Merah Hitam bertanya "Bilakah kezaliman ISA akan diangkat dari keluarga kami?"
Ade kah sesiapa yg mampu menjawab atau peduli menjawab?
Ini perkara yg wa sgt terkilan sbb sgt malu nk menjawab.Terasa tiada upaya wa nak menjawab soalan sebegini.Cuma wa boleh membuat poster2 anti ISA yg "cool" supaya golongan muda tertarik dan bila diberi pilihan nanti akan memilih ISA "is so uncool".
Untuk golongan yg dah tak berapa muda, wa paham Mat Sah ni bukan lah Adun seperti Manoharan,jauh sekali Anwar Ibrahim.Pendek kata tiada kepentingan langsung dlm kehidupan atau politik anda.Hatta nak dimasukan nama Mat sah dlm bual kosong di mamak pon tdr kepentingan.
Namun wa nak ingatkan..Mat Sah adalah simbol ketidakadilan undang2 dan sosial Malaysia.Selagi Mat Sah tidak di bebaskankan, golongan seperti wa akan menganggap perjuangan lu org memilih bulu sahaja.
Mmg wa kecewa dgn respond org ramai terutama blogger pd kempen Bebaskan Mereka.Wa maklum idea kami agak radikal dan pencetus ideanya juga agak terkenal dengan critic radikalnya.Cuma tiada siapa pon yg mahu mengkemukaan idea balas yg lebih bernas.Maklumlah kami cuma org muda,masih kurang makan garam!
Walaubagaimana pon..wa ucapkan tahniah n terima kasih pd yg memilih utk peduli tentang ISA dan terutama Mat Sah yg "nobody" ni.Pd kak laila, mohon maaf..wa tdr jawapan.Wa hanya mampu utk menjawab pd PRU13 nanti.Berdoalah ada ramai rakyat malaysia memilih cam wa nanti.Insyallah ISA terhapus terus!
Kumpulan anti-ISA guna pendekatan sederhana
14 years ago
2 comments:
wa perhati seminggu ni hmm..mungkin kebetulan elyn demam sakit-2 puan hari tu, blog Bebaskan... dah kurang sgt sambutan atau keghairahan.. apa ker kita kurang kempen atau apa ker sebab-2 lain, wa kurang pasti lak. Apa pun kita kena teruskan what we've started, jgn harap sapa-2 kempen melainkan kita aja la...yg pasti kita kena harapkanNya tolong mudahkan urusan kita & moga kempen ni dpt memomentum dia balik. Pastinya kita sedih & marah sikit dgn 'rejection' & hasil yg kurang berbaloi ni..tapi yg penting istiqomah dlm kita lemah/kurenggg ni pun kita buat mana lalu..insyaAllah bila dah taim kita dpt la hasilnya...mungkin lebih lumayan lg. Taim la ni kita hanya leh motivate each other to keep on going when thing gets tough.
bro hanz,
hehehe.Wa cuma terkilan dgn sikap prihatin terpilih manusia.
Yup maybe promo tak cukup power lg.
Post a Comment