Merujuk pada posting di forum tranungkita, suka wa melihat persepi ahli PAS terhadap apa yang di katakan tentang PAS REFORM.
Team 1. (PAS REFORM la ni)
-Oleh kerana nak menang, kita harus ikut persepsi pengundi, jgn pandang remeh persepsi pengundi, kena adil ikut persepsi pengundi,
kena bijak ikut persepsi pengundi..
Team 2: (PAS ORTODOKS?)
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..
Islam dan Demokrasi
1. Gua percaya sifat azali manusia, tak kira bangsa and agama mempunyai konsep keadilan dan kebaikan yang agak universal. Yang baik di sokong dan yang jahat di tentang.Pendapat awam (common sense) tentang baik dan buruk adalah sunatullah.
2. Menjejak sirah Rasullulah SAW yang berhijrah ke madinah, secara politiknya boleh ditafsirkan adalah untuk menapak di tempat yang majoriti awamnya bersetuju dengan Islam bagi memudahkan urusan Dakwah.(Madinah bukan semua orang islam).
3. Bagi wa, dalam konteks Islam di malaysia, proses demokrasi(Untuk mendapat sokongan majoriti) adalah sangat penting dalam usaha dakwah sebagaimana rasullulah berhijrah.
Formulanya : Rasullullah berhijrah = pemboleh ubah dakwah Islam
Pas menang pilihanraya = pemboleh ubah dakwah Islam
Persoalannnya : "kami rela kalah asal Islam menang" - boleh pakai ke pikiran selapis camnih?
Masalah PAS dan Demokrasi
Contoh 1 persepsi :-
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??
Bro , study la sikit sekular tuh ape demokrasi tuh ape.Jangan main langgar je. Demokrasi cuma proses penyelesaian organisasi, sekular adalah idealism. Demokrasi boleh membawa kepada apa2 pemerintahan tak kira Islam, sekular, sosialis, komunis atau diktator sekalipon.
Lu boleh jer buatkan Demokrasi Syura seperti Iran kalau lu nak.Yang penting lu pemenang la.
Contoh persepsi 2
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..
Bab ni gua terpaksa attack sikit org2 besar yang lu sokong tu sbb ni kene menilai "action" diorg yang zahir.Yang batin tuh antara dia dgn allah jer yg tahu.
1. Apa yang Islam dan strateginya sgt dalam berjumpa secara gelap dengan UMNO selepas pilihanraya sedangkan sebelum pilihan raya berkempen bersama PKR dan DAP. Alasan PR tak wujud lagi langsung tak terpakai bro.
Apa Islamnya dalam khianati pengundi yang menaruh kepercayaan pada PAS untuk menentang UMNO?Mungkin PAS boleh memerintah dgn strategi camnih tapi Islam dan orgnya akan dicemoh rakyat teramai sebagai pengkhianat dan tiada maruah.
Inikah strategi yang bagus sangat untuk menyuburkan Islam pada rakyat?
2. Kes Khalid vs Hasan Ali
Tak payah gua terang semua dah tau kot kes ni. Point besarnya Khalid Penyokong kuat PR dihukum berat dan Hasan Ali pemecah kuat PR di hukum ringan.
Pendapat awam mmg mengatakan tidak adil, sementelah sebilangn PAS pula kata kene wala'
Betul lu org boleh wala', tapi Islam tak dapat disuburkan mcm ni.PAS sekarang di samakan dengan penzalim dan penyokong pengkhianat.
3. Gua nak tambah pula kat geng gannu(UG). Time pilihanraya bukan main korang guna faktor anwar untuk dapat undi. Ni mamat tuh tgh susah, haram Pres ngn Timbalan pres langsung tak nampak muka,Bagus sangat la strategi penyuburan Islam korang!
Strategi haram jadah ape yang sedang dipakai nak menyuburkan islam ni?
Kumpulan anti-ISA guna pendekatan sederhana
14 years ago
13 comments:
Macam mana Pres dgn Tmb Pres nak nampak muka dlm Kes Anwar, Ego depa tinggi sangat.... Depa ni bukan sahabat sejati mcm TGNA tu, depa ni ada perasaan dengki kat orang tu. Depa perasan depa baguih..... His jgn kata mcm ni tak baik sebab depa dua-dua tu kan ke berjuang utk ISLAM!!!!!!
Bg saya, hujjah Pas Ortodok hanya retorik semata, xde idea.. Hanya mampu berkata2 tp xde idea bagus utk dilaksanakan dan Pas Ortodok hanya duduk kt situ je. Zaman skrg org nk tgk kita bijak menguruskan organisasi, bukan cakap je.. X kiralah ortodok ke, reform ke.. Yg penting rkyat ingin lihat perubahan dan kebijakan Pas dlm menguruskan organisasi.
hehehe..
lu respon dgn thread wa kat TKO ke ni??
wa nak komen panjang2. malas la plak..
statement ini
"
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS?? "
lu faham sekular kat ayat wa ni demokrasi ke?? wa rasa wa dah tekankan IDEA SEKULAR.. so.. itu dah gambarkan idealisme..
wa nak study ape lagi??.. hehe
--------------------
factor anwar?? geng UG- geng Ganu..
hahaha..kita buat abbrev. baru laa..
UGGG.. UG geng ganu.. wakakaka
DSAI masuk Court.. pimpinan PAS kena pegi COurt tunjukkan sokongan??
TGNA tak cukup..
come bro..
takkan lu takleh fikir sebaliknya..
Kalau Pres, tim presiden dan semua pergi.. Lu ingat kawasan court tu jadi apa??
Then.. media UMNO boleh memainkan pelbagai isu..
Lu nak menang dlm demokrasi.. bukan lu harapkan undi penyokong sahaja..
Nak undi.. kita kena harap, penyokong, atas pagar dan kalau boleh penyokong lawan undi kita.
so.. lu kata ini strategi haram jadah? hahaha..
nothing to say lorr...
strategi mana yang absolute betul??
lu bleh bagi tahu ??..
absolute dan bukan haram jadah punya strategi..
mungkin lu bleh bentangkan dengan segala logik dan ikut isu semasa dan fakta utk strategi lu..
-- same old story... hehe---
persoalan die strategi khianat mampu menagkan islam?
bro ayat lu mengambarkan bila kita nak menang secara demokrasi, yang akan timbul selepas itu ialah idea sekularis.
Lu tunjuk kat gua tang mana leh timbul camtuh?
gua ulang sekali lagi,
adakah lu nak cakap islam menghalalkan strategi khianat untuk menangkan islam?
Aku tak fahamlah SFH tu cakap apa? Berbelit2 sekali. Jawab soalan simple xenan tu dah lah. Konon puak dia ajelah yang nak suburkan Islam. Tak kisahlah cara mana sekalipun tok guru dia buat. Betul belaka.
SFH, aku pun ulas tajuk yang sama gak kat blog aku.
hehe..
pimpinan PAS sekarang Khianat pada Kawan??
PR dgn isu perjumpaan Gelap?
DSAI dengan tak hadir mahkamah?
HAsan Ali dgn Isu pecah belah PAS-PR?
Khalid Samad.. Merapatkan PAS-PR??
all these isu ukuran PAS khianat??
no need to explain la bro..
wa explain pun.. mereka tetap khianat pada mata lu orang...
SO.. kalau betul cara mereka salah pada mata lu orang.. Hukum laa dlm medan undi..
Undi lu orang berharga.. hehe..
Kalau itu boleh provekan lu orang betul..
just do that in the next GE..
2014.. Selangor jatuh dlm Tgn UBN.. wow.. hebatnya..
factornya.. PAS khianat.. haha..
----------------------
dalam Pakatan Rakyat.. walaupun PAS menang.. ISLAM tetak kat bawah..
Dlm Demokrasi sekarang.. walaupun PAS menang.. PAS masih berdepan dgn sekularisme dan liberalisme..
actually, wa malas nak ungkit kisah lama.. but to give some view..
lu ingat peristiwa candle light vigil??
lu boleh tengok.. betapa mudahnya muslim terjebak dgn permainan non muslim??
walaupun kita menyokong keadilan bersama.. tetapi seharusnya kita tidak bertoleransi dgn amalan agama lain/bangsa lain..
cukup sekadar hormat..
itu satu contoh..
PAS bersama DAP dan PKR kerana pada satu persamaan.. mendapatkan keadilan dan memusnahkan kekorupan dan penyelewengan..
itu satu tahaluf siyasi..
TETAPI.. Dlm meninggikan syiar ISLAM.. PAS sendirian..
Kalau setakat ISLAMIC state yang lu katakan dengan pakatan Rakyat..
Islamic State macam mana??
Lu tahukan nak bina ISLAMIC Nation kat Malaysia ni..
apa perlu dibuat??
parlimen perlu ubah perlembagaan..
even.. lu nak dirikan kerajaan Negeri Bersyariatkan ISLAM..
PArlimen kena bersidang untuk meluluskan perlembagaan negeri digubal..
Lu ingat.. DAP akan benarkan itu walaupun untuk sebuah negeri seperti Kelantan??
So ape yang diperlukan utk itu??
undi2 orang ISLAM dan wakil2 Parlimen Muslim lebih 2/3 majoriti.
herm... itu yang aku lihat..
tetapi. kalau lu orang yakin dgn undi non muslim boleh membina ISLAMIC state.. please go on...
aku gembira jika aku salah dlm hal ini... lu orang bleh gelak kalau aku salah..
wa tarak hal punyaaaaa..
hahaha...lawak2
nampaknya lu mmg tak mampu nak sanggah.
Ape lu ingat ktrg tak aware ke pasal PR ni?
so boleh la kita proceed dgn Islam dan Pakatan Rakyat.Tunggu bro yer.Mmg dah siap pon penerangan n artikel
Apa yang SFH kata tu betul, tak ada salah apa-apa, tak ada cacat celanya, penuh makna. Dia memilih untuk memperjuangkan dasar Islam yg PAS janjikan tu...termasuklah konsep "Negara Islam"nya. Mungkin dia orthodox mungkin dia fundamentalist. Terimalah dia seadanya.
Dia nak team & penyokong PAS REFORM paham PAS tu hebat dengan dasar yg tak berubah walau apa kaedah untuk mencapainya. Sebenarnya ramai paham apa yg SFH nak katakan (perjuangkan) cuma lagi dia macam tak terima atau tak paham apa yg PAS REFORM nak buat. Different wavelength perhaps. 2 2 betul. Tapi demi Islam juga PAS perlu menang PRU13. Maybe this'd help:
http://peguampas.blogspot.com/2010/02/hati-hati-pas-jangan-sampai-rakyat.html
Bro Xenan..
sebelum PAS memulakan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. PAS telah sedar akan masalah yg akan dihadapi di masa depan..
Sekiranya Pintu Politik ini dibuka dan PAS sudah sedar kesannya..
PAS sudah sedar apakah yang dihadapi penyokongnya dlm isu idealisme ini..
perkara yang ditakuti itu benar2 terjadi..
Kalau Lu cakap PAS KHIANAT dengan PKR,
PAS khianat Dgn Pengundi..
Wa faham Khianat itu selepas PRU 12 (2008)..
Tahaluf siyasi waktu PRU itu terletak pada persamaan mencari keadilan dan meolak penyelewengan UMNO/BN..
dlm Konteks Politik bersama.. PAS bersetuju untuk Itu..
Dlm konteks Politik untuk ISLAM..
PAS bebas berdialog, bermuzakarah dengan sesiapa sahaja sama ada gelap atau cerah..
wa nak tanya lu..
semasa Zaman Nabi SAW..
perjanjian antara Nabi dan Aus Dan Khzraj tu.. sembunyi atau terang ??
perjumpaan untuk syiar ISLAM dlm kediaman al-Arqam ibnu al-Arqam( kalau tak silap).. sembunyi atau terang??
ya.. mungkin perbandingan di atas tidak kena..
tapi.. kalau strategi sudah dipecah lubang.. PAS laa yang khianat..
pada wa.. pimpinan telah melakukan perhitungan yang kurang tepat dan tersalah langkah tetapi tidak sampai mengkhianat..
Alasan wa..
semasa kempen PRU12.. tak pernah wa kempen yang kita setuju dgn DAP untuk syiar ISLAM, tetapi kita bekerjasama utk menumbang UBN, menidakkan 1/3 supaya sekurang-kurangnya, UBN mendengar suara rakyat, walaupun Pembangkang tidak menang..
Setelah isu PAS:pejumpaan Gelap, masing2 menuduh pimpinan PAS khianat..
PAS khianat sebab apa??
hanya perjumpaan gelap..
isi perjumpaan tidak diulas..
tapi kalau isu PAS-DAP_PKR perak di pangkor.. ada semua olah??
tidak bukan??..
wa tak nak ulas.. tapi itulah double standard penyokong PR..
mereka konon betul, lalu kutuk habis-habisan puak2 yang meyokong TGHA..
kalaulah penyokokng TGHA macam lu orang.... bertindak balas dengan isu2 panas lain.. lagi teruk PAS merundum.. tapi mereka tidak lakukan itu..
mereka senyap..
pentingkan supaya jemaah tidak kecoh dilanda fitnah..
biarlah orang lain bukak rahsia..
diri sendiri jangan sekali-kali...
YA.. TGHA ada melakukan salah perhitungan ketika memimpin..
tetapi perhitungan itu untuk syiar ISLAM..
tetapi wa tidak sesekali akan menghentam TGHA secara terbuka untuk memuaskan hati pengundi sahaja..
TGHA memimpin sebuah parti politik dan jemaah ISLAM dlm kancah politik..
salah perkiraan itu bisa terjadi..
selagi salah perkiraan itu tidak melanggar syariat ISLAM..
wa tidak menentang.
itu lah pegangan wa..
lu nak kata wa salah.. its ur opinion..
tapi itu,, secara objectif wa nampak dan apa yang wa terlibat dlm PRU2008.
kalau ada pemimpin PAS lain berMOU untuk apa2 strategi ISLAM kena kongsi dlm Pakatan Rakyat.. wa tak tahu..
Dan pada wa..sbab DSAI tidak komen dlm isu perjumpaan Gelap adalah antara perjanjian beliau dgn pimpinan Tertinggi PAS.
bro..gua up kasi comment lu jd artikel ok tak?
cambest jek comment lu.Dah start tak main playsafe n ade opinion sendiri
hehe..
wa kenal PAS sejak pilihanraya 1988 lagi.. masa sekolah rendah..
wa masih budak..
tapi semua yang bekerja utk PAS masa tu.. takde profesional peringkat atasan..
Walaupun masa tu.. PAS sedikit.. orang2 lama ini bersikap kental dan tak takut dihina walaupun kalah..
Itulah qualiti PAS masa itu..
Orang2 PAS berkumpul setiap pagi Jumaat di surau2 utk menadah kitab..
wa jarang bermain di pagi jumaat.. sebab kene duduk juga menadah kitab..
Pakcik (Allahyarham) wa tok guru kampung.. lemah lembut orangnya..
tak pernah bermusuh walaupun dihina..
dan wa banyak bertanya dengan dia dan mendengar dia berbincang dengan rakan2 yang menulangkaji kitab..
tahaluf siyasi adalah ilmu politik yang perlu.
Bila membuka pintu bekerjasama dengan Non muslim, byk faktor akan timbul di kemudian hari.
DI samping itu, kita juga harus meneliti amaran2 ALLAH dan rasulnya..
Non Muslim Berparti kerana mereka juga ingin Kuasa memerintah atau peranan membuat decision yang menyebelahi mereka..
Walaupun kita bekerjasama, waspada jgn ditinggalkan..
ketaksuban dlm mencari keadilan juga perlu kepada kembali kepada amaran2 ALLAH dan Rasulnya..
Kalau lu cakap.. wa playsafe.. hehe
itulah pendekatan politik wa..
cakap2 lembut2.. susah orang nak dengar.. tetapi itu nilai kesabaran yang perlu dlm perjuangan..
diri sendiri juga ada kekurangan..
so.. kalau kita salah, malunya tiada jika kebenaran menjadi paksi perjuangan.
umno pon bukn liberal n sekular...pjuang islam sejati n tulen.klo najib jadi ulamak,so kt xleh lwan die r?
Post a Comment