Monday, June 8, 2009

Mengapa Gabra dengan UG?

"Mengapa kita takutkan idea kerajaan perpaduan?

Kata Abdul Hadi, “Gagasan ini perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ia sesuatu yang baru di kalangan rakyat”.

Kata Nasharuddin, “Isu ini sehingga sekarang belum ada keputusan konkrit. Ia umum sahaja dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat. Kerajaan Perpaduan berkait secara langsung dengan kepentingan negara dan rakyat, bukannya perkongsian kuasa dengan Umno”. (Baca sini)

Kata Najib, “Saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkannya. Jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini dan terpulang kepada Abdul Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkannya. Ini bukan suatu keputusan yang boleh saya buat sendiri kerana ia suatu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan Umno dan BN”. (Baca sini)

Kalau begini bunyi kenyataannya, mengapa kita perlu gabra?"


Anda tak gabra?


Sila gabra sebab PAS diundi pd pru08 kerana rakyat menolak UMNO.Makna nya ada cubaan dlm PAS untuk mengkhianati undi rakyat dengan mencetus idea bergabung dgn UMNO.

Sila gabra kerana hanya 2 org jer dlm PAS khususnya dan PR amnya yg beria2 nak bergabung dgn UMNO. Semua org dlm PR menolak terus(membangkul sampahkan) idea ini namun dua org ni terus menerus nak sgt bergabung.Dan org2 ini memegang super power dlm PAS.

Sila gabra sebelum PAS digelar penipu undi rakyat dan pengkhianat kawan2 hanya kerana tindak tanduk 2 org.

Jemaah jenis apa yg sanggup rosak imejnya semata - mata 2 org?

No comments: