari Blog Roslan SMS pula, menafikan perjumpaan ini membincangkan tentang UG

Pertemuan Dr Hasan dengan blogger itu anjuran Lajnah Penerangan PAS Selangor. Malah memang dalam perancangan untuk program “engagement” bukan sekadar dengan masyarakat blogger, malah kumpulan NGO, ketua-ketua agama bukan Islam, petani,nelayan, peniaga kecil semua dalam perancangan lajnah.

Bloggers pun kita berhasrat bertemu dengan semua bloggers tanpa mengira fahaman dan agama.

Tiba-tiba dikhabarkan pertemuan itu adalah untuk menegaskan bahawa kononnya PAS akan keluar dari Pakatan. Kononnya pertemuan itu untuk menerangkan darihal “Unity government” dan macam-macam lagi.

Saya dan rakan-rakan yang menganjurkan pertemuan itu. Kami berhajat menyediakan forum untuk PAS Selangor menjelaskan darihal dasar dan perjuangannya, rancangan kini dan masa depan serta memperkukuhkan komitmen PAS Selangor dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri.


Makin pelik dan makin haru

- "Kebetulan" Roslan sms tak tahu die jemput blogger UMNO.
- "Kebetulan" Roslan sms anjurkan majlis perjumpaan blogger sehari sebelum mesyuarat khas UMNO
-"Kebetulan" penolong editor al banjari, MRK albanjari tak mahu mendedahkan rakaman perjumpaan blogger itu.

Sedap cite2 nih. Lu org pk la sendiri..

Hasil dari Pertemuan Hasan Ali + Nasha dgn blogger

Dengan menggunakan kuasa sakti nya sebagai ostad, Nasha n Hasan Ali selamber menidakkan seruan Presiden PAS utk tidak mengeluarkan apa apa statement.

Selamber di kumpul satu geng blogger yg mana ada yg terdiri dari blogger UMNO.Wa tak paham apesal blogger UMNO di jemput? Kita leh anggapkan mungkin Nasha ingin menasihat dan hasan Ali ingin memotivasi blogger UMNO tuk join PAS.Haha..wala' dan bersangka baik!

Dan sudah tentu mangsa utama ialah Nik Aziz.

Dari blogger anak sanusi

1. "Kini kelihatan beliau tertuduh menimbulkan ide EGM ini, bukan atas dorongan DS Anwar Ibrahim, tetapi semata-mata untuk menyembunyikan berita perlantikan menantunya ke jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd"

Isu lapok apekah ini.Lu org sendiri sebagai akar umbi semua tau isu sebenar yg mengganggu minda lu org dlm PAS, sebelum dari nik aziz mengutarakan EGM lagi.Nik Aziz sorg yg smart n mampu membuat bacaan politik yg betul.Die cuma meluahkan solusi penyelesaian kegelisahan org PAS.Kenapa pula di kaitkan dgn anak menantu?Sgt non issue!.

2. Pada tahun awal 60'an(?), TG Nik Aziz memohon dinaikkan pangkat ke Penyelia Kemas atas dasar kualiti kerjanya sambil mengharapkan ihsan kerajaan melihat anaknya agak ramai. Malangnya bagi beliau, walaupun Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada masa itu menyokong kenaikkan pangkat beliau, arwah Tan Sri Mohamad Yaacob, Menteri Besar Kelantan, tidak bersetuju malah menyarankan jawatan tersebut diberikan kepada seorang yang lebih layak.

Apabila mendapat berita penolakkan permohonan naik pangkat tersebut, TG Nik Aziz marah. Malangnya, konsep kesabaran yang sebahagian dari iman lari dari pemikiran, lantaran itu, beliau meninggalkan KEMAS dan terus menyertai PAS! Susahlah nak kata TG Nik Aziz masuk PAS sebab memperjuangkan Islam, ternyata beliau menyertai kerana hangat dekat Menteri Besar tersebut (semasa itu pemimpin Perhubungan negeri) sebab tak dapat naik pangkat!


Ade logik ke?Mmg selalu org tak dpt naik pangkat marah.Yer la..gaji tak naik.Tapi org giler pangkat takan masuk PAS.Masuk PAS lagi miskin ade la.Ape Nik Aziz dpt?

Lu org baca n nilai sendiri la kat blog die.Bagi wa view mamat nih agak "inspiring" n lain dari yg lain.

Hasan Ali n Nasha is doing a good job!Dakwah yg sgt berjaya.Tahniah!!

Pendedahan Al banjari juga amat mengejutkan!

Sile expect more fitna untuk tok guru nik aziz esok.Wa harap semua dpt terus mendoakan kebaikan utk PAS esok.

Sunday, October 25, 2009

Kempen Mari Berdoa Untuk Perubahan PAS

Memula mmg wa nak wat logo garang2.Tapi wa tak sampai hati le bro.Logo ni suara hati wa.Kalau lu org rase ni suara hati lu gak, amik n pamirkan kat blog lu.



Wa tak pandai nak karang doa yg sesuai.Mintak tolong kenkawan karang doa.Moga2 pimpinan PAS lembut hati dan mendengar suara hati kita.Amin.

Utk letak kat widget korg...copy code kat bawah ni

PAS : All Hell Breaks Loose

Bile Nik Aziz bersuara, wa mengutarakan ketidak konfidentan wa.Bukan tak konfident pd nik aziz, tapi wa "takut" pada reaksi org2 PAS.

Sekarang terserlah segala mcm kekeliruan yg "di swept under carpet" di kalangan ahli PAS.Paling horror keluar berbagai2 statement dr pimpinan PAS yg ada kala mencerminkan kebodohan dan betapa berkhayalnya sebilangan pimpinan PAS.

Wa paling horror dgn statement Roslan SMS.Di kala hampir 1malaysia tahu masalah PR banyak terkumpul di PAS selangor, die selamber leh ckp tade ape masalah pd PAS Selangor.Sama ada die bodoh atau die terjangkit jelmaan Pak Lah. Pelik manusia camnih.

Ade pulak yg bagi statement mengelirukan mcm nasha.Maybe die terblurt depan wartawan kot.Sbb ayat die berpusing2 antara majlis syura yg boleh panggil EGM atau Majlis Syura nak kepastian Nik Aziz.Pelik Timbalan Pres camni.Takan tatau perlembagaan kot

Ade pulak yg tak percaya Nik Aziz yg kasi statement.Wahahaha.No comment la en ketua ulamak ni.

Terserlah sifat2 sebenar bahana statement Nik Aziz.Kebanyakannya melenting lenting ke sana sini.Takat ni wa tak nampak lg statement rasional dr sesapa.

Reaksi Rakyat

Walaupon wa n kenkawan kebanyakannya manusia tak berparti, kami sgt meletak harapan tinggi pada PAS.Setelah melihat reaksi para pemimpin n blogger yg mmg ahli PAS, gua risau pulak nk tgk reaksi rakyat.

Terus terang ckp bagi wa sokongan rakyat mmg dah berkurangan pd PAS. Sapa nak sokong parti yg pimpinan nya berpikiran terawang2?Nampak cam langsung tak menjejak tanah dah ni.Langsung tak sedar sentimen rakyat.N sekarang ditelanjangkan pulak oleh statement Nik Aziz.

Wa menjangka reaksi sgt negative dr rakyat.Sbb kebanyakan rakyat tertarik dgn nik aziz untuk menyokong PAS. Org PAS sendiri tahu kot realiti nih.So dengan ini, wa mencadangkan slogan baru khas dari rakyat kepada rakyat.Kite kene kasi tahu org PAS hasrat kita.

NO REFORM NO VOTE!

Untuk Pimpinan dan Org Pas yg masih bermimpi, wa cadangkan jawab camni.TG Hadi Awang yg ajar ni.

"Kami tak perlukan undi anda.Kami rela kalah asalkan Islam menang"

Maka berkuburlah hasrat rakyat ingin melihat negara kebajikan yg terkandung nilai islam tertegak di Malaysia.Tamat..

Saturday, October 24, 2009

Mari berlaku adil

Walaupon wa tak suke cara TG Hadi Awang nih, ade baik kite berlaku adil.Amat penting untuk kita menkaji dan membina hujah berdasarkan fakta dan bukan menduga2.

Wa terbaca kat sinin pasal perfomance yg TGHA boleh bangga kan.Wa tanak komen lagi sbb ni semua prosess mengumpul material bagi projek "langgar melanggar" nanti

Beliau yang juga Anggota Parlimen Marang menjelaskan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu menjadi negeri pertama menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1959.

Selepas itu, katanya negeri Kelantan pula dikuasai oleh PAS tetapi usia pemerintahan PAS Terengganu tidak panjang.

Katanya, keistimewaan lain yang dimilik oleh PAS Terengganu adalah kerana berjaya meletakkan batu asas pemerintahan Islam pada gelombang kedua kemenangan pada tahun 1999-2004.

“Kerajaan kita (Islam Terengganu) jatuh pada tahun 1928 dan campurtangan Inggeris sepenuhnya pada tahun 1948 selepas itu Islam tidak ada kuasa sepenuhnya.

“Alhamdulillah, tahun 1959 parti PAS mula menang di Terengganu kerana kurnia Allah Ta’ala, selepas itu baru Kelantan.

“Walau pun kita (PAS Terengganu) jatuh dahulu daripada Kelantan tetapi kita (PAS) berjaya meletakkan asas lebih dahulu daripada Kelantan.

“Termasuklah, selepas kita (PAS) menang gelombang yang kedua tahun (1999-2004). Kemenangan kita (PAS) tahun 1999, walau pun satu penggal sahaja, kita (PAS) telah berjaya meletakkan batu asas bagi pemerintahan Islam yang tidak mampu diletakkan di negeri-negeri lain termasuk di Kelantan sendiri,” jelasnya.

Ustaz Abdul Hadi berkata PAS berjaya mewujudkan Perlembagaan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai Undang-undang Tubuh Diri Kerajaan Negeri Terengganu.

“Kita (PAS) telah berjaya mewujudkan Perlembagaan Islam dengan meletakkan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias.

“Ini ditulis dalam Undang-undang Tubuh Diri Negeri Terengganu dan hingga hari ini Umno tidak berani buang, Umno takut hendak buang.

“Kita (PAS) luluskan Undang-undang Islam bagi negeri Terengganu. Undang-undang yang berkait dengan Pentadbiran Agama Islam, Jenayah Qisas, Hudud dan Ta’azir dan pelbagai undang-undang lagi yang kita (PAS) telah luluskan,” tegasnya.

Menurut Dato’ Seri Abdul Hadi semua undang-undang tersebut telah dirasmikan dan digazetkan apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menandatanganinya.(Gambar kanan)

Oleh itu, katanya PAS mempunyai tanggungjawab yang besar dan rakyat Terengganu pula mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam berpolitik.

“Kita (PAS) mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Rakyat Terengganu mempunyai kesedaran yang sangat tinggi, yang sangat hebat. Kita (PAS) mempunyai asas yang sangat besar, mengandungi pengundi-pengundi teras yang sangat ramai di negeri Terengganu.

“Cuma kita (PAS) tewas dengan penipuan yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Apa yang penting kita (PAS) kena kerja lebih kuat lagi untuk mengembalikan kerajaan kita untuk kita berdiri di atas tapak yang telah kita (PAS) bina itu,” jelasnya dan menegaskan, PAS Terengganu akan menjadi model di seluruh negara malah di seluruh dunia.


Wa tamau komen lagi.Tapi wa pelik camne nak jadi model kalau kalah?Menang atas kertas tapi kalah dalam realiti?

Nih kot maksud "PAS rela kalah tapi Islam menang"?Nak menang kan perkataan islam ke nak menangkan fizikal islam?

Sape rajin nak komen sile kan ler...

Friday, October 23, 2009

Usul EGM Nik Aziz salah timing?

Wa bersyukur PAS dikurniakan pemimpin seperti Nik Aziz yg sgt tangkas menangani segala isu.Tambah bersyukur sbb beliau mementingkan Islam dr segala2 nya.

Cuma dlm usul ni, entah kenapa wa sependapat ngn bro penarik beca.Lagi lama pk lagi kurang konpiden gua.Bertambah2 low bile memikirkan perihal asbab dan penyudah usul ni.

1st Siapa sebenarnya berhak memanggil Muktamar khas?.

(b) Muktamar Khas – Muktamar Khas PAS bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan. Maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.

Prob nyer..do we have the numbers?

2nd Apekah sebenar tujuan Muktamar khas ni?
Ade kah ini bertujuan untuk pemilihan semula?Atau utk bagi peluang kepada "pro umno" utk bela diri?

Atas apa tujuan sekali pon , wa harap usul ini tak hanya circulate di kalangan blogger n internet user jer.Pemahaman kepada akar umbi pas pon perlu diberi perhatian.Adekah perwakilan2 akan aware isu sebenar dlm muktamar pas ni?

3rd Berhakkah Muktamar Khas mengadakan pertandingan semula/pemecatan?

Wa tak bape sure part ni.Belek lagi perlembagaan.Ni jawapan tentang pihak yang berhak tentang pemecatan.

(4) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

(5) Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah :
(a) Memberi amaran
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti
(c) Menggantungkan keahlian
(d) Memecat dari menjadi ahli

(6) ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap rayuannya mengikut Fasal (13)(3)(d) dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ melalui Setiausahanya tidak lewat dari empat puluh hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, Keputusan ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ terhadap rayuannya itu adalah muktamad
.

N ade lagi 2,3 perkara yg perlu dipikirkan sebelum kita melompat gembira tentang usul egm ni.
Paling horror, wa yakin bukan wa, aduka taruna, atau kebanyakan blogger yg akan menghadiri muktamar ni.

Wa tak sure movement ni sampai pada perwakilan.Wa takut perwakilan PAS sendiri akan tertakluk pada mentaliti wala' yg telah didefinasikan seperti dlm muktamar lepas.Wa juga ragu2 dgn keupayaan perwakilan memahami isu "kepimpinan Islam vs kepimpinan ulamak" seperti yg di utarakan oleh Nik Aziz.

Kegagalan perwakilan mengubah mentaliti hanya menjadikan EGM ni sejarah yg berulang.

Namun setiap masalah ade penyelesaian nyer. Ni yg patut jd fokus UTAMA kita dulu..

Thursday, October 22, 2009

Ini awek giler cool!



Kalau takat tgk gambar, kompom wa saspek ini minah siam maner ler. Tak logik langsung die ni sgt la hebat nyer.Skang die mencipta nama kat malaysia utk kes pembunuhan TBH lak.Selamber claim 3 bulan dah mati pon die leh bedah siasat lagi.Wahaha..power.

Wa kasi sket wikipedia die ni:-

Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. (Thai: พรทิพย์ โรจนสุนันท์, sometimes transliterated as Porntip Rojanasunan, RTGS: Phonthip Rotchanasunan; born: 21 December 1955) is a Thai forensic pathologist, author and human rights activist. She has repeatedly publicly stated that she has come across evidence of police abuses during her work.[citation needed]

Pornthip presently is Director of the Central Institute of Forensic Science, Ministry of Justice, in Bangkok and introduced DNA evidence to Thailand.[citation needed]

Before her public criticism, autopsies of victims of alleged police abuse were carried out in the police's own forensic institute; this has since changed.[citation needed]

During the anti-drug campaign by the government of Thaksin Shinawatra in early 2003, more than 1,000 people vanished or were killed; Pornthip has shown that several of these deaths were caused by police.

In the aftermath of the 2004 Indian Ocean earthquake, Pornthip took charge of the effort to identify victims of the tsunami in the Phang Nga region.[3] She and her team were widely praised for their hard work and dedication, but on January 13, 2005 Police General Nopadol Somboonsab complained that the police's identification centre in Phuket should have charge of all identification operations.

_______________________________

Bertemu Buku Dengan Ruas?


Pade track record die nih, mmg boleh nampak penentangan die pd pihak berkuasa seperti polis.Bahaya minah punk ni.Watch out PDRM! you're next!hehehe.

Di sebabkan kepoweran die, National Geography siap wat documentary tribute utk perjuangan menentang polis n kerja2 die masa tsunami.Bleh layan kat u tube dibawah








Video lain juga di sini Dari ABC Australia

Dengan ade watak superhero mcm ni, wonder ape yg akan terjadi pada kes TBH??Ini semakin interesting.

p/s:Pemimpin Negara selalu ckp malaysia paling power dlm semua bidang kat asean ni.Paling beruntung n paling maju.Wahahaha..iyo lah

Wednesday, October 21, 2009

Lagu Tema Projek "Langgar" Hadi

Wa terjumpa lagu dr posting kulubsakah kat sini

Cam best lagu n agak sesuai jd lagu tema bagi projek langgar melanggar.OK tak AT?

Bagi projek ni..wa ingat nak wat bebetul le.Wa tgh mencari2 director(shooting)utk plan ni sbb wa ingat alang2 melanggar hadi biar sampai jadi short film.So maybe bukan takat hadi jer akan di langgar...hehe.Calon2 lain ialah..Jeng3x..tungguu ya!

Sape berminat dgn keje tak bergaji nih sila lah hubungi wa.

Sementara tunggu 4 bulan tempoh edah AT nih,jom layan dulu lagu nih.Kasi semangat skeeet.Layannn!



REVOLUSI MENTAL

Hey kalian semua
di kota dan di desa
inginkan perubahan
fahamilah semua
Hey kalian semua
di atas dan di bawah
inginkan perubahan
mengertilah semua
kami inginkan revolusi mental
kami inginkan revolusi mental
kami inginkan revolusi mental
kamu ingin menukarnya tapi masih lagi ragu
kamu ingin mengubahnya tapi tak tahu dan tak bisa
kamu perlukan revolusi mental
kamu perlukan revolusi mental
kamu perlukan revolusi mental

Tuesday, October 20, 2009

Wujud Dewan Penyokong mampu ubah dasar PAS?

Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan.

Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.

Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti.



Wa baca 2,3 kali artikel ni.Ruper2 nye ni lah jawapan kepada punca sampai sekarang Dewan Penyokong PAS masih tidak diluluskan.

Wa cuma mampu tersengeh jer la dgn "ketakutan" pimpinan PAS terhadap keinginan non muslim utk bernaung di bawah PAS. Teringin wa nak ckp kat non muslim ni, tayah join la...awal2 diorg dah suspek bukan2 ngn korang.Nak join ape lagi?Org dah tak sudi, ape lu nak lagi.

Anggap la wa ni naive dan tak terpikir pon KPP ni logiknya berpihak kepada "siapa" dlm PAS. Jadi mari kita kaji ape asas nya "ketakutan" ni.

Pertama: Siapa non muslim yg join KPP ni?
Diorg ni org non muslim yg percaya kepada sikap bersih PAS n slogan PAS FOR ALL.Dah tentu diorg tahu yg PAS ialah Parti Islah dan sampai kiamat pon akan besifat Islamik. Kalau diorg tatau..ape ke gile nyer diorg nak join DPP?dah serupe khianat agama diorg tuh.

Kedua : Adekah DPP mampu mendesak untuk mengubah dasar2 PAS?
Ni karut tak hingat ketakutan bodoh dan mencerminkan kebodohan org yg berpkiran camni.Ni serupa sama ngn sesetengah ostad yg tak kasi baca bible sbb takut termasuk kristian.Sama la ngn cerita2 minum holy water leh mengubah iman lu dlm sekelip mata.Selalu ni cerita dr ostad2 berjiwa melayu ni.

Kalau yer pon...ape dasar PAS yg DPP nak mintak ubah tu?Dasar negara Islam?Cube check bebetul perlembagaan PAS yg boleh diubah oleh DPP.Ade ke?Kalau nak undi pon tak cukup vote maa.Yg lu org takut sgt ni apehal?Gila apo?

Ketiga : Islamik kah keahlian PAS dibuka kepada non muslim?
Persoalanan ni bagi wa serupa tanya, islamik kah kita mempunyai rakyat non muslim di dalam satu negara muslim?
Atau pon mmg bagi PAS, kalau nak mendirikan negara Islam, semua non muslim wajib di halau dari negara?

Bagi persoalanan ni, wa tertarik ngn Ikhwanul Muslimin Mesir yg ade cabang party politik dan menerima pulak ahli bukan islam utk join party diorg.Kalu ikut pemikiran PAS, abes la tergoncang dasar IM mcm ni.Runtuh la iman org IM mesir.hehehe.

Apa2 hal pon...isu ni akan terletak mutlak di tangan pimpinan PAS. Maka menjerit2 dan meraung2 la ahli2 bawahan n blogger2 PAS mintak di segerakan isu ni.

Harap2 jerit2 korg ni tak jd mcm anjing menyalak bukit!

Friday, October 16, 2009

Mari support Mahathir menentang "detantion without trial"

"14. Present at this conference will be people like Hans von Sponeck, Dennis Halliday, Michel Chossudovsky, Cynthia Mckinney, the victims of Guantanamo Bay in Cuba, the people who had been tortured and many others. They will tell of the laws which prohibit torture, the tortures carried out in Guantanamo and Abu Ghraib, the detentions without rial and without laws by the very people who talk about human rights, about the rule of law and a lot more."


Petikan dr blog che det ni sgt lah mengejutkan.

Obviously, Guantanamo Bay pernah diguna oleh seorang menteri UMNO sebagai dalil untuk menghalalkan ISA di malaysia.

Ada pulak ayat ni "the detentions without rial and without laws by the very people who talk about human rights".

Kelakar apekah yg cuba dicetuskan oleh chedet ni?

Macam mana pon, atas tajuk menentang tahanan tanpa bicara, wa menyokong usaha mahathir ni.

Marilah bersama mahathir menentang "detentions without trial"

Huwekkkk!!!(Wat posting sambil rasa nak muntah)





P2


Thursday, October 15, 2009

The Best of Aduka Taruna: Pilihlah gua sebagai Presiden PAS

Wa tak dpt tahan diri untuk republish artikel terbaik AT setakat ini.The best shit ever.This is Aduka Taruna, on crack!!

Purely satirist.Tak pernah lagi PAS diserang mcm nih.Kalau blogger UMNO mcm ni mmg naya la PAS.Wakakaka..after all, sila fokus pada issue ya.

_________________________________

Oleh : AdukaTaruna

Gua dengan ini memulakan kempen gua untuk menjadi Presiden PAS sebelum umo gua 40 tahun. Pergh... ala2 Khairy ni beb. Di sini gua sertakan manisfesto gua.

1. Gua akan berdiam diri dalam hampir kesemua isu yang melanda negara, walaupun hampir2 memecahkan PAS.

2. Kalau mana2 ahli pertikaikan gua akan tempeleng mereka sambil berkata, "carilah gua kat ceramah2, kuliah2 gua." Lu nak gua ker, gua nak lu?

3. Kalau gua dipertikaikan kebodohan, minta semua cermin siapa gua dipentas antarabangsa. Gua terkenal dalam team ulama antarabangsa beb. Sampai Israel dan US goyang dengar nama Tuan Guru Aduka Taruna.

4. Gua akan pilih sendiri PJ setiap negeri. xenan PJ Perak. abanghensem PJ Kelantan. Disman PJ Johor. uma PJ Selangor sebab rambut dia belah tengah ala2 Hasan Ali. che mms akan jadi SU Akhbar. Lu kena tahu BI che. Gua ni sama cam Hadi gak. Bangang BI.

5. Parti lain sibuk refresh parti memasing, gua akan guna dasar2 membuta dan memboroikan diri sendiri.

i. UMNO dah hapus kuota. Gua malas layan Kelab Penyokong PAS yang nak dijadikan Dewan. Sebab 99% mereka semua pro Nik Aziz. Mampos gua. Baru2 ni Nik Aziz mencelah di tengah2 perwakilan MCA yang buat EGM. Laju orang tua nih.

ii. Keadilan dan MIC dah buat perlembagaan Presiden hanya 2 penggal, gua plak malas layan pasal rungutan ahli tentang ketidak telusan sistem kiraan undi pemilihan party. Lu nak, lu cari sendiri gua. Gua ada bagi kuliah sampai Palestine sana. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

iii. UMNO dari Rahman sampai Najib, Russia sampai Iran, Israel sampai Jepun, semua PM dan Presiden mereka fit, kelihatan cergas dan sihat. Memikat dan melengkapi keahlian dalam wadah undi. Gua malas. Boroi maa.. jangan dipandang boroi, tapi pandang ilmu gua ni. Gua ada MA Al-Azhar beb.

iv. Gua tak perlu mempunyai aset merentasi, meraihkan sokongan pelbagai bangsa dan kaum. Kerana falsafah gua, Negara Islam hanya dapat ditegakkan oleh ahli PAS sahaja. Gua akan perjuangkan hanya ahli PAS sahaja yang boleh mengundi. Selagi tidak dapat, kita rela kalah asal Islam akan kalah.

v. Kalau PAS menang besar sebaik sahaja gua jadi Presiden, itu adalah hasil usaha gua sorang. So, gua tuntut semua ini sekaligus :
  • MB N9
  • PJ N9
  • Ketua Pembangkang
  • Ahli Parlimen
  • Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Ketua poligami
  • Ketua Rusila
So.. sila wala'... lu nak masuk neraka ke melanggar pewaris nabi? Kepimpinan Ulama beb. Lu jagan memain. Pergi mampos sama Kepimpinan Islam.


_________________________________

AT mengingatkan gua pada Chris Rock.Arap2 satu ari nanti ade lu ade Talk show lu sendiri..


Wednesday, October 14, 2009

PAS Bagan Pinang : Mari belajar dari Isa Samad

Wa bukan nak soh blaja cara2 rasuah n main kabel dr Isa Samad.

Cuma wa terkilan bila ada org PR ckp rakyat bagan pinang bodoh kerana pilih Isa Samad.

Salah satu keistimewaan n faktor terbesar kemenangan Isa Samad ialah hubungan Public Relation dengan rakyat Bagan Pinang.Die mmg terkenal ngn ramah tamah, down-to-earth n sgt senang berurusan ngn die.Hubungan ni bukan start semenjak PRK baru2 ni jek,tapi dari dulu lagi.Segala urusan mintak surat sokongan, sain menyain atas ape2 jek urusan, segala nyer mudah dgn Isa Samad.

Dulu,wa sendiri pernah berurusan ngn pejabat die masa wat program belia di teluk kemang n wa kasi A++ kat kerjasama die.

Ini pendapat peribadi wa dr pemerhatian terhad gua pd Isa Samad n UMNO PD

Wa nak tanyer pada Pas PD,Pas N9 n pada PAS yg kwsn nyer tak menang pilihanraya.

Pernah ke kalau rakyat susah pergi carik lu org?Ape jasa lu org pada komuniti setempat?

Tader duit n tiada kuasa bukan alasan.Paling busuk lu g tolong registerkan org miskin byk2 kat jabatan kebajikan masyarakat pon dah cukup.Tolong uruskan tuntutan elaun org kampung pon dah ok.Ini cth cara kerje org2 DAP kalau kwsn tuh die tak menang.

Asal tak wat?Sbb bende2 ni tak membantu menang pilihanraya?

Ker nak kne isu ade publisiti cam broga n babi bkt pelanduk baru nak bising?

Camner lu expect org nak undi lu kalau masalah rakyat lu tak pernah tolong usaha.Kasi setel ini dulu la.Lagi mau pangil org kampung bodoh ke?

Ni la hubungan simbiosis antara Isa Samad n Org PD.

Rakyat bukan bijak sgt bai.Die tahu isa samad leh tolong die bab hal2 kehidupan sekeliling die jek.Public Service maa..

Lu boleh jerit2 Isa Samad rasuah,tapi nak lawan public service die baik lu senyap.

Mau marah rakyat lagi ke??

Update:Komen Terbaik Dari Nik Aziz

“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” -Tok Guru Nik Aziz...

Monday, October 12, 2009

PAS@PR Kalah Sebab Kebodohan Sendiri

Wa terima kekalahan Bagan pinang atas faktor2 strategi UMNO(faktor Najib) yg sgt menjadi n kubu kuat UMNO.Ini dah boleh agak dah dr awal pon.

Cuma wa sgt takut kalau2 trend kekalahan ni boleh berterusan selepas ni.

Faktor utamanya ialah tiada sesuatu yg jelas tentang apa yg PR boleh offer kepada rakyat berdasarkan bukti nyata@berdasarkan pemerintahan PR di negeri2 yg sedang diperintah.

Kerajaan selangor apa perubahan yg nampak??

Kerajaan Kedah apa perubahan??

Kerajaan Penang apa perubahan??

Kerajaan Kelantan apa perubahan??

Kerajaan Perak jer yg berubah(Wuhuhu)

Semua negeri2 ni mmg mewarisi pelbagai masalah dari kerajaan UMNO. Namun sebab PR dah berjanji muluk2 dan melabel diri sebagai harapan baru, apa - apa sahaja pekara yg jd punca kemarahan Rakyat kepada kerajaan UMNO dulu, wajiblah diselesaikan secara drastik tanpa ada apa2 alasan.

Kalau takder perubahan,
PR tak layak nak label diri lagi sebagai harapan baru..andai kata ada lagi PRK selepas ini. PR jugak akan di panggil poyo, atau suke berbual k*nek.

Attacking tuh bagus, tapi castle lu pon kene jaga PR.

Lepas ni boleh mula bersaing dengan BN dlm bidang sapa lagi bagus mentadbir negeri pulak.

Di peringkat pusat plak..dah perlu ada polisi PR yg jelas dalam bidang penting seperti cth ekonomi.Dan ini patut dah sampai level boleh di realisasikan pon..sbb PR dah pegang Negeri2 yg kaya raya seperti Selangor n Penang.Minda pemimpin PR harus dah menyediakan diri dgn menganggap PR sudah menang Malaysia dan kini sedang bekerja memulihkan negara dari kerosakan warisan UMNO.Ini saja cara yang boleh dibuat oleh PR untuk menyediakan sebanyak mungkin pemimpin bertaraf pusat n menjadi "govt in waiting".Bukan berbual k*nek dan berslogan2.

Cukup la dgn slogan cth : Pas 4 All yg nampak cambest tapi lama2 makin dianggap poyo sbb "cakap tak serupa bikin"

Wa tak kata UMNO akan jd lagi bagus dr PR, namun UMNO mampu nampak lebih bagus di bawah Najib(bukan betul2 bagus).

Saturday, October 10, 2009

Dedikasi Kepada Semua Pejuang PR di Lapangan Bagan Pinang

Kita semua maklum,

PRK Bagan Pinang ini adalah yang paling susah,
PRK Bagan Pinang adalah yang paling mencabar,
PRK Bagan Pinang adalah yang paling payah,

Namun masih ramai pejuang PR yang sanggup menempuh susah dan payah ini,
Demi menyambut visi demokrasi,
Demi melakukan pencerahan ke mana2 pelusuk Malaysia ini,
Demi meraikan hadith Rasullulah SAW "Sampaikanlah walau satu ayat"

Kepada semua,

Petugas parti dalam PR,
BloggerPro PR,
Pimpinan Party dalam PR,


"Kami Rakyat Malaysia Memberi Tabik Hormat Pada Anda"
"We, Malaysian Salute You"
"我们向你致敬马来西亚"
"हम मलेशिया तुम्हें सलाम"






Apa jua keputusan nya esok,
kita terima dengan tenang,
Kalau menang alhamdulilah,
Kalau kalah , kaizen bro!!
Untuk itu wa dedicate lagu ni untuk semua pejuang PR,
Semoga tabah menjalankan tugas di sana,
Hadapi dengan senyuman :)

UMNO Liabiliti Malaysia?

Ter baca cerita Ahli Sufi kat blog AT..

"Begini pakcik. Mari kita kembali kepada zaman lampau. Kita drag time line ke belakang. UMNO adalah ciptaan pakar strategi British. Nama pun UMNO dalam bahasa Inggeris. Pcik bagi saya satu nama pemimpin UMNO yang mati atau luka kerana memperjuangkan kemerdekaan. Pakcik bagi saya satu nama..."

"Apa terjadi, jika Melayu ketika itu berjaya tewaskan propaganda Malayan Union dan pembentukan UMNO oleh British? Di mana kita merdeka melalui darah. Tidak perlu kontrak sosial. Tidak perlu ikut perjanjian. Tidak perlu iktiraf pekerja asing ketika itu sebagai warganegara? Apa jadi?"


