Saturday, October 24, 2009

Mari berlaku adil

Walaupon wa tak suke cara TG Hadi Awang nih, ade baik kite berlaku adil.Amat penting untuk kita menkaji dan membina hujah berdasarkan fakta dan bukan menduga2.

Wa terbaca kat sinin pasal perfomance yg TGHA boleh bangga kan.Wa tanak komen lagi sbb ni semua prosess mengumpul material bagi projek "langgar melanggar" nanti

Beliau yang juga Anggota Parlimen Marang menjelaskan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu menjadi negeri pertama menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1959.

Selepas itu, katanya negeri Kelantan pula dikuasai oleh PAS tetapi usia pemerintahan PAS Terengganu tidak panjang.

Katanya, keistimewaan lain yang dimilik oleh PAS Terengganu adalah kerana berjaya meletakkan batu asas pemerintahan Islam pada gelombang kedua kemenangan pada tahun 1999-2004.

“Kerajaan kita (Islam Terengganu) jatuh pada tahun 1928 dan campurtangan Inggeris sepenuhnya pada tahun 1948 selepas itu Islam tidak ada kuasa sepenuhnya.

“Alhamdulillah, tahun 1959 parti PAS mula menang di Terengganu kerana kurnia Allah Ta’ala, selepas itu baru Kelantan.

“Walau pun kita (PAS Terengganu) jatuh dahulu daripada Kelantan tetapi kita (PAS) berjaya meletakkan asas lebih dahulu daripada Kelantan.

“Termasuklah, selepas kita (PAS) menang gelombang yang kedua tahun (1999-2004). Kemenangan kita (PAS) tahun 1999, walau pun satu penggal sahaja, kita (PAS) telah berjaya meletakkan batu asas bagi pemerintahan Islam yang tidak mampu diletakkan di negeri-negeri lain termasuk di Kelantan sendiri,” jelasnya.

Ustaz Abdul Hadi berkata PAS berjaya mewujudkan Perlembagaan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai Undang-undang Tubuh Diri Kerajaan Negeri Terengganu.

“Kita (PAS) telah berjaya mewujudkan Perlembagaan Islam dengan meletakkan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias.

“Ini ditulis dalam Undang-undang Tubuh Diri Negeri Terengganu dan hingga hari ini Umno tidak berani buang, Umno takut hendak buang.

“Kita (PAS) luluskan Undang-undang Islam bagi negeri Terengganu. Undang-undang yang berkait dengan Pentadbiran Agama Islam, Jenayah Qisas, Hudud dan Ta’azir dan pelbagai undang-undang lagi yang kita (PAS) telah luluskan,” tegasnya.

Menurut Dato’ Seri Abdul Hadi semua undang-undang tersebut telah dirasmikan dan digazetkan apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menandatanganinya.(Gambar kanan)

Oleh itu, katanya PAS mempunyai tanggungjawab yang besar dan rakyat Terengganu pula mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam berpolitik.

“Kita (PAS) mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Rakyat Terengganu mempunyai kesedaran yang sangat tinggi, yang sangat hebat. Kita (PAS) mempunyai asas yang sangat besar, mengandungi pengundi-pengundi teras yang sangat ramai di negeri Terengganu.

“Cuma kita (PAS) tewas dengan penipuan yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Apa yang penting kita (PAS) kena kerja lebih kuat lagi untuk mengembalikan kerajaan kita untuk kita berdiri di atas tapak yang telah kita (PAS) bina itu,” jelasnya dan menegaskan, PAS Terengganu akan menjadi model di seluruh negara malah di seluruh dunia.


Wa tamau komen lagi.Tapi wa pelik camne nak jadi model kalau kalah?Menang atas kertas tapi kalah dalam realiti?

Nih kot maksud "PAS rela kalah tapi Islam menang"?Nak menang kan perkataan islam ke nak menangkan fizikal islam?

Sape rajin nak komen sile kan ler...

3 comments:

Anonymous said...

"walau pun satu penggal sahaja, kita (PAS) telah berjaya meletakkan batu asas bagi pemerintahan Islam yang tidak mampu diletakkan di negeri-negeri lain termasuk di Kelantan sendiri,” jelasnya.

“Kita (PAS) mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Rakyat Terengganu mempunyai kesedaran yang sangat tinggi, yang sangat hebat. Kita (PAS) mempunyai asas yang sangat besar, mengandungi pengundi-pengundi teras yang sangat ramai di negeri Terengganu."


- aku baca dua perenggan ni je dah rasa menyampah. Perasan tak tentu hala

Anonymous said...

-sebut psAL KERTAS nie wa tringat kate2 aduka,terer bab pereksa kt kertas tp wat praktikal kt luar trcungap2..

-apsal?..takde strategi dlm menghadapi atau membuat ISU..

-tgk la kes UG,pas die bentangkn cadangan bernas,tup2 ghaib,bile timbul,sound ahli sndri mlas membaca..

-elok haji hadi nie jd lecture ar,byk bace bku..

-zargus-

Unknown said...

performance dia ker tu?

+++++++++
TGHH:
* Mula menyertai pilihan raya pada tahun 1978 di DUN Marang - KALAH di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi.

* Pada tahun 1982 calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun.
MENANG di DUN Marang tetapi KALAH di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar.

* Pada tahun 1986, MENANG bertanding DUN Rhu Rendang tetapi KALAH di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar.

* Pada tahun 1990 MENANG di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

* Begitu juga tahun 1995, MENANG di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

+++++++++++++

Pendidikan, penglibatan dalam gerakan politik & dakwah,akhlak dia, aktiviti dia ...aku kira memang layak ler dia ditempatkan mana-2 top posts BUT not Vice President ler not to mention President seat itself. Walaupun dia menang byk kali parlimen Marang & DUN Rhu Rendang. Tu survival dia, minimum we expect drom him...tapi sbb. dia top leader bukan saja Trengganu TAPI PAS Pusat lagi, takkan tak nampak kelemahan dia memimpin negeri & menawan kembali negeri yg terlepas drp genggaman tu?

NOT too bad a leader. Ok dah tu. .frankly, untuk Preseident cari ler orang lain tu aje..dia dah got his chance to shine...

p/s: i can't get more detailed, maleh aku nak cari/baca dlm some books, & if wikipedia is 2b believed to some sort..tu dia ah!