Saturday, October 10, 2009

UMNO Liabiliti Malaysia?

Ter baca cerita Ahli Sufi kat blog AT..

"Begini pakcik. Mari kita kembali kepada zaman lampau. Kita drag time line ke belakang. UMNO adalah ciptaan pakar strategi British. Nama pun UMNO dalam bahasa Inggeris. Pcik bagi saya satu nama pemimpin UMNO yang mati atau luka kerana memperjuangkan kemerdekaan. Pakcik bagi saya satu nama..."

"Apa terjadi, jika Melayu ketika itu berjaya tewaskan propaganda Malayan Union dan pembentukan UMNO oleh British? Di mana kita merdeka melalui darah. Tidak perlu kontrak sosial. Tidak perlu ikut perjanjian. Tidak perlu iktiraf pekerja asing ketika itu sebagai warganegara? Apa jadi?"


"Jadi, dengan berjayanya British mencipta UMNO, dan kini pcik sendiri mendokong UMNO, mengapa pakcik mempersoalkan hasil2 UMNO itu sendiri? Wujudnya UMNO, maka, wujudlah apa yang pcik rungutkan. Jadi, sepatutnya, jika orang UMNO tahu sejarah sebenar, orang UMNO sepatutnya lakukan apa terhadap UMNO?"

Seperti hujah AT, wa juga berpendapat apa yg jadi sekarang adalah satu "domino effect" kepada apa yang berlaku pada zaman kemerdekaan.

Selalu kita berbangga dengan kemerdekaan melaysia yang dicapai secara aman dan rundingan.

Tapi kita lupa, dengan cara rundingan, selalu nya proses win - win situation dilakukan supaya persetujuan di capai. Dah tentu ada "gain" n "loss".Jadi aper sebenarnya yg terpaksa dikorbankan untuk merdeka?

Jgn salah sangka.Persoalan jus soli, raja2 etc sebenarnya bukan persoalan utama.Kita merdeka bukan berunding sesama org Cina dan India di malaysia.

Kita berunding dengan British.Dengan taraf kita sebagai yang dijajah ingin berunding dengan yg menjajah. Apekah expectation kita?

Mesteri sungguh kemerdekaan malaysia!

Kita pergi pulak pada org2 yg dpt benefit terbanyak dr process kemerdekaan Malaysia.

Jgn la gebang2 bodoh.Bawah british pon kita leh dpt "ketuanan Melayu".Bawah british pon leh bina masjid n buat tabung haji.British bukan bodoh. Kompom2 British akan jaga melayu supaya melayu tak memberontak.Sama jer cam UMNO jaga melayu.Tayah merdeka pon taper.Janji jgn melawan diorg jek.

Tapi sape yg bebetul dpt benefit??

Bagi wa, kalau bebetul nak perubahan di Malaysia nih, isu ni kene dibangkitkan.Setelah 52 tahun merdeka dari british, mungkin kita kene berjuang sekali lagi untuk merdeka dari penjajah UMNO pulak.

Merdeka dengan apakah pulak kali ni?

No comments: