Friday, December 4, 2009

GST(2): Pandangan Seorang Kutu

1. Kerajaan Najib menjanjikan GST utk barangan asas seperti beras, gula dan lain2 mungkin akan dilepaskan.Sedih betul wa PM kita ni ckp mcm org bodo. Process perniagaan dan pembekalan penuh dengan indirect cost.Mcm mana die nak clarify cost2 nih dgn GST dia??

2. Ambik contoh beras la.Ni ikut pekiraan wa yg ngong.Kalau salah betulkan lah sbb takat nih wa tak jumpa news tentang confirmation jenis2 barangan atau perkhidmatan yg dikenakan GST.

Petani
|
Kilang Beras(Ada GST?)
|
Pembungkusan/pembekal pembungkusan(Ada GST?
|
Perkhidmatan Penghantaran lori pd pengedar(Ada GST?)
|
Pengedar kepada peruncit(Ada GST?)
|
Peruncit pada Pembeli(baru mungkin tiada GST)

3. Mengatakan beras tidak naik harga adalah sgt tak logik di bawah GST.Ini kerana terlampau banyak indirect cost yg mungkin juga akan dikenakan GST.

4. Sgt lah susah untuk memantau segala barangan ni pada setiap peringkat perniagaan.Cthnya perkhidmatan lori tak mungkin hanya mengangkat beras sahaja pada satu masa.Adakah perkhidmatan nya itu dikenakan GST atau tidak?

5. Tambahan lagi kos yg ditangong oleh syarikat2 untuk meguruskan akaun GST diorg.Lu ingat kat sapa yg akan dibebankan dgn kos tambahan ni?? kompon le kat kita semua sbg pembeli.

6. Dengan kadar pendapatan di malaysia yg rendah berbanding dgn harga barang..serius berbaloi kalau kita turun demo sama2 menentang GST!


5 comments:

SearchForHeaven said...

Ikut cara mana pun..
Kerajaan akan kenakan cukai yang menyusahkan rakyat..

alasan mereka, pendapatan negara berkurangan sebab subsidi, sebab tu kena restructure cukai...

Biasa laa dlm dunia commercial yang secular ni, sandaran mereka, negara maju dah buat cara ini, nak maju guna cara mereka..
haha..

orang yang banyak untung hasil exploitasi cukai adalah orang tengah..

pengeluar raw material dan pengguna akhir adalah yang paling tak dapat nal exploit GST ni..

sbb tu pengguna akan terbeban..

amalhaj said...

nak beranak kene cukai
nak sekolah kene cukai
nak keroje kene cukai
nak kemudahan kene cukai
nak kawin kene cukai
nak berhibur kene cukai
nak ibadat kene cukai
nak mati kene cukai
dah mati pun kene cukai
yang paling beruntung orang yang duduk kat CHUKAI

Unknown said...

ingatlah semua! kita kena taat kepada kerajaan BN yang bijak meNGURUSkan hasil khazanah...hehe..habis hasil negara depa kaut anak beranak, sahabat, kroni...& kurus kering jugak ler sapa-2 yg miskin tu..kesian...dah ler wang zakat hampir semua dilaburkan hingga yg tegar miskin minta bantuan pun tak dilayan..alahai..cam anjing kurap aje...ni pula kita nak harap DS Najib alantuya bela kita rakyat...hehe...rakyat yg sokong UMNO pun dia belum tentu bela, dahulukan..hehehe.

Xenan said...

hehe..pakcik

Asal org chukai pulak yg untung?Tayah bayar chukai ke?

amalhaj said...

untung sbb dok kat CHUKAI aje, tapi cukai kene gak.....