Friday, December 18, 2009

HPP : Tiada Suara Non Muslim Dlm Negara Islam Pas?

Entah kenapa gua tak perasan pasal KPP yg dah ditukar status kepada Himpunan Penyokong PAS.Wa sedar ari nih jek sbb terbaca soratkhabar Harakah.

Menurut Harakah, HPP akan mempunyai:-
1. Wakil Tetap Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat
2. Menghantar Perwakilan Dalam Muktamar Tahunan.

Perubahan paling besar ialah ia di iktiraf sebagai Sayap PAS, bukan hanya unit kecil dibawah Lajnah Perpaduan PAS.Btw, hak perwakilan HPP utk mengundi dlm muktamar tidak dinyatakan

__________________________________

1. Perubahan ini sudah dikira agak bagus kalau nak dikira dr tempoh berapa lama keputusan ini dapat dibuat.Mungkin keputusan ini amat sukar dan banyak ditentang dalam parti PAS sendiri.

2. Wa selalu membayangkan struktur jemaah pas sebagai ideal kepada cth pentadbiran yang akan dibawa oleh PAS jika memerintah Malaysia.Malah wa membayangkan mungkin ini lah ciri 2 pemerintahan Islam PAS. Wa berani jamin ramai rakyat juga yg akan melihat pentadbiran PAS adalah perlambangan kepada Pemerintahan Negara Islam.

3. Ketiadaan hak mengundi bagi perwakilan HPP agak menggangu wa. Sebagai party yang berstruktur pemerintahan islam, PAS berpendapat undi non muslim tidak wujud?Boleh kah kita assume jika PAS memerintah Malaysia, undi non muslim juga akan turut di lenyapkan?

4. Bagi wa, PAS telah menonjolkan bad image kepada ciri pemerintahan Negara Islam PAS.Pas sepatutnya lebih terbuka dan sedia berexperiment sebanyak mungkin demi menjayakan Negara Islam.Kenapa takut nak bagi hak mengundi memilih pimpinan kepada HPP?

5. Kita kena akui dalam menegakan negara Islam di malaysia, sokongan non muslim adalah wajib.Sokongan ini tidak datang dengan memaksakan hukum Islam atau penipuan slogan2, tapi dengan experimentasi untuk saling faham memahami antara inspirasi PAS dan non muslim.Party PAS telah kehilangan tabung uji terbaik untuk Negara Islam.

6. Wa harap andaian wa salah tentang ketiadaan hak mengundi HPP dlm PAS.

3 comments:

Unknown said...

Entah la bro...kalau dah takda suara/undi, wat pa depa nak sebok-2mai muktamar bagai...mesti depa rasa cam kena kencing jah.

Anonymous said...

-wa rase nie satu prkembangan yg baik..utk permulaan la..susah bro nk laksanakan dewan nie yg bole dikatakan byk ditentang / dihalang oleh akar umbi yg kbyakan dtg dr negeri majoriti malay mcm kedah , trggnau even klantan!!..pimpinan trtggi pun mcm timb pres n pres sndri pun wa rase x brape stuju,tp mayb tekanan dr ajk pusat bnda alah nie trmakbul..

-anyway goodjob mujahid, wlau lu ponteng sidang parlimen ari tue ngan trtubuh dewan nie, sdikit sbyak trubat la jgak pnyokong2 pas yg mrah kt lu..

-wa arap sblm pmilihan pas akan dtg (2011) fungsi dewan pnyokong pas nie akan ditingkatkn..bg mereka hak mngundi!!..

-zargus-

Unknown said...

oh depa dlm HPP boleh jadi calon ADUN/ MP PAS, JIKA dikehendaki PAS pusat & ditapis Dewan Ulamak PAS. Depa dpt beri pandangan dan lebih dari itu jadi sayap parti khusus dalam persoalan bukan Islam. orait.. Better than nothing...undi tak dpt la ni...mungkin 2016 kot b4 PRU14...hehe

+++++++++++++++++++++++++++++

Dr Mujahid : ...pindaan perlembagaan secara besar-besaran tidak berlaku, yang berlaku hanya klause yang menyatakan jawatankuasa boleh membentuk......pemerhati rasmi, mereka berperanan macam perwakilan lain tetapi mereka tak boleh mengundi dan diundi buat masa ini, namun status itu tak kekal, maknanya ia boleh berubah tak kekal statusnya setakat itu sahaja.