"Jadi, dengan berjayanya British mencipta UMNO, dan kini pcik sendiri mendokong UMNO, mengapa pakcik mempersoalkan hasil2 UMNO itu sendiri? Wujudnya UMNO, maka, wujudlah apa yang pcik rungutkan. Jadi, sepatutnya, jika orang UMNO tahu sejarah sebenar, orang UMNO sepatutnya lakukan apa terhadap UMNO?"

Seperti hujah AT, wa juga berpendapat apa yg jadi sekarang adalah satu "domino effect" kepada apa yang berlaku pada zaman kemerdekaan.

Selalu kita berbangga dengan kemerdekaan melaysia yang dicapai secara aman dan rundingan.

Tapi kita lupa, dengan cara rundingan, selalu nya proses win - win situation dilakukan supaya persetujuan di capai. Dah tentu ada "gain" n "loss".Jadi aper sebenarnya yg terpaksa dikorbankan untuk merdeka?

Jgn salah sangka.Persoalan jus soli, raja2 etc sebenarnya bukan persoalan utama.Kita merdeka bukan berunding sesama org Cina dan India di malaysia.

Kita berunding dengan British.Dengan taraf kita sebagai yang dijajah ingin berunding dengan yg menjajah. Apekah expectation kita?

Mesteri sungguh kemerdekaan malaysia!

Kita pergi pulak pada org2 yg dpt benefit terbanyak dr process kemerdekaan Malaysia.

Jgn la gebang2 bodoh.Bawah british pon kita leh dpt "ketuanan Melayu".Bawah british pon leh bina masjid n buat tabung haji.British bukan bodoh. Kompom2 British akan jaga melayu supaya melayu tak memberontak.Sama jer cam UMNO jaga melayu.Tayah merdeka pon taper.Janji jgn melawan diorg jek.

Tapi sape yg bebetul dpt benefit??

Bagi wa, kalau bebetul nak perubahan di Malaysia nih, isu ni kene dibangkitkan.Setelah 52 tahun merdeka dari british, mungkin kita kene berjuang sekali lagi untuk merdeka dari penjajah UMNO pulak.

Merdeka dengan apakah pulak kali ni?

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang : Sapa Ganas Sapa Samseng

Makin horror wa tgk kempen PRK Bagan Pinang.Pukul sana, tetak sini.

Ade org cam pelik adekah rakyat malaysia makin ganas?

Wa tergelak kejap.Kalu direnung sejarah, jawapannyer mmg politik malaysia agak ganas2.Kalau buat list yg terbunuh pasal politik banyak gak.Ape nak heran sgt?

Teringat wa cerita2 dulu

Kat N9 tahun 1982 seingat wa(wa baru umur setahun time tu),...penah jadi kes pembunuhan Datuk Taha(speaker n9(UMNO) oleh Datok Mokhtar Hashim(Menteri UMNO).Bayangkan tahun 1982, geng2 UMNO ni dah main tembak2 pistol nigger style.Kes tembak ni punca sbb rebut jawatan jek dlm cawangan tampin.Sama UMNO pulak tuh.Tak ke super ganas ke.

Kalau takat tetak org PAS zaman 2009 ni baru mainan diorg jer kot.Ngn sesama diorg pon main tembak2.Ape barang PAS komplen kene tetak?tak cukup ganas lagi tuh.hehe

Btw

Datuk Mokhtar kene hukuman penjara seumur hidup seingat wa.Tapi skang dengar cite dah bebas.

Untuk info lanjut lu belek2 link ni , ni

p/s : Selain cerita pak man telo, cerita ni pon bagus kalau buat movie :P

Saturday, October 3, 2009

Michael Moore : Political Activism is the next Hot Thing!



Terjemahan sukati gua dr pengulas pompuan tuh(dlm konteks malaysia):

"Apa yg saya suka pasal movie Michael Moore yg baru nih ialah kerana ia banyak memperkatakan tentang "Political Activism"

Ia memperkatakan betapa kuatnya kita walaupon kita tiada duit yang banyak atau kita bukan CEO GLC(remind me of OO from petronas :P).

Kita tetap ada kuasa mengundi dan ramai yang tidak menggunakannya.

Kita tidak bangun memberi amaran kepada kerajaan :"Jika anda tidak membuat perkara perkara ini atau tidak mewakili kami, kami tidak akan mengundi kamu.Kalau kamu nak mewakili kroni2,grombolan anda, melakukan isa samad(rasuah), melakukan rohaizat(tipu org kampung), melakukan hasan ali(pembelot) anda boleh pegi mati.Anda tak akan mendapat undi kami utk menang Pilihanraya.Dan ini sebenarnyer paling menakutkan ahli politik.Malang nya orang ramai tidak menyedarinya"

HeHehe...

Friday, October 2, 2009

ISU SELCAT : Jawapan Org Pr yg Perasan IQ Tinggi

Komen 1

Anonymous said...

'PAS nak membela org mcm ni?Gua sokong PAS(bkn ahli)pon sbb sgt2 harap pekara2 di atas boleh berubah jadi lagi baik.So sekarang PAS nak bela org2 curropt.Camna gua nak sokong PAS lagi nih?Apa beza PAS dengan UMNO sekarang?Beza perlembagaan Party ada tulis Islam tp realiti nya songsang?'

suara hasan ali tu mewakili Pas Pusat ke? adoiyaiii..berjaya sungguh media umno.pemboleubah pembolehubah hihiihi


Jawapan gua :
hehe,

Mmg media UMNO berjaya pon.Sapa peduli hasan ali pas pusat ke pas selangor.Org peduli die dari PAS jek.Lagi pon bukan ada apa2 tindakan tatatertib dr PAS Pusat tuk hasan ali.

So i just assume PAS pusat bersetuju dengan Hasan Ali.

Tak belaja ek generalization?


Komen 2

Anonymous said...

org awam yg low IQ boleh la fikir macamtu,tp u yg dah boleh fikir tak perlu la assume macmtu..even tak semua Ajk Pas Selangor setuju dgn Hasan Ali..even tak semua Ajk Pas Pusat setuju dgn Haji Hadi..even u pun tahu yg majoriti ahli Pas bencikan puak-puak ni.tp nak buat macam mana,dah org tua tu Presiden,dah org tua tu Pesuruhjaya.so u kena fikir style u la.cumanya dari sudut strategi baru la kita fikir style org awam,tp pendirian sendiri kena ikut IQ sendiri la.

Jawapan gua balik..

wa nak mewakili org2 awam yg low IQ(sbb diorg pon leh vote gak)..n PAS kene fahami ape dlm pikiran diorg.

Lu rase lagi ramai rakyat low IQ ke high IQ ke mys ni?

Kalau ramai rakyat high IQ nape UMNO memerintah?

Nape dlm meeting PAS selangor sokong hasan ali?

Nape Kl menjerit leh box office

High IQ ke?

PAS hanya untuk org high IQ ke?

..........................................................................

Ini masalah PR(PAS leading skang prob ni). Ahli PAS lebih suka lihat ape yg diorg nak lihat pada PAS. Diorg cuba menerangkan dalam konteks yang diorg selesa dengan pelbagai andaian dan pelbagai alasan yg mereka rasa munasabah.

But reality sucks

Belom tentu diorg munasabah pd pandangan org lain(atau rakyat low IQ seperti kata anon td)

Skang org PAS (konon high IQ), dengar plak org2 low IQ nak ckp.Boleh (berani kah?) PAS admit masalah di bawah n wat tindakan?:-

1. Pres Pas sgt lembab. Dia sepatutnya mewakili PAS semelaysia.Dia sepatutnya proaktif membela kerajaan yg PAS terlibat.Tapi sampai sekarang sgt la tak memuaskan.

ISU ARAK MANA SUARA TGHH?

ISU PERAK MANA SUARA TGHH?

ISU SELCAT MANA SUARA TGHH?

Adakah level Pres Pas hanya berceramah jek?Tader tindakan yg le bih "high level" n komen2 yg bernas?

2. Semua kerajaan negeri di malaysia bermasalah.Namun sbg Party yg tgh nak naik(bukan menurun cam UMNO) penyelesaian segala masalah ini dgn pantas wajib2 lah cepat2 di atasi:-

TANAK DENGAR CITA KELANTAN KOTOR N MUNDUR!!

TANAK DENGAR KEDAH MB BENGIS N KAKU

TANAK DENGAR PAS SELANGOR CKP "TAK TERAGAK2 NAK KUAR KERAJAAN SELANGOR?"


Boleh wat ke?

Tuesday, September 29, 2009

Selcat : PAS Selangor (Hasan Ali) nak bela melayu corrupt?

Tima kasih pada hasan ali, wa tetiba teringin nak usya vdeo2 selcat.So wa pon google la vdeo2 yg kononnya menghina orang melayu ni.







Wa terus masuk bab pokok.Yang mana sebab musabab selcat dikatakan menghina pegawai kerajaan.

Argument selcat : Kenapa wang peruntukan RM 450k yang di peruntukan untuk setahun di habiskan dalam masa beberapa hari(1 hari?) selepas PRU08?.

Jawapan DO : Kami hanya meluluskan saja segala projek yang dirancang oleh YB2 ni?(rumusan wa lah)


Persoalanan di sini,
Memberi kelulusan dalam masa satu hari adalah benda yang sangat pelik.Ade DO2 ni sampai menyatakan "bila tsunami politik datang, diorg(YB2) dtg ke ofis macam ribut"

Andai kata la...projek tuh dah diluluskan, takan la semua bajet tuh (RM450k)telah diluluskan dalam masa beberapa bulan memerintah(awal 2008 - Mac 2008.Dah tentu DO2 ni sedar pon perbuatan diorg ni salah.Dan kesalahan besubahat ngn YB2 ni adalah kesalahan kepada rakyat, melainkan la duit tuh mak bapak YB n DO yang punya.

PAS nak membela org mcm ni?Gua sokong PAS(bkn ahli)pon sbb sgt2 harap pekara2 di atas boleh berubah jadi lagi baik.So sekarang PAS nak bela org2 curropt.Camna gua nak sokong PAS lagi nih?Apa beza PAS dengan UMNO sekarang?Beza perlembagaan Party ada tulis Islam tp realiti nya songsang?

Wa berani jamin, pendapat wa ni banyak dikongsi oleh rakyat2 tak berkepentingan(bukan ahli mana2 party)

Kalau PAS lingkop..Hasan Ali n PAS selangor sila tanggungjawab dunia akhirat!

Update : Ade org ckp bukan budaya kita untuk menyoal terang2 mcm ni.Tambahan pulak DO2 ni melayu.

Wa jawab : Jadi budaya melayu ni kalau buat salah kene la simpan2 tambah2 kalau sebangsa la yer?Asal nama melayu semua ok?

Kepala Hotak hang!

Saturday, September 26, 2009

Capitalism : A Love Story



"This is Michael Moore and i am here to make a citizen arrest of board of director of AIG!!"

Sgt lah kool kalau boleh ckp kat geng lintah darat of PKFZ camnih.hahaha.