Showing posts with label UG. Show all posts
Showing posts with label UG. Show all posts

Monday, June 22, 2009

Fitnah UG selesai!

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


humm setel pon.Ni yg wa tunggu dr 2 minggu lepas.Hampir2 imej PAS yg penat2 dibina selama ni musnah.Nasib baik ade statement keras dr TGNA n 10 MP tuh sbg damage control.N hari ni adalah penyelesaiaan nya.

Pada wa yg bukan ahli PAS ni, banyak gak wa dpt menilai ahli pas dlm menangani kritikan.Wa tak minat nak tambah kritikan, tapi ade beberapa pekara wa nak suggest:-

1. Begitu banyak kritikan pd PAS ini membuktikan PAS adalah harapan rakyat terbanyak utk menjadi pengganti UMNO.Ahli PAS perlu berubah dr zaman pembangkang dulu n bersedia menangani kritikan awam jika benar2 mahu memerintah.Sila sedar mengapa UMNO dikritik hebat?.Kerana ia adalah pemerintah.Begitu juga PAS sbgi sebahagian dr "waiting government".

2. Sila sedar jawapan wala' n thiqah tak mencukupi untuk menangani kritikan.Org awam tak tertakluk pada kedua2 jawapan itu.Bina la hujah yg logik dan simple berasas kan Al quran n sunnah yg mampu diterima oleh org awam.

3. Tegaslah dengan satu pegangan bersama rakan2 PR sebagai teman seperjuangan.Tak perlu jd opportunist utk menangkan ISLAM.

4. Kalau benar JIM itu mahu memusnahkan PAS n ISLAM, sila berusaha musnahkan nya dulu.Begitu juga juga dgn TASK FORCE 2010.Begitu juga isu penipuan berjumpa secara sulit dgn UMNO.Begitu juga isu fraksi Anwar n UMNO dlm PAS.

Sisat betul2 benda ni n HUKUM ORG YG BERSALAH!!.
Jgn suka sgt mengutuk2 belakang.Buang jauh2 perangai "melayu" ni.

5. Buat la post mortem mengapa Terengganu kalah.Post mortem mengapa Perak dirampas.N post mortem mengapa Kelantan menang.Jgn malas beb...kene sentiasa belajar.Sampai bila nak bergantung pd isu bencikan UMNO baru boleh menang PRU?

6. Err..boleh tak mintak kalau pilih pemimpin,nak pilih ulamak sahaja tu sukati korang.Tapi check la skali track record, sumbangan n prestasi.Boring pulak kalau ketua pemuda PAS yg sepatutnya garang n berapi2(imej pemuda kan) hanya pak turut.Malu la nak sokong.

Kalau tak boleh taper laaa...:D

Wa masih penyokong UG.Wa harap PR akan berjaya wat UG selepas menang PRU13 nanti, insyallah

Monday, June 8, 2009

Mengapa Gabra dengan UG?

"Mengapa kita takutkan idea kerajaan perpaduan?

Kata Abdul Hadi, “Gagasan ini perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ia sesuatu yang baru di kalangan rakyat”.

Kata Nasharuddin, “Isu ini sehingga sekarang belum ada keputusan konkrit. Ia umum sahaja dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat. Kerajaan Perpaduan berkait secara langsung dengan kepentingan negara dan rakyat, bukannya perkongsian kuasa dengan Umno”. (Baca sini)

Kata Najib, “Saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkannya. Jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini dan terpulang kepada Abdul Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkannya. Ini bukan suatu keputusan yang boleh saya buat sendiri kerana ia suatu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan Umno dan BN”. (Baca sini)

Kalau begini bunyi kenyataannya, mengapa kita perlu gabra?"


Anda tak gabra?


Sila gabra sebab PAS diundi pd pru08 kerana rakyat menolak UMNO.Makna nya ada cubaan dlm PAS untuk mengkhianati undi rakyat dengan mencetus idea bergabung dgn UMNO.

Sila gabra kerana hanya 2 org jer dlm PAS khususnya dan PR amnya yg beria2 nak bergabung dgn UMNO. Semua org dlm PR menolak terus(membangkul sampahkan) idea ini namun dua org ni terus menerus nak sgt bergabung.Dan org2 ini memegang super power dlm PAS.

Sila gabra sebelum PAS digelar penipu undi rakyat dan pengkhianat kawan2 hanya kerana tindak tanduk 2 org.

Jemaah jenis apa yg sanggup rosak imejnya semata - mata 2 org?