Monday, June 15, 2009

Memberi pada yang Patut- Tahniah pada Kerajaan PR Selangor

Program ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi desa terutamanya meningkatkan pendapatan golongan ibu tunggal yang hilang punca pendapatan selain daripada terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu, satu set khemah bersaiz 20' X 11' dengan 5,000 bongkah cendawan berharga RM15,000 dan kerajaan negeri tidak bagi hasil dalam bentuk tunai tetapi bagi dalam bentuk teknologi dan bimbingan.

Dengan cara itu katanya, adalah lebih praktikal untuk membolehkan golongan susah di Kampung ini dapat dibantu. Lepas ini, Kerajaan negeri akan teruskan lagi, kalau ada rakyat yang susah akan dibantu.


1. Wa nak ucapkan tahniah pd kerajaan PR selangor dgn usaha terbarunya utk membantu ibu tunggal.Konsep "memberi kail utk menangkap ikan" adalah yg terbaik.Wa penah ulas di blog ini disini dan disini

2. Kerajaan BN juga tidak dinafikan telah banyak membuat program sebegini.Namun usaha BN terlalu bersifat politik dan memilih bulu.Ada banyak projek bernilai puluh ribuan(hasil markup?) yg di berikan pada org kampung(penyokong UMNO) tapi gagal kerana org kampung itu sendiri tidak berminat pon dgn projek pertanian ini.Wa sgt berharap kerajaan PR selangor dapat memberi bantuan tanpa mengira party dan memilih hanya org yg layak dan berminat untuk dibantu.Jika tidak 80% projek2 ini juga akan menuju kegagalan.Sila buktikan anda berbeza dr kerajaan BN.

3. Perlu juga difikirkan mekanisma pemasaran yg effective dan end prodak yg pelbagai kerana ini adalah antara punca utama kegagalan projek pertanian terutama bagi golongan melayu.

4. Sila ingat "pertanian adalah perniagaan".Ini bukan tagline promosi sebenarnya, tapi amaran bahawa dlm pertanian setiap decision sgt penting sama seperti perniagaan2 yg lain

Wa akan ulas pasal marketing dlm pertanian ni dlm next posting.

p/s : wa dah boring dgn berita UG ni.Sampai bergadoh2 geng2 PAS dari pimpinan sampai le ke bawahan.Lantak korang la...

No comments: