Dikutip dari : Wanger Khairy
Mengapa Negara Di Landa Krisis Kewangaan pada tahun 1997
- Posting ini ditujukan khas kepada rakan2 yang masih samar tentang situasi sebenar yang berlaku di persekitaraan tahun 1997 yang menyebabkan ketiga - tiga pekara dibawah ni berlaku :- a) nilai matawang Ringgit merundum b) nilai saham KLSE merundum dan c) Ekonomi terus gawat
- Tak kira negara manapun, samada negara Amerika Syarikat yang mempunyai KDNK sebanyak $12,000 billion ataupun negara Malaysia yang mempunyai KDNK sebanyak $150 billion, jikalau sistem perbankaan dalam negara tersebut sudah rapuh, krisis kewangaan bakal berlaku dan ianya akan menjadi krisis ekonomi yang teruk.
- Sistem perbankaan berdasarkan sistem "rizab banking." Ini di terangkan secara terperinci dengan gambarajah disini. Secara rumus, dalam sistem perbankaan terdapat tiga komponen iaitu Aset, Liabiliti dan Nilai Ekuiti.
- Aset adalah pinjamaan yang diberi oleh bank kepada peniaga, kroni dan anak Perdana Menteri. Ianya dinamakan aset kerana pinjamaan tersebut ada membuahkan hasil melalui bayaraan faedah. Contohnya, pinjaman RM 100 juta untuk 7 tahun dengan kadar faedah 10%, akan membuahkan hasil sebanyak RM 70 juta dari segi faedah.
- Dari mana datangnya wang RM 100 juta untuk dipinjam kepada peniaga? Ianya datang dari deposit yang diberi oleh mat mat bangla yang berurus dengan bank. Bank membayar bunga yang amat kecil iaitu 1%, dan meminjam keluar dana tersebut pada kadar 10% kepada kroni, maka untung bersih bank adalah RM 70 juta - RM 7 juta = RM 63 juta dalam jangka hayat pinjamaan tersebut. Maka dengan rumusan sedemikian kita tidak boleh melihat bayaraan pokok sebagai mendatangkan apa apa pulangan kepada bank. Ianya hanya untuk mengimbangi kedudukan bank.
- Yang pentingnya adalah cagaran pada pinjamaan tersebut. Pada tahun 1997, kroni2 berjaya mendapat pinjaman menggunakkan syer syer sebagai cagaran. Maka jikalau nilai syer tersebut merundum, bank akan meminta "top up" dari segi syer lain atapun dengan wang tunai untuk mengimbangi kedudukan bank.
- Pada tahun 1997, nilai index komposit BSKL hampir mencecah RM 1,000 billion. Nisbah nilai BSKL berdasarkan KDNK negara adalah yang paling tinggi di dunia. Maksudnya, nilai syer tersebut amat tinggi dan tidak realisitik.
- Nilai syer bukan sentiasa naik tanpa henti. Ini adalah cakap omputeh - a basic fact. Syer turun naik mengikut perkembangaan dalam negara dan luar negara. Semua orang tahu.
- Sewaktu negara Thailand dilanda krisis, maka dana dana asing mula mencairkan posisi mereka menyebabkan index BSKL turun. Ni tidak bermaksud spekulasi, ini bermaksud take profit, (ambil keuntungaan).
- Tetapi oleh kerana banyak kroni yang membuat pinjamaan bercagarkan syer yang terlampau tinggi, dan apabila nilai syer tersebut mula turun, maka bank memaksa kroni tersebut membayar top up. Ini memaksa mereka menjual syer lain, lalu index BSKL turun lagi.
- Apabila dana2 asing mengeluarkan wang mereka, mereka telah memperolehi pulangaan yang cukup lumayan. Posisi yang dulu bernilai RM 1 juta, sekarang bernilai RM 10 juta dan sebagainya. Akan tetapi, mereka tidak mahu menyimpan pulangan mereka dalam wang ringgit, sebaliknya ingin menukarkannya kepada US dollar.
- Ni bermaksud, tekanan yang tinggi terhadap nilai US dollar berbanding Ringgit, bersamaan dengan konsep Supply dan Demand. Oleh kerana lebih banyak dana ringgit yang ingin ditukarkan kepada US dollar berbanding dana Dollar ingin ditukarkan kepada Wang Ringgit, maka nilai Ringgit merundum.
- Sekarang, mereka2 yang telah menbuat pinjaman Ringgit tetapi bayar balik Dolar Amerika mula menggelabah ala Mukhriz kena kantoi.
- Index BSKL masih turun, dan nilai ringgit turun juga.
- Kemudiannya, seorang kawan baik Tun bertindak untuk menggunakkan dana syarikat yang dipengerusikannya untuk membayar balik pegangan syernya pada kadar yang tinggi. Ni sama sekali melesapkan sentimen di luar negara. Konsep Koporat Governance dalam Malaysia boleh diibaratkan dengan ungkapan "Korek, korek, korek." Dalam negara lain, perbuataan tersebut dipenjarakan dengan serta merta.
- Index BSKL turun lagi.
- Kemudiaan beberapa bank asing di Singapura memberi faedah yang cukup lumayan kepada warganegara Malaysia untuk menyimpan dana ringgit dalam banknya. Ni adalah untuk memudahkan spekulasi.
- Spekulasi ni terhasil dengan menjual pegangan ringgit kepada dolar. Kalau tiada pegangan ringgit, tak boleh nak spekulate. Maka kena adalah kerjasama oleh wali2 dalam negara untuk membuahkan hasil spekulasi nie.
- Bank asing memperolehi dana tersebut dengan memberi kadar faedah yang amat tinggi. Diwar-warkan diantara para pariah yang meminjam dana ringgit kepada Bank di Singapura termasuk"kawan baik orang tu".
- Maka dengan kerjasama kawan2 baik negara hampir punah sama sekali. Kawan seorang melesapkan sentimen di syer market. Kawan yang lain memberi dana kepada bank di Singapura.
- Pada 1 hb September 1998, negara mengenakkan kapital kontrol. Wang Ringgit yang berada diluar negara tidak lagi dipersahkan nilainya. Lebih2 lagi, wang kertas RM 5,000 tidak lagi disahkan nilainya.
- Maka kawan2 ni dah kantoi. Mereka berlumba2 untuk mengembalikan dana dana ringgit yang dipinjamkan kepada Bank Singapura.
- Berapa banyak dana yang dipinjamkan kepada Singapura? Kita tak tahu, kerana kerajaan Dr Mahathir enggan nak beritahu. Tapi kita ada klue.
- Data statistik expot diterbitkan oleh MITI. Data dana masuk negara diterbitkan oleh Bank Negara.
- Kalau kita mengkaji dari tahun 2000 - 2008, nilainya hampir sama, kerana wang hanya boleh masuk melalui expot. Sedikit perbezaan berlaku disebabkan oleh penukaraan mata wang tunai oleh pelancong dan investor di kasino Genting.
- Pada tahun 1999 perbezaan ni adalah sebanyak RM 50 billion. Sehingga hari ini, tiada sebarang balaci yang mempersoalkan kenapa jurang diantara kedua2 angka tersebut begitu besar.
- Pada hemat saya ini adalah kesan dari kroni2 yang mengembalikan dana ringgit kepada negara.
- Berbezalah zaman pentadbiraan Tun dimana sistemnya begitu rapuh dengan pentadbiraan Pak Lah.
- Pada tahun 2008, sebanyak RM 100 billion telah keluar dari negara kerana investor begitu bengang dengan tindak laku Tun menghentam YB KJ. Oklah gurau sedikit, tetapi memang benar RM 100 billion telah keluar begitu sahaja.
- Nilai BSKL ada turun sedikit, sama juga dengan nilai matawang ringgit.
- Tetapi tiada sebarang krisis ekonomi atapun sebarang masalah di dalam sistem perbankaan. Sistem bank terus teguh.
- Nilah bezanya, mendirikan rumah dengan rapuh dan mendirikan rumah dengan baik
1 comment:
Yang digambarkan itu adalah "fractional reserve banking".
full Reserve banking baik,
fractional reserv banking jahat.
Post a Comment