Sunday, December 27, 2009

Menanti 2010

Gua bz sket kais rezeki.Biasa la ujung tahun banyak job yg tertangguh kne setel.Sini wa update sket.

Project t shirt Pas Reform


Berdasarkan undian di blog dan pemerhatian di facebook, design 1 hitam menjadi pilihan ramai.Insyallah wa n team akan memutuskan dan menghantar email tentang prosuder pembelian pd semua yg berminat pad t shirt pas reform.

Black







Pet Project 2010
Wa lama dah teringin utk bukak franchise makanan.Sbb franchise ni banyak gila tempat utk pasif income.Maksud wa bukan nak bukak McD satu tapi nak memiliki brand name sendiri la.

Cth:
Membuka Mc Donald
- Yuran permulaan USD45k- pasif income Mcd
-Yuran Iklan(4% dari..hurm maybe gross profit?) -
-Yuran Royalti(4%) - pasif income Mcd
- Modal Mula 1.5 Juta - 3.5 juta
-training etc etc

Memang gila la kalu wa nak bukak satu.Mungkin anak wa kot bukak pas wa dah kaya.Tuh pon kalu wa berjaya mengUnteruna kan diri wa cam aduka taruna.

Dekat sini kalu lu apply prinsip yang sama dengan kos yang lebih logik untuk market(org sekitar kita), wa rase tdr masalah utk kita jadi cam Mc D tapi dengan skala yg kecil

Cth Product : Ubi Kayu Mak Minah

- Yuran Permulaan RM500
- Yuran Tahunan 5% x Jumlah sale

Dengan andaian lu ade 50 org franchise bawah lu dan setiap gerai buat income RM1000 sebulan.
Total pasif income lu
yuran mula RM500 x 50 = RM25k
yuran tahunan RM 1k x 50 franchise x 12 bulan x 4% = RM30k

So total pasif income lu org setahun RM55k busuk2 la..dah cukup best utk gua dgn tayah wat ape2.Hahaha.Tayah la charge yuran iklan sbb lu bukan ade kuar tv pon.Sikit2 cukup le.

Tapi.

Dalam franchising ni , aper yg penting ialah nilai tahap kesedaran brand pada org ramai.Ini yg menentukan "value" brand franchise kita untuk di tawarkan pada org ramai. Kalu Brand kita ala cincai boncai sapa lah pulak nak jd franchisee kita.

Product pulak lu kene tanyer chef la.Wa rase boleh jek masuk ape2 hatta char kuew tiow sekali pon.Bab2 lain pasal branding, program pemasaran, merchandising semua gua akan update lagi akan dtg...wahaha..cam wa deg marketing lak.

Untuk pilot project franchise gua bagi tahun 2010 ni..gua nak memperkenalkan...jeng jeng jeng



Ok tak?





Tuesday, December 22, 2009

Bank Dunia Menghina Malaysia?

Tertarik dgn artikel Wenger Khairy Return di sini.Data2 pasal malaysia kat sini sgt mengejutkan.Wa rasa sgt terhina bila WKJ mencatatkan GNI Malaysia hampir sama atau lagi rendah dari sebilangan negara Afrika. Hampir wa nak kata WKJ ialah penipu dan penghina Malaysia.




Terus tak pasal2 wa bukak Website World Bank yg haram wa tak pernah bukak sebelum ni.Rupa2 nya WKJ dan World Bank dah bersekongkol menghina Malaysia.Lu tgk sini la.

Gabon(negara apa ni?) ade KLCC ke?
KLIA lagi..tak gempak ke Malaysia ni?
Kita keluar proton saga duh!

Cis Cis..sama ngn afrika?..damn u WKJ agen World Bank@yahudi!

Update: Artikel WJK telah didelete dari Blog dia. Walau berbeza pandangan, gua tetap tabik pd bro Wjk atas keberanian dia.Sungguh "pembuka mata".

Wa sgt harap Blogger PR dapat membina hujah cam die.Bukan takat cerita2 kedai kopi sapa kawin sapa.

Monday, December 21, 2009

Serius wa konpius!!

2 ari dah pk ape maksud TGHA dlm Konvensyen Blogger PAS ni.Wa sampai ari nih tak dpt tangkap.Konpius giler..

Ikut sabda Nabi

"berkata lah benar walaupon pahit"

Ikut TGHA

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.”


Konpius dan konpius.Gua tak reti nak speculate dah nih.Sapo pandai sila terangkan..

Kalu dak nanti la time "wacana ilmu@langgar hadi" wa tanyer..huhu

update:

Dari blog TB ade comment yg bagi perumpamaan mcm ni

"Satu hari anda keluar rumah, tiba-tiba anda nampak bapa anda sedang dating dengan seorang perempuan yang anda tak kenal di taman bunga. Siap berpegang tangan. Anda terus pergi pada bapa anda dan depan orang ramai anda sound dia. Anda kata "Apa la bapak ni, tak tau hukum agama ke tak boleh berkhalwat dengan perempuan bukan muhrim. Ni siap pegang tangan lagi".

Rasa-rasanya apa reaksi bapa anda? Apa yang anda cakap itu benar, tapi adakah ia akan menimbulkan fitnah?"


Lagi wa konpius dengan penerangan mcm ni. Jadi kne senyap la yek..kalu tak sempat cari timing nak tegur dah kne tangkap basah mcm mana pula?

Mcm mana kalau nampak bapa mencuri atau memberi rasuah dlm senyap?wajib mencari timing yg sesuai ke report polis?

Kalau ikut mamat ni nyer penerangan kne senyap2 takut menimbul fitnah.Gila ape kah ini?

Friday, December 18, 2009

HPP : Tiada Suara Non Muslim Dlm Negara Islam Pas?

Entah kenapa gua tak perasan pasal KPP yg dah ditukar status kepada Himpunan Penyokong PAS.Wa sedar ari nih jek sbb terbaca soratkhabar Harakah.

Menurut Harakah, HPP akan mempunyai:-
1. Wakil Tetap Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat
2. Menghantar Perwakilan Dalam Muktamar Tahunan.

Perubahan paling besar ialah ia di iktiraf sebagai Sayap PAS, bukan hanya unit kecil dibawah Lajnah Perpaduan PAS.Btw, hak perwakilan HPP utk mengundi dlm muktamar tidak dinyatakan

__________________________________

1. Perubahan ini sudah dikira agak bagus kalau nak dikira dr tempoh berapa lama keputusan ini dapat dibuat.Mungkin keputusan ini amat sukar dan banyak ditentang dalam parti PAS sendiri.

2. Wa selalu membayangkan struktur jemaah pas sebagai ideal kepada cth pentadbiran yang akan dibawa oleh PAS jika memerintah Malaysia.Malah wa membayangkan mungkin ini lah ciri 2 pemerintahan Islam PAS. Wa berani jamin ramai rakyat juga yg akan melihat pentadbiran PAS adalah perlambangan kepada Pemerintahan Negara Islam.

3. Ketiadaan hak mengundi bagi perwakilan HPP agak menggangu wa. Sebagai party yang berstruktur pemerintahan islam, PAS berpendapat undi non muslim tidak wujud?Boleh kah kita assume jika PAS memerintah Malaysia, undi non muslim juga akan turut di lenyapkan?

4. Bagi wa, PAS telah menonjolkan bad image kepada ciri pemerintahan Negara Islam PAS.Pas sepatutnya lebih terbuka dan sedia berexperiment sebanyak mungkin demi menjayakan Negara Islam.Kenapa takut nak bagi hak mengundi memilih pimpinan kepada HPP?

5. Kita kena akui dalam menegakan negara Islam di malaysia, sokongan non muslim adalah wajib.Sokongan ini tidak datang dengan memaksakan hukum Islam atau penipuan slogan2, tapi dengan experimentasi untuk saling faham memahami antara inspirasi PAS dan non muslim.Party PAS telah kehilangan tabung uji terbaik untuk Negara Islam.

6. Wa harap andaian wa salah tentang ketiadaan hak mengundi HPP dlm PAS.

Anti GST komen tentang Kenyataan Menteri Kewangan 2



will comment later mahh

Thursday, December 17, 2009

Hanya 58% MP Dtg Parlimen?

Ini betul2 cerita kelakar dr Parlimen. MP pon kuat mengular.Tak heran la ramai gak rakan2 wa@rakyat malaysia sgt mahir dan tinggi dlm ilmu mengular nih.Kita semua mmg berketuakan pakar2 ular mengular pon.

Ape2 hal pon, ini juga mencerminkan average kualiti pimpinan dan cara Malaysia diperintah. Kali ni lagi "terbaik" sbb kita sebagai rakyat terus tak boleh percaya 100% pada Govt atau Opposition untuk mewakili kita sbb dua2 belah pon power mengular.

Maybe dah sampai masa untuk rakyat ambik giliran untuk datang ke parlimen public gallery n sama2 menilai MP2 kita nih.Boleh jugak wat aktiviti ambik kedatangan dan boo MP yg cakap mcm org gila.Boleh wat cam stadium bola la..soh parlimen jual tiket.

Kompom banyak leh collect nih.Err..penyokong kelantan boleh kasi masuk ke ni?

Saturday, December 12, 2009

Najib yg unggul

Perkembangan isu sekitar najib sgt menakjubkan dan kadang kala ajaib.Wa sering fokus kepada najib terutama setelah kejayaan dia di perak.Wa katakan kejayaan UMNO di perak adalah miliknya sbb tak lama lepas Najib ambik alih UMNO perak, sekali dgn kerajaan PR Perak pon tumbang.He's one great strategist!

Walaupon pelbagai isu di timbulkan dengan direct kepada Najib spt Altantuya dan sbgnya, namun setakat ini tak nampak isu2 ini mampu memberi cacat cela pada batang tubuh Najib.Lagi kelakar bila yg paling terkini ada blogger memainkan isu najib minum arak(?) dlm pertemuan dgn PM Thailand.

Bro..lu rase ade kesan ke isu2 level ni kalau nak diguna sbg peluru menembak najib? lupakan la bro.Kang tak pasal2 org atas pagar terpk lu org yg bodoh pulak.Cerita bangang pon leh jadi isu.

Bagi wa, setakat ni..selain dari Nik Aziz, Najib juga telah mebuktikan keunggulan dia dlm siasah dan menangani persepsi.Beza kedua tokoh hanya nik aziz nampak lebih agresif dan najib nampak lebih pasif. Kedua dua tokoh ni berada di level tersendiri yang tak mampu di capai oleh politician yang lain.

Gerakan Pemutihan Najib Melalui Isu Racism

Najib mungkin berani mengambil risiko yang tepat. Dengan memilih untuk tidak memperdulikan isu2 peribadinya, najib berubah 360 darjah dgn terus memperkenalkan idea yang controversial(1malaysia).

Setakat ini wa berani jamin tak semua ahli UMNO paham pon, malahan idea seperti ini telah ditentang 100% oleh ahli UMNO yang berteraskan Ketuanan Melayu sebelom ini. Gila tak logik UMNO mau 1Malaysia.Tapi berkat ajaran melayu, wala' dan thiqah tetap diserahkan pada Najib.

Kini gerakan pemutihan imej najib diteruskan dengan serangan nazri terhadap mahathir dalam isu BTN. Terang2 nazri menggunakan alasan 1malaysia untuk menentang mahathir.Adekah kerana nazri bersetuju 100% pada 1Malaysia?i dont think so..

Isu racism adalah isu yg paling mudah dan paling murah untuk dihadapi oleh Najib berbanding dengan isu lain seperti ekonomi dan rasuah. Dengan hanya mengguna situasi nazri vs mahathir, persepsi rakyat telah berubah sedikit(macam banyak juga rasanya) terhadap kerajaan BN.

Wa tak heran kalau tiba tiba BTN dibubarkan demi memenangi isu racism ni.Bukan susah sgt pon..nothing to lose ma.Seultra melayu mana pon ahli UMNO, ia tetap wala' dan thiqah pada Najib....err, selagi leh cari makan dlm party la.:D.

Ulasan Penarik Beca

"
Saya melihat Najib dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam projek membersihkan Najib tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap. Apa nak buat, depa gila."

Betoi ka pak bakaq...awat saya rasa lain ja.Kot2 ada pilihanraya sekarang sapa tah boleh menang ni?

Paling horror bila tgk isu2 yg jd peluru oleh pembangkang asyik sipi jek kat Najib nih.Ka sebab diorg tak reti pilih peluru atau dah habis peluru guna tembak kawan2?

Friday, December 11, 2009

Banner utk projek t shirt PAS REFORM

Mohon kenkawan utk letak banner dlm blog utk support project nih. Luahkan perasaan anda dengan bergaya..hahaha





Wednesday, December 9, 2009

Design t shirt pas reform (white edition/ black edition)

DESIGN 1
White





Black




.....................................................................................................


DESIGN 2
White





Black


.....................................................................................................


Design 3
White







Black
.....................................................................................................


Design Belakang







Jangan Lupa Vote Kat Tepi







Saturday, December 5, 2009

Di Hong Kong, Rakyatnya menolak GST kerana ia sangat membebankan golongan berpendapatan rendah-sederhana.

Oleh : http://ckcounterpunch.wordpress.com


Apakah itu GST? GST atau cukai untuk barangan & perkhidmatan.

Sekarang, kita hanya membayar cukai perkhidmatan/service tax sebanyak 5% kepada restoran, kedai servis kereta, akitek, peguam, engineer, syarikat insuran, rokok dll dengan syarat pendapatan syarikat perkhidmatan itu melebihi RM 150 000 ke RM 500 000.

Jika cukai GST diperkenalkan, sebagai contohnya di Singapora, barangan yang dijual di gedung-gedung membeli belah seperti yang tertera di bawah akan dikenakan cukai GST sebanyak 4%:

Nota: gedung-gedung ini terpaksa memberi diskaun 2% selama jangka waktu yang ditetapkan di atas. Jika tidak, Rakyat berpendapatan rendah & sederhana akan teruk terjejas.

Berita GST di Hong Kong:

Opposition/Bantahan

The first protest against GST was held on 7 August 2006 by the Liberal Party. Over 6000 people participated. The second protest against GST was held on 20 August 2006 by the Democratic Party. About 500 people participated.

According to Financial Secretary Henry Tang, the government had collected 2,200 written submissions in the five months of consultations – with 65 percent opposed to the plan and 30 percent in favour.

Bantahan pertama terhadap GST diadakan pada 7 Ogos 2006 dianjurkan oleh parti Liberal dengan seramai 6000 penduduk mengambil bahagian. Bantahan ke-2 pada 20 Ogos 2006 dianjurkan oleh parti Demokratik dengan 500 rakyat turut serta. Menurut menteri kewangan, Henry Tang, kerajaan Hong Kong mengkutip 2200 penyampaian bertulis dalam 5 bulan dengan 65% membantah GST & 30% menyokong.

Demise/Matinya GST di Hong Kong

In a surprise announcement made on 5 December 2006, Henry Tang Ying-yen withdrew the plan citing lack of public support.

Dalam suatu pengumuman yang mengecutkan pada 5 Disember 2006, Henry Tang menarik balik plan untuk melaksanakan GST atas sebab kurang sambutan Rakyat.

Dipetik dari Wikipedia

Friday, December 4, 2009

GST(2): Pandangan Seorang Kutu

1. Kerajaan Najib menjanjikan GST utk barangan asas seperti beras, gula dan lain2 mungkin akan dilepaskan.Sedih betul wa PM kita ni ckp mcm org bodo. Process perniagaan dan pembekalan penuh dengan indirect cost.Mcm mana die nak clarify cost2 nih dgn GST dia??

2. Ambik contoh beras la.Ni ikut pekiraan wa yg ngong.Kalau salah betulkan lah sbb takat nih wa tak jumpa news tentang confirmation jenis2 barangan atau perkhidmatan yg dikenakan GST.

Petani
|
Kilang Beras(Ada GST?)
|
Pembungkusan/pembekal pembungkusan(Ada GST?
|
Perkhidmatan Penghantaran lori pd pengedar(Ada GST?)
|
Pengedar kepada peruncit(Ada GST?)
|
Peruncit pada Pembeli(baru mungkin tiada GST)

3. Mengatakan beras tidak naik harga adalah sgt tak logik di bawah GST.Ini kerana terlampau banyak indirect cost yg mungkin juga akan dikenakan GST.

4. Sgt lah susah untuk memantau segala barangan ni pada setiap peringkat perniagaan.Cthnya perkhidmatan lori tak mungkin hanya mengangkat beras sahaja pada satu masa.Adakah perkhidmatan nya itu dikenakan GST atau tidak?

5. Tambahan lagi kos yg ditangong oleh syarikat2 untuk meguruskan akaun GST diorg.Lu ingat kat sapa yg akan dibebankan dgn kos tambahan ni?? kompon le kat kita semua sbg pembeli.

6. Dengan kadar pendapatan di malaysia yg rendah berbanding dgn harga barang..serius berbaloi kalau kita turun demo sama2 menentang GST!


Wednesday, December 2, 2009

GST : Hadiah Najib Pada 1Malaysia

1.Sempena beberapa hari lagi menjelang 2010, wa suke nak mengingatkan tentang hadiah tahun baru najib pada kita.

2. Bermula 2011, GST(Good & sale tax) insyallah akan dijalankan di Malaysia.Wa tak bape fimiliar dgn GST ni..cuma selalu ecounter dgn istilah ni bila berurusan dgn customer UK jek.Wa paham sikit2 jer la.


Beza dgn service tax sekarang yang wujud sekarang ni, GST dikenakan di setiap peringkat perniagaan.

3. Berita Baik Kepada Kerajaan - Kerajaan dpt mengenakan tax dgn lebih effective dan tanpa lopong2.

4. Berita Buruk Pada Rakyat - Mcm mana pusing2 pon..kita akan mendapati tax ini akan mendorong kepada kenaikan harga pada semua barang.

5. Duit ini mungkin(?) dapat mencover kehilangan wang kerajaan dlm projek2 yg gagal ie: PKFZ dgn andaian tiada juga penyelewangan berlaku dlm perlaksanaan GST.Kita juga akan mendapati GST berkemungkinan melencong..seperti yg biasa berlaku pada setiap xtvt kerajaan setakat ini.

6. Kerajaan boleh memilih utk lebih telus dlm semua transiksi kerajaan untuk mengelak kan kehilangan wang.Malangnya, seperti biasa, rakyat yg dibebankan.Sgt horror bila memikirkan kita dipaksa membayar lebih utk projek2 yg gagal.

7. Terima kasih kepada pengundi UMNO di atas jasa baik anda menyusahkan hidup kita semua